FARIDAH (kanan), Mohd Fadhil, dan Rohaimi tinggal di Kampung Sanglang, Kubang Pasu. |
KUBANG PASU: Tiga beradik dari Kampung Sanglang, di sini, yang mengalami masalah mental hidup tidak menentu apabila hanya mengharap belas ihsan jiran bagi mendapatkan sesuap nasi setiap hari selepas kehilangan ibu mereka kira-kira empat tahun lalu.
Walaupun mendapat bantuan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ia tidak membawa apa-apa erti kepada kehidupan tiga beradik ini kerana keperluan harian mereka tetap tidak menentu berikutan tiada pendapatan bulanan.
Tiga beradik itu, Mohd Fadhil Abd Rahman, 64; Faridah, 54, dan Rohaimi, 40, tidak mampu bekerja kerana masalah mental yang dihadapi selain keadaan fizikal yang sudah uzur di mamah usia.
Kehidupan mereka tidak terurus dengan keadaan dapur yang berbau dan becak, manakala bilik tidur pula kotor dan berselerak.
Daripada keadaan itu, amat jelas sekali tiga beradik malang itu terbiar dan hanya bergantung kepada nasib untuk mendapatkan makanan untuk mengalas perut.
"Seingat saya Mohd Fadhil hanya bersekolah hingga Darjah Empat dan berhenti selepas dikatakan mengalami masalah mental.
"Kehidupan mereka ketika itu tidak seperti sekarang kerana masih ada ibu dan bapa yang mengawasi dan menyara kehidupan tiga adik beradik malang itu," katanya di sini. - Berita Harian
0 comments:
Post a Comment