405 terima Anugerah Biasiswa Cemerlang Maybank

Sunday, August 30, 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 405 anak kakitangan Malayan Banking Bhd (Maybank) di seluruh negara menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Maybank kerana mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata melalui anugerah terbabit, Maybank berusaha menghargai anak kakitangannya yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

“Mereka memang layak menerima anugerah ini hasil usaha, kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan bahkan kami percaya kejayaan anak-anak ini tidak datang dengan mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

“Pengorbanan ibu bapa memastikan anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi juga harus dipuji kerana tanpa mereka sudah pasti anugerah ini tidak dapat dimiliki,” katanya yang hadir menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya