Bonus peserta sebelum raya

Sunday, August 30, 2009

SEMPORNA 29 Ogos - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bayaran bonus kepada peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibayar sebelum Aidilfitri.

Beliau berkata, penyampaian bayaran bonus berkenaan akan diserahkan di peringkat kerajaan negeri masing-masing.

"Kita akan agih-agihkan bayaran bonus berkenaan dalam tempoh yang terdekat. Di Sabah akan disampaikan oleh Ketua Menteri, (Datuk Seri Musa Aman) dan di Sarawak akan disampaikan oleh Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud)," katanya di sini malam ini.

Mengulas mengenai saranan penggambungan tiga agensi iaitu Felcra, RISDA dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk membentuk konsortium, Shafie menjelaskan apa yang dimaksudkan ialah bukan penggambungan tetapi membentuk kerjasama sesama agensi tersebut. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya