KUDAT - Pelbagai skim insentif akan disediakan kepada pengetua dan guru besar di seluruh negara sebagai galakan untuk memajukan sekolah masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah antara beberapa langkah yang akan dilaksanakan oleh kementeriannya untuk pembangunan pendidikan di negara ini.
"Kita juga akan memasukkan prasekolah dalam sistem pelajaran kebangsaan, (kerana ketika ini) ada 40 peratus pelajar yang masuk sekolah (Tahun Satu) tidak pergi ke prasekolah (dahulu). Jadi, kita mahu masukkan dalam sistem.
"Kita juga akan menyediakan sekolah teras yang berdasarkan prestasi tinggi, di mana sekolah-sekolah ini dijadikan sekolah contoh dan diikuti sekolah-sekolah lain di seluruh negara. Ini beberapa langkah yang kita akan laksanakan di samping inisiatif-inisiatif baru yang akan dilaksanakan," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kudat dan Kota Marudu di Dewan Tun Mustapha di sini semalam. - Kosmo.
0 comments:
Post a Comment