Maxis sedia RM50j untuk biasiswa

Wednesday, August 19, 2009

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Syarikat telekomunikasi, Maxis Communications Bhd. (Maxis) memperuntukkan RM50 juta sebagai biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program lapan tahun bermula 2005 dan akan berakhir 2012 itu merupakan pelaburan terbaik Maxis untuk mewujudkan pakatan strategik dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, ia selaras Dasar Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk melahirkan modal insan kelas pertama di samping menggalakkan pembangunan intelektual bagi memacu kemajuan negara pada masa akan datang.

"Kita perlu lebih banyak penglibatan sektor swasta dan korporat untuk menyediakan skim biasiswa kepada kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran mereka.

"Apa yang dilakukan Maxis merupakan contoh terbaik dan diharap lebih banyak syarikat tampil kerana ia wawasan terbaik negara menjayakan konsep 1Malaysia," katanya pada selepas majlis penyerahan biasiswa kecemerlangan Maxis kepada 31 pelajar terpilih di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashidi dan Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia Maxis, Azmi Ujang. - Utusan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya