|
Selain di pasar-pasar, gerai-gerai sementara bagi jualan daging lembu tempatan itu mudah kelihatan di pinggir jalan dan mulai lengang menjelang petang.
Bagi kalangan peniaga, keuntungan meningkat tetapi tidak begitu besar dengan kos yang tinggi dan harga kekal sekadar RM15 sekilogram berbanding dengan negeri lain yang jauh lebih tinggi.
Seorang peniaga daging, Mohd. Zawawi Che Moood, 42, berkata, sejak memperoleh bekalan secara tetap daripada Jabatan Vaterinar setahun lalu, pihaknya tidak berdepan masalah bekalan walaupun di musim perayaan.
Katanya, selain kebersihan dijamin dan bebas sebarang penyakit, dia mendapat kepercayaan pelanggan tetap terutama di kalangan peniaga restoran.
"Daging tempatan digemari ramai walaupun harga ditawarkan RM15 sekilogram berbanding daging import RM11 sekilogram. Namun keuntungan meningkat 20 peratus saja pada musim puasa ini dan habis terjual sebelum pukul dua petang.
"Namun berdasarkan pengalaman berniaga daging hampir 20 tahun lalu, permintaan menurun ke tahap sederhana selepas pertengahan bulan puasa," ujarnya. - Utusan
0 comments:
Post a Comment