|
|
Mereka memberitahu demikian semasa ditemui pada majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar di sini hari ini.
Salah seorang daripada mereka, Mohd. Samin Yatim, 52, berkata, dia berasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan tersebut kerana melaluinya dia mampu meningkatkan kualiti pengeluaran beras pada masa depan
''Saya tidak menyangka kemudahan jentera ini sudah berada di kampung ini dan kami boleh menggunakan tanpa perlu menyewa dari luar lagi.
''Ini merupakan satu pendorong semangat kepada saya dan pesawah-pesawah lain untuk lebih bekerja keras dalam menghasilkan beras padi yang bermutu tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia.
Kata Mohd. Samin, kemudahan itu membantu dia dan peawah lain mengusahakan kawasan sawah seluas 300 hektar di kampung itu dengan lebih sempurna dan teratur.
Pada masa yang sama, dia turut berharap kemudahan itu mampu membantu usahanya meningkatkan jualan hasil padi pesawah di kampung itu ke pasaran luar yang lebih luas.
Selain itu menurut Ramli Khamis, 62, sumbangan dua jentera bajak dan menuai itu dianggap satu ganjaran yang besar kepada golongan pesawah di kampung itu memandangkan mereka sudah lama menunggu kemudahan seperti itu disalurkan kepada mereka.
''Sejak berusia 12 tahun lagi saya sudah bergelar pesawah demi membantu kedua-dua ibu bapa saya memperolehi pendapatan dan sumbangan jentera membajak serta menuai yang diperolehi ini telah menjadikan pengorbanan saya sebagai pesawah hari ini sudah berbaloi.
''Sebaik sahaja saya mendapat tahu permohonan kami untuk mendapatkan kemudahan itu diluluskan Julai lalu, hati saya terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kegembiraan," katanya.
Malah, katanya, komitmen kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan pesawah padi juga terbukti kerana hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja permohonan pesawah bagi mendapatkan kemudahan itu telah diluluskan. - Utusan.
1 comments:
Assalamu 'alaikum. Saya telah sampai ke website tuan setelah 'google' nama sahabat saya yg telah terputus hubungan selama 30 thn. Namanya ialah Mohd Samin Yatim. Mengikut riak2 tubuh, saya berpendapat beliau berdiri nmbor tiga dari kiri. Boleh saya tahu samaada tuan mempunyai simpanan gambar lain yg jelas wajah nya. Sekian terima kasih. Wassalamu 'alaikum
Post a Comment