|
|
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sebanyak 30,000 hektar adalah di Sabah manakala 40,000 hektar lagi di Sarawak berikutan tanahnya yang sesuai.
"Jelapang padi adalah perlu kerana Sabah dan Sarawak masih lagi mengimport beras sebanyak 70 peratus manakala Semenanjung pula import beras sebanyak 30 peratus.
"Buat permulaan kita sudah pun mulakan jelapang padi di satu daerah terlebih dahulu contohnya di Sabah kita mulakan di Kota Belud dan di Sarawak pula di Tubitigat," katanya kepada pemberita selepas meninjau rumah pam di Sungai Kesapang di sini semalam.
Beliau berkata, di Kota Belud, sebanyak RM112 juta disalur terlebih dahulu khusus untuk menjadikannya jelapang padi tetapi dana itu masih belum dibelanjakan sepenuhnya.
Katanya, dana itu perlu dibelanja kerana keadaan pengaliran dan saliran sawah padi di Kota Belud masih lagi tidak sistematik dan harus dibaiki segera.
"Kota Belud mampu menghasilkan padi 100,000 tan metrik dalam satu musim jika mempunyai pengaliran dan saliran yang baik," katanya.
Sementara itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli berkata, penanaman padi Kota Belud kini mengalami satu transformasi.
Menurut Musbah, daripada peruntukan RM112 juta itu, RM71.5 juta sudah dibelanjakan untuk sistem saliran dan pengairan di beberapa kawasan sawah padi di daerah ini.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk itu, antara kawasan tersebut ialah Keguraan seluas 238 hektar, Kawang-kawang (44), Temapsuk Utara dan Kimo-kimo (930) dan Kesapang (170).
"Kita yakin, para petani di kawasan terlibat mampu mengusaha sawah dua kali setahun, ini akan membantu kerajaan dalam memastikan Sabah menjadi jelapang padi menjelang 2015," jelasnya. - Utusan.
0 comments:
Post a Comment