PM: Ubah Persepsi Pengangkutan Awam Untuk Golongan Bawahan

Wednesday, March 31, 2010

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat logo 1 Malaysia pada badan gerabak Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Putra selepas merasmikannya di Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama, Datuk Seri Ong Tee Keat (dua kiri), Pengerusi Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali (dua kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Berhad, Datuk Idrose Mohamed (kiri).

PETALING JAYA, 31 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata usaha menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata yang paling utama adalah keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam adalah bagi golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.

"Saya kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara, tetapi bila di dalam negara sendiri tidak sanggup menaiki LRT atau bas kerana berpandangan bahawa kononnya ia kurang glamour ataupun tidak berprestij," katanya semasa melancarkan Tren 4-Gerabak 1Malaysia untuk laluan Kelana Jaya, di Depoh Subang RapidKL, di sini, Rabu.

Perdana Menteri berkata mungkin ada faktor lain yang menyebabkan sikap ini seperti faktor cuaca dan liputan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Namun, beliau berkata persoalannya adalah "jika perkara-perkara tersebut tidak menjadi perkiraan, apakah ada kesediaan dari kalangan masyarakat untuk berhijrah kepada pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri".

Najib berkata pada realitinya, peningkatan penggunaan pengangkutan awam amat bergantung kepada pembudayaan dan sikap yang seharusnya ada pada masyarakat, selain usaha kerajaan.

Perdana Menteri berkata rangkaian pengangkutan awam perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti di bandar.

"Bagi kerajaan matlamat atau sasaran utama ialah untuk meningkatkan peratusan (orang ramai) yang menggunakan pengangkutan awam kepada 25 peratus menjelang 2012, memperbaiki masa perjalanan, mempertingkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna dan mempertingkatkan kebolehcapaian dan kesalinghubungan," katanya.

Kata Najib, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan telah menggariskan beberapa bidang tumpuan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), untuk mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dengan empat fokus utama antaranya meningkatkan kualiti perjalanan menggunakan pengangkutan awam bermula daripada pengguna melangkah keluar rumah sehingga tiba di destinasi akhir.

Untuk mencapai tujuan ini beberapa tindakan akan dilaksanakan, antaranya kapasiti KTM Komuter dan LRT akan ditingkatkan sebanyak 1.7 sehingga empat kali ganda, katanya.

Untuk tujuan itu, sebanyak 850 buah bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan sedia ada dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah rangkaian hubungan seiring dengan pembangunan sebuah sistem pengangkutan bersepadu, katanya.

Beliau berkata selain itu, konsep satu tiket satu perjalanan, iaitu penggunaan satu tiket untuk semua bentuk pengangkutan awam, sama ada bas, LRT atau monorel akan diperkenalkan.

Selain itu, lebih 6,000 tempat meletak kereta di 14 stesen rel utama juga akan disediakan dan perkhidmatan bas pengantara akan dipertingkatkan lagi.

Tiga buah terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan bertujuan mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke kawasan perniagaan pusat (CBD). -- BERNAMA

MEB untuk bangunkan ekonomi, daya saing Malaysia

Tuesday, March 30, 2010

KUALA LUMPUR: Matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing, dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta perpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Ekonomi Malaysia akan dipasarkan, ditadbir dengan baik, bersepadu di peringkat serantau, keusahawan dan inovatif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi Malaysia yang dikeluarkan di sini hari ini.
 
Ia berkata, sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dalam persekitaran pasaran yang mengutamakan inovasi dan kreativiti. 

Antara lain, MEB akan menyediakan kerangka kerja dan persekitaran yang merangsang semangat keusahawanan untuk merebut peluang pertumbuhan menggunakan pembiayaan yang tersedia.

Teknologi inovatif dan canggih akan menjana produk dan perkhidmatan yang bernilai tambah tinggi, teknikal kreatif dan proses sosial dan institusi.

Semua ini akan memenuhi peluasan pasaran menerusi penyepaduan serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan dan membentuk rangkaian pengeluaran merentas sempadan serta rangkaian bekalan.

NEAC berkata, Program Transformasi Ekonomi (PTE) bukan suatu perjalanan yang mudah dan keputusan keras mesti dibuat.

Syarat pertama perjalanannya ialah komitmen kerajaan, kedua, persediaan rakyat untuk menghadapi cabaran sukar dan ketiga "anjakan besar" pelaksanaan langkah dasar yang strategik.

PTE berhasat menwujudkan dana transformasi khusus yang akan menyokong firma dan individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru pasaran dan pada masa yang sama meningkatkan jaringan keselamatan untuk menampung segmen masyarakat yang mudah terjejas serta membangunkan kapasiti untuk menyumbang secara yang baik kepada ekonomi.

Satu pasukan pemantauan padu yang terdiri daripada pakar dan profesional dalam bidang teknikal akan diwujudkan bagi memproses maklumat mengenai keberkesanan langkah-langkah yang diambil serta membuat cadangan untuk penyesuaian.

Pasukan itu juga akan mengurus tentangan pihak yang berkepentingan dan impak luar jangkaan kumpulan yang mudah terjejas.

Sementara itu, cadangan NEAC membabitkan lapan Inisiatif Reformasi Strategik (SRI) iaitu:
*SRI 1: Mencergaskan semula sektor swasta untuk memacu pertumbuhan;
*SRI 2: Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing;
*SRI 3: Mewujudkan ekonomi domestik yang kompetitif;
*SRI 4: Mengukuhkan sektor awam;
*SRI 5: Ketelusan dan tindakan yang mesra pasaran;
*SRI 6: Membangunkan asas pengetahuan dan infrastruktur;
*SRI 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan dan ;
*SRI 8: Memastikan pertumbuhan yang mampan.

Menerusi SRI 1, pencergasan sektor swasta akan merangsang lonjakan dalam pelaburan dalam produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi, menjana pertumbuhan dan pendapatan tinggi.

Bagi SRI 2, dasar akan bertumpu terhadap usaha menjana tenaga kerja berbakat dalam memenuhi ekonomi berpengetahuan bernilai tambah tinggi dan pada masa yang sama menangani putar-belit pasaran buruh yang mengekang, seperti penggunaan berlebihan dan sewenang-wenangnya tenaga pekerja asing.

SRI 3, pula membabitkan subsidi, kawalan harga dan pelbagai insentif yang mewujudkan keadaan mengelirukan, akan dimansuhkan. Impak ke atas kumpulan mudah terjejas akan ditampung oleh jaringan keselamatan yang dipertingkatkan.

Menerusi SRI 4, program reformasi sektor awam akan terus ditingkatkan dan keputusan disegerakan secara perundingan dan penyampaian kerajaan.

SRI 5, program tindakan tegas akan mengukuhkan peluang ekonomi adil dan saksama namun bermatlamat mencapai objektif menghapuskan ciri-ciri merentir (rent-seeking) dan putar-belit pasaran yang mengehadkan keberkesananya.

SRI 6, tumpuan utamanya ialah untuk mempromiskan persekitaran untuk melakukan inovasi dengan mengukuhkan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi yang mendorong inovasi dan teknologi.

SRI 7, Malaysia akan memanfaatkan kekayaan alam semula jadi dan sektor yang mempunyai kelebihan perbandingan sebagai sumber utama pertumbuhan bernilai tambah dan memaksimumkan kesan limpahan dalam bidang aktiviti baharu.

SRI 8, memulihara sumber semua jadi negara dan melindungi kepentingan generasi akan datang, disokong oleh pembiayaan awam yang mampan menerusi disiplin fiskal yang ketat.

Laporan itu menyebut, SRI akan menginsentifkan sektor ekonomi untuk membuat keputusan yang akan meningkatkan pelaburan dan produktiviti swasta yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sebenar keluaran dalam negara kasar pada purata tahunan 6.5 peratus atau lebih tinggi mulai sekarang hingga 2020.

Sementara itu NEAC, akan mendapatkan dan menggabungkan maklum balas dengan semua pemegang kepentingan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang untuk menganalisis dan memperincikan langkah-langkah dasar dan melaksanakan kerangka kerja itu. - Berita Harian

Download option for New Economic Model for Malaysia 2010

Untuk melindungi Pengguna : Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta

Sunday, March 28, 2010

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka.

"Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan. "Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat "Bulan Agensi Kerajaan" Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran mahkamah itu mungkin hanya diberi kepada pengguna atau peminjam yang sudah menjelaskan lebih dari satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat.

"Kalau kurang dari satu per tiga, orang ini mungkin memang tidak berminat atau memang ada niat untuk tidak membayar, jadi kita tidak akan melindungi orang macam ini," katanya.

Beliau berkata, deraf pindaan itu yang akan diluluskan Jabatan Peguam Negara dijangka diterima pihaknya dalam minggu ini sebelum dibentang di Parlimen untuk bacaan kali pertama.

"Kita mahu cepat, kalau boleh saya mahu bacaan kali kedua juga dilakukan dalam tahun ini, supaya pindaan akta ini dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan segera bagi melindungi pengguna," katanya.

Ismail Sabri berkata, selepas pindaan itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan bagi memperkenalkan peraturan pinjaman terutama prosedur menarik kenderaan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Akta Anti Keuntungan Berlebihan yang akan diperkenalkan akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuatu barang tanpa sebab munasabah.

"Contohnya, apabila H1N1 menular dalam negara, peniaga mengambil peluang menaikkan harga topeng mulut, dari 50 sen kepada RM5, ini yang kita cuba elak.

"Sekarang ini kita tidak ada undang-udang untuk menyekat, tapi apabila akta ini diperkenal, peniaga boleh dikenakan tindakan jika menaikkan harga barang sesuka hati," katanya. - Berita Harian

Tingkatkan modal intelektual

KUALA LUMPUR 27 Mac – Golongan wanita di negara ini perlu terus meningkatkan modal intelektual mereka dalam membantu kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan golongan wanita amat diperlukan kerana mereka dianggap sebagai aset penting dalam proses transformasi kerajaan serta mencapai objektif MEB.

Najib Tun Razak menyampaikan cendera hati kepada seorang penceramah, Dr. Asmah Abdullah selepas merasmikan Konvensyen Wanita dan 1Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut sama isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun katanya, status wanita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa apabila pelbagai jawatan utama di beberapa kementerian, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta kini diisi oleh golongan itu.

‘‘Jadi apabila kita memahami (golongan) wanita sebagai aset, maka kita memang memegang dasar kesaksamaan gender dan dalam MEB kita mahu lihat wanita terus maju.

‘‘Peranan dan pemerkasaan wanita penting dalam MEB untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi, bukan lagi sederhana seperti sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wanita dan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung konvensyen itu dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir para pemimpin masyarakat dan lebih 1,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Najib berkata, pemantapan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat di negara ini termasuk wanita dapat memperkasakan ekonomi Malaysia di peringkat global.

Dengan keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, katanya, negara ini mampu menjalinkan usaha sama mantap dengan China yang merupakan antara ekonomi terbesar di dunia atau India yang kini mencatatkan pertubuhan ekonomi terpantas di peringkat global.

‘‘Sama ada kita lebih dalam soal kekuatan strategik, itulah keunikan kita,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, beliau bersedia mempertimbangkan sebarang usul atau resolusi yang dibuat pada konvensyen tersebut demi pembangunan golongan wanita negara. - Utusan

Kopitiam Melayu 4 sekawan

Saturday, March 27, 2010

ALOR SETAR 26 Mac - Melihat kepada dekorasi My Family Noodle's Kopitiam yang terletak di No. 73, Kompleks Perniagaan Utama, di sini mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa pemilik kopitiam tersebut.

Kopitiam itu milik bersama empat sekawan Melayu yang terdiri daripada Mohd. Zamri Said, Mohd. Sobri Shafie, Zulkifli Kadir dan Roslan Hamid mula beroperasi sejak setahun lalu.

Empat sekawan yang mengusahakan My Famili Noodle's Kopitiam dari kanan, Mohd. Zamri Said, Mohd. Sobri Shafie, Zulkifli Kadir dan Roslan Hamid di Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/Kamal Basir

Pemilik bersama kopitiam tersebut, Mohd. Zamri berkata, idea untuk membuka kopitiam itu lahir setelah rakan-rakannya yang terlibat dalam bidang pembinaan ingin mencari satu bidang lain yang boleh memberi pulangan wang tunai segera kepada mereka.

Jelasnya, selain itu, beliau dan rakan-rakan mahu para pelanggan yang beragama Islam menikmati alternatif makanan halal tanpa ragu-ragu di kopitiam milik mereka.

"Sekarang banyak isu yang melibatkan keraguan makanan halal di kebanyakan kopitiam seluruh negara.

"Bagaimanapun di My Family Noodle's Kopitiam, para pelanggan boleh menikmati makanan dengan tenang tanpa perlu meragui status makanan disediakan," katanya.

Menurut Mohd. Zambri, makanan yang disediakan di kopitiam itu adalah pelbagai jenis seperti makanan Barat, Melayu, India dan Cina.

"Semua makanan di kopitiam ini juga istimewa kerana dimasak dengan menggunakan pes istimewa yang dihasilkan sendiri di kilang milik kami.

"Kelebihan makanan yang disediakan di sini ialah rasanya tidak akan berubah kerana ia dimasak dengan menggunakan pes selain mengurangkan tempoh pelanggan menunggu makanan," ujarnya.

Mohd. Zamri berkata, beliau mula terfikir untuk memperkenalkan masakan yang dimasak dengan menggunakan pes berikutan masalah ketiadaan tukang masak.

"Kadang-kadang ada tukang masak yang berhenti kerja dan sukar untuk menjalankan perniagaan jika tiada tukang masak.

"Jadi saya terus mencipta pes-pes makanan bagi memudahkan para pekerja menyediakan hidangan makanan yang dipesan oleh pelanggan," katanya.

Jelasnya, di My Family Noodle's Kopitiam, kemudahan WiFi secara percuma dan surau juga disediakan kepada para pelanggan.

"Kami juga membuka ruang kepada para pelanggan untuk menjalankan mesyuarat secara santai di sini.

"Makanan yang ditawarkan di kopitiam ini juga memenuhi kehendak semua berharga serendah RM5 hingga RM13," katanya.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kopitiam itu boleh menghubungi Mohd. Zamri (017-3461492). - Utusan

102,769 dapat pekerjaan hasil inisiatif JMC

Friday, March 26, 2010


CYBERJAYA 25 Mac - Seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan pertama bermula Januari 2009 hingga 18 Mac lalu hasil inisiatif Pusat Jobs Malaysia (JMC) yang ditubuhkan kerajaan.

Mereka adalah sebahagian daripada 387,210 pencari kerja yang mendaftar dengan 11 buah JMC di seluruh negara dan pada masa sama pusat itu berjaya mendaftarkan 159,968 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor.

Najib Tun Razak menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pusat Jobs Malaysia di Cyberjaya, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan JMC memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

''Kerajaan amat komited membantu pencari kerja dengan menyediakan infrastruktur canggih seperti JMC.

''Ia bukan hanya slogan dan retorik sebaliknya sentiasa dibuktikan dengan tindakan sebenar dalam tempoh yang singat.
''Saya yakin dan percaya agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal Jobs Malaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan secara serentak 11 JMC seluruh negara di Pusat Jobs Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Penubuhan JMC merupakan cetusan idea Perdana Menteri yang diumumkan semasa pembentangan pakej rangsangan ekonomi kedua pada 1 Jun 2009.

Selain Cyberjaya, Jabatan Tenaga Kerja menubuhkan JMC di Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Bahru, Segamat, Sungai Petani, Kota Bharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penubuhan JMC menelan kos sebanyak RM18.1 juta.

Menurut Najib, penubuhan JMC bertujuan melengkapkan infrastruktur portal Jobs Malaysia.

Katanya, pusat tersebut menggunakan pendekatan human touch dan menjadikan portal Jobs Malaysia sebagai enabler.
Tambah beliau, JMC berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan penjodohan kerja secara atas talian, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

''Saya difahamkan JMC turut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya selain menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, menyelia latihan kemahiran awam dan swasta, sekolah, jabatan kerajaan dan swasta," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, hasil dua pakej rangsangan ekonomi, kerajaan berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan kepada 46,860 orang berbanding jangkaan berjumlah 200,000 orang.

Katanya, ia adalah hasil tiga program utama Kementerian Sumber Manusia iaitu penubuhan bilik gerakan pemantauan pemberhentian di kementerian itu dan 80 pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara.

Kedua, kata beliau, ia dicapai melalui program penempatan pekerjaan (3P) yang berjaya menempatkan semula 22,443 orang pekerja tempatan ke pelbagai sektor pekerjaan di seluruh negara.

Katanya, program ketiga adalah 'latih dan tempat' bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan dengan 39,035 peserta telah didaftarkan mengikuti kursus membabitkan 82 jenis kemahiran dalam 17 sektor industri.

''Daripada jumlah itu, sehingga hari ini seramai 20,610 pekerja berjaya ditempatkan dalam pasaran kerajaan dan ia akan terus bertambah apabila program tersebut selesai," katanya.

Dalam hal ini, Perdana Menteri mahu pencari kerja berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan, peredaran masa dan perubahan persekitaran.

''Kita mesti terus mempertingkatkan mutu kerja dan kemahiran kita bersama supaya kebolehan kita dapat disesuaikan dengan peredaran zaman yang dimensi ekonominya semakin mencabar," katanya. - Utusan

Empat insentif Jalur Lebar Negara

Thursday, March 25, 2010

Strategi tepat untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara maju: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

NAJIB menaiki papan lungsur sebagai gimik perasmian pada pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan HSBB di Dataran Merdeka, malam tadi. Turut hadir, Muhyiddin, Rais, Dr Halim (kiri); KSU KPKK, Kamaruddin Siaraf (tiga dari kanan); Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli (dua dari kanan) dan Zamzamzairani.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:


  • Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;




  • Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;




  • e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan




  • Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak.

    Selain itu, katanya, sebagai tambahan kepada insentif berkenaan, RM1 bilion akan digunakan daripada Dana Khidmat Sejagat (UPS) dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.

    Katanya, pembahagian komputer riba itu akan dirunding dengan Kementerian Pelajaran dan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini.

    “Telekom Malaysia (TM) juga bersetuju memperkenalkan pakej jalur lebar berserta rangkaian dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 manakala kawasan Penyedia Perkhidmatan Universal (USP), jumlahnya dikurangkan lagi kepada RM20,” katanya.

    Hadir sama, Muhyiddin; Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM), Datuk Dr Halim Shafie; Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

    Sementara itu, ketika sesi sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin kaum di kawasan Kota Samarahan selepas pelancaran NBI dan HSBB, Perdana Menteri berkata kerajaan pusat akan berusaha menyegerakan lagi pembangunan di Sarawak.

    Najib berkata, adalah jelas melalui perkara yang dibangkitkan rakyat Sarawak mahukan pembangunan di negeri itu disegerakan.

    "Kita akan cuba segerakan lagi pembangunan untuk Sarawak," katanya. 





  • Antara yang terbabit dalam sesi itu di Kota Samarahan ialah pemimpin kaum Iban, Bidayuh, Cina, Melayu, Melanau dan wakil pelajar.

    Najib berkata adalah jelas penduduk di Sarawak mahu sama-sama untuk bergerak dalam dunia IT.

  • "Kita akan segerakan dan mempercepatkan pembangunan IT (teknologi maklumat) di seluruh Sarawak," katanya. - Berita Harian


  • Dasar terbuka Melaka tarik minat pelabur Jerman

    MELAKA 24 Mac - Pembangunan sektor industri di Melaka mempunyai masa depan yang cerah berikutan dasar terbuka dan proaktif yang dipraktikkan oleh kerajaan negeri.

    Naib Presiden Kanan Teknologi Korporat Syarikat Siemens AG yang berpengkalan di Jerman, Dr. Urbanke berkata, dasar itu memudahkan pelabur membuat pelaburan manakala syarikat sedia ada pula akan berterusan melabur di Melaka.

     Mohd. Ali Rustam menandatangani buku pelawat ketika melawat Ibu Pejabat Siemens AG di Munich, Jerman, kelmarin. 

    Menurutnya, usaha agresif perlu ditingkatkan jika kerajaan negeri ingin mengembangkan sektor industri selain menggalakkan lebih ramai pelabur datang membuat pelaburan.

    ''Melaka mempunyai masa depan yang cerah dalam sektor industri dan saya yakin dengan dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan negeri ia akan menarik minat pelabur dari luar negara datang ke negeri ini," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

    Urbanke berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan menyampaikan taklimat kepada delegasi kerajaan negeri diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di ibu pejabat Siemens di Munich, Jerman, semalam.

    Turut hadir ialah Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Zakaria Sulong.

    Setakat ini, Siemens telah membuka kilangnya di Petaling Jaya dan Melaka.

    Syarikat itu kini bergabung dengan Infineon Technologies AG yang turut berpengkalan di sini.

    Delegasi kerajaan negeri kini dalam rangka lawatan kerja dua minggu di beberapa negara di Eropah sehingga 27 Mac ini.

    Ketika berada di ibu pejabat Siemens yang berpengkalan di Munich, delegasi kerajaan negeri turut dibawa melawat ke muzim syarikat itu.

    Sementara itu Zakaria berkata, lawatan kerja oleh kerajaan negeri adalah wajar dan tepat pada masanya dalam usaha menggalakkan lagi syarikat-syarikat gergasi di Jerman membuat pelaburan di negeri ini termasuk Malaysia.

    Katanya, peluang untuk menarik minat pelabur dari Jerman perlu digunakan memandangkan syarikat-syarikat daripada negara itu lebih berminat melabur di China, India dan Vietnam.

    Sementara itu Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Daud Awang berkata, kunjungan itu mengakhiri lawatan kerja lima hari delegasi kerajaan negeri di Jerman.

    ''Selepas lawatan ke Jerman, delegasi kerajaan negeri akan membuat lawatan kerja di Amsterdam, Belanda sebelum berlepas pulang ke tanah air Sabtu ini," katanya.

    Sebelum berlepas ke Amsterdam, katanya, Mohd. Khalil dan Mohd. Ali turut meluangkan masa meraikan kira-kira 20 pelajar Malaysia yang kini menuntut di beberapa universiti di Munich. - Utusan

    Menteri, pegawai digalak dekati rakyat - PM

    KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan semua menteri dan pegawai kanan kerajaan menyertainya melakukan tinjauan mesra bagi mendekati rakyat.

    Selain itu, kata Perdana Menteri, menteri dan pegawai kanan terbabit juga boleh melakukan tinjauan mesra secara berasingan bagi melihat secara lebih dekat segala masalah yang dihadapi orang ramai.

     Gambar hiasan

    "Janganlah kita hanya mewakilkan tugas dan tanggungjawab kepada orang lain untuk dilaksanakan.
    "Pada waktu-waktu tertentu yang sesuai, seseorang itu harus berada di bawah bagi memahami kehendak-kehendak rakyat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan pengangkutan," katanya dalam entri terbaru blog www.1malaysia.com.my hari ini.

    Menurut Najib, menteri dan pegawai kanan kerajaan terbabit turut digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika melakukan tinjauan mesra dengan seluruh rakyat.

    "Ini boleh dibuat menerusi saluran yang sesuai seperti saya yang melakukannya melalui blog 1Malaysia dengan menyertakan gambar dan video ketika tinjauan mesra.

    "Saya juga akan terus melakukan tinjauan mesra dengan melawat sebanyak mungkin tempat pada tahun ini bagi melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan penduduk dan bagaimana mereka hidup dan bekerja.

    "Saya juga ingin turut serta ketika penduduk pelbagai latar belakang budaya dan sosioekonomi makan dan minum bagi mengetahui minat dan isu-isu yang menjadi perhatian mereka.

    "Ketika pertemuan tidak formal ini, saya juga ingin berkongsi pandangan saya mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat dan apa yang telah dilakukan kerajaan bagi meningkat taraf hidup mereka," katanya.

    Menurut beliau, tinjauan mesra yang dilakukan itu telah mengimbau kenangan terhadap bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika menjadi Perdana Menteri telah melawat pelbagai lapisan masyarakat dan bertemu dengan penduduk kampung di seluruh negara.

    "Saya menghargai segala pengalaman yang telah diceritakan oleh bapa dan berasa bersemangat apabila mendengarnya," ujar beliau.

    Dalam pada itu, Najib berharap, pertubuhan yang mewakil pelbagai kaum dapat bekerjasama bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan di negara ini. - Utusan

    Miskin paksa gadis lupakan persekolahan

    Wednesday, March 24, 2010

    MELAKA 23 Mac - Kehidupan yang serba kekurangan memaksa seorang gadis, Nurul Shakira Mohd. Shamsuri, 16, melupakan alam persekolahannya dan mengalah dengan kesempitan hidup keluarganya.

    Semuanya bermula selepas dia kecewa kerana tidak dapat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu akibat kemiskinan keluarga.

    NANY Idany Baharudin sambil meriba anak bongsu, Mohd. Danial Danish bersama (dari kanan) Mohd. Nur Shafiq, Nurul Shakira dan Nurul Shahirah melihat barangan sumbangan JKM dan Pembela BN di Kampung Sungai Putat, Melaka, semalam. 

    Pendapatan ibunya, Nany Idany Baharudin, 35, sebanyak RM400 sebulan sebagai pembantu kedai tidak mampu menampung kehidupan mereka enam beradik selepas bapa, Mohd. Shamsuri, 44, tinggal berasingan dengan ibu sejak dua bulan lalu.

    Namun, mujurlah rasa putus asa Nurul Shakira itu tidak menular kepada pasangan kembar seirasnya, Nurul Shahirah, 16, dan adik mereka, Mohd. Nur Shafiq, 14.

    Sehingga kini, kedua-dua mereka masih meneruskan persekolahan masing-masing di tingkatan empat dan tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Sungai Putat di sini.

    Dua lagi adik mereka, Mohd. Nur Shafiz, 11, dan Nurul Shafiqah, 8, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam tetapi terpaksa berjalan kaki ke sekolah yang terletak lima kilometer dari rumah mereka seawal pukul 6 pagi.

    Menurut Nurul Shakira, dia tidak berminat lagi untuk menyambung pelajaran kerana tiada semangat dan kecewa dengan sikap bapa mereka yang tidak langsung mengendahkan keluarga.

    "Masa tingkatan tiga, ayah tidak mengendahkan urusan persekolahan sehingga saya dan Nurul Shahirah tidak sempat mengambil peperiksaan PMR dan sejak itu, saya sudah tiada semangat lagi hendak ke sekolah.

    "Kami tidak boleh harapkan ibu kerana ibu telah berusaha menyediakan keperluan kami enam beradik di rumah lagipun pendapatan yang diterima setiap bulan juga tidak mencukupi," katanya.

    Dia ditemui pada majlis lawatan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Melaka (Pembela BN) bersama agensi kerajaan berkaitan di rumah keluarga itu di sini hari ini.

    Menurut Nurul Shakirah, hidup mereka sekeluarga semakin tertekan apabila rumah sewa di Port Dickson, Negeri Sembilan tertunggak RM3,000 dan terpaksa dilelong oleh pihak bank.

    "Selepas itu, kami pindah ke sini (Melaka) dan sudah dua bulan tinggal di sini, bapa pula tidak tahu ke mana menghilang, cuma ibu sahaja tempat kami bergantung.

    "Gaji ibu tidak banyak, oleh itu, banyak kelengkapan sekolah adik- adik tidak dapat disediakan malah yuran sekolah mereka juga belum dijelaskan lagi," katanya.

    Ibunya pula menghidap penyakit tiroid sejak lebih 10 tahun lalu dan keadaan itu menghalang dia bekerja lebih keras.

    "Saya melakukan dua kerja iaitu siang hari bekerja di kedai runcit dan sebelah petang bekerja di pasar raya dekat rumah, kalau kerja penuh, dapatlah RM400 sebulan.

    "Namun, sejak kebelakangan ini saya sering kurang sihat dan terpaksa memberi perhatian kepada anak bongsu, Mohd. Danial Danish, 2, di rumah. Keadaan ini sekali gus menjejaskan pendapatan kami," katanya.

    Sementara itu menurut Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah, pihak Baitulmal sedang memeriksa butiran dan status permohonan bantuan yang sebelum ini pernah diterima oleh keluarga berkenaan di Negeri Sembilan sebelum membuat susulan lanjut.

    Katanya, Pembela BN juga berusaha mendapatkan bantuan pendidikan termasuk biasiswa dan Tabung Amanah Pendidikan negeri untuk disalurkan kepada empat anak keluarga itu yang masih bersekolah.

    "Berhubung masalah Nurul Shakira, kita akan cuba dapatkan tempat untuknya menyambung pengajian kemahiran memasak di Kolej Komuniti Bukit Beruang kerana dia sendiri berminat,'' katanya. - Utusan

    Keuntungan lumayan ternak arowana

    Tuesday, March 23, 2010

    EMAS berenang dengan warna yang pelbagai dan dianggap membawa tuah. Mungkin itu kata-kata paling tepat menggambarkan bagaimana ikan arowana terlalu berharga.

    Sebab itu, industri ini semakin menarik minat mereka yang berkemampuan untuk melabur, kerana melihat potensinya yang boleh menjana keuntungan lumayan.

    Ismail Ali bangga menunjukkan ikan arowana gold. 

    Sebab itu, banyak syarikat telah menceburkan untuk membuat pelaburan sama ada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan, dan jumlahnya semakin meningkat terutama di kawasan Bukit Merah.

    Bagi Happy Arowana Farm, keluasan kawasan yang mencecah 200 hektar (500 ekar) itu sewajarnya dimanfaatkan sebagai kawasan pertumbuhan industri ternakan ikan arowana.

    Apatah lagi menurut pemiliknya Ismail Ali, 33, kira-kira 90 peratus kawasan tersebut telah diwartakan sebagai ladang ternakan ikan tersebut.

    "Kawasan ini terkenal sebagai pusat ternakan ikan kelisa kerana kesesuaian airnya dengan pH antara 6.8 dan 7.4 dari tasik berhampiran,'' katanya sambil menjelaskan kesemua kawasan ternakan pada asalnya merupakan bendang sawah.

    Ismail, anak jati Alor Pungsu, berhampiran kawasan Bukit Merah menceritakan, penglibatannya sebenarnya bertitik tolak daripada pengalamannya sejak kecil iaitu pada 1987 yang sering mencari ikan di Sungai Kerian.

    Sehinggalah pada tahun lepas, dia menyambung minatnya meskipun terlibat dengan beberapa pekerjaan lain.

    Ismail memberitahu, dia bermula secara serius setelah mengambil kira potensi industri tersebut yang berpotensi dikembangkan dan menjana usahawan tempatan.

    Selepas berusaha dengan modal permulaan RM80,000 dengan berniaga menjual induk ikan kelisa, Ismail mengorak langkah lebih jauh untuk mengembangkan lagi projek ternakannya.

    Katanya, ikan arowana bagaikan emas berenang dan membiak untuk menjana pendapatan. Dalam tempoh lima bulan sahaja terlibat dalam perdagangan induk, dia mampu menjana pendapatan lumayan
    "Satu ketika saya mengalami kerugian kerana masalah yang tidak dijangka tetapi tidak mematahkan semangat,'' katanya.

    Dia membuka kolam ternakan dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk melabur, dan pada masa sama masih menjual induk ikan.

    Pakej yang ditawarkannya tidak begitu membebankan iaitu seorang pelabur ditawarkan induk ikan arowana emas (Malaysia Gold atau spsies lain seperti high back dengan 20 induk setiap satu pakej.

    Ketika ini, syarikat berkenaan menawarkan 30 buah kolam atau 30 pakej manakala fasa kedua akan menyusul yang menawarkan 70 buah kolam.

    Setiap pakej menawarkan kontrak lima tahun dengan penyelenggaraan dan makanan dibiayai oleh syarikat.

    Kata Ismail, hasil anak akan dipawah 50 peratus untuk syarikat dan 50 peratus lagi untuk pelabur
    "Ketika ini saya menguruskan kolam yang bernilai RM4 juta," ujarnya.

    Bagaimanapun, beliau berharap agar kerajaan dapat membantu terutama dalam memberi insentif memajukan industri tersebut, khususnya dalam bidang penyelidikan atau pembiakbakaan.

    Mengulas perkara tersebut, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, mana-mana pengusaha yang berminat menjalankan penyelidikan boleh memohon di bawah geran yang ditawarkan oleh agensi kerajaan berkaitan,

    "Mereka perlu mengadakan kerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan termasuk universiti untuk tujuan ini,''katanya.

    Ikan arowana katanya merupakan komoditi yang unik terutama Malaysian Gold kerana ia satu-satunya spesies di dunia.

    Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak mengenai tiga komoditi di beri tumpuan menjadikannya industri yang semakin popular.

    "Potensinya memang besar sebab itu ramai yang menyatakan minat melabur tetapi kita (Jabatan Perikanan) menasihati mereka supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelaburan yang tidak meyakinkan,'' katanya.

    Junaidi berkata, akan ada pihak mengambil kesempatan menipu orang awam dengan menawarkan pakej menerusi seminar sedangkan mereka mungkin tidak memiliki kolam sekali pun.

    "Tawaran pakej BMA (Bukit Merah Aquaculture) memang baik sebab mereka ada ladang dan kolam,'' katanya.

    Beliau mengingatkan demikian kerana ada kes pengusaha rumpai laut yang menipu pelanggan dengan menawarkan pakej tetapi sebaliknya tidak wujud sedangkan ada peserta telah melabur.

    Info 

    Taksonomi Arowana
    Kelas: Pisces
    Order Clupeiformes
    Suborder Osteoglossoidei
    Famili Osteoglossidae
    Genus : Scleropages sp.
    Spesies: Scleropages formosus
     
    Berdasarkan pengkelasan ini ikan dalam famili Osteoglossidae dikatakan merupakan kumpulan ikan air tawar mempunyai ciri ikan primitif. Ini berdasarkan kepada fosil yang telah ditemui dimana asal usul arowana telah wujud pada zaman kewujudan dinosour di zaman karbon kira-kira 360 juta tahun dahulu.

    Antara spesies ikan air tawar lain yang terkandung dalam famili ini termasuklah

    l Arapaima gigas iaitu sejenis ikan air tawar yang terbesar dan arowana perak (silver), Osteoglossum bicirrhosum dan O. ferreirai yang berasal dari Amerika Selatan.
    l Arowana mutiara (Scleropages leichardtii) dan arowana hitam (Scleropages jardinii) yang berasal dari Australia juga tergolong dalam famili Osteoglossidae.
    l Heterotis niloticus boleh ditemui dai bahagian barat Afrika dan Sungai Nil

    Jenis arowana

    Pada asalnya Arowana Asia (Scleropages formosus) terbahagi kepada tiga varieti utama iaitu Arowana Emas, Arowana Merah dan Arowana Hijau.

    Arowana Emas

    Terdapat dua varieti iaitu varieti emas Malaysia dan emas Indonesia.
    Arowana Emas Malaysia merupakan jenis yang terbaik dan cantik berbanding varieti Indonesia.
    Melalui pembiakan dalam kurungan pelbagai varieti seperti blue base gold dan high back gold telah dihasilkan. Jenis albino merupakan jenis arowana emas yang paling jarang ditemui di pasaran.

    Arowana Merah

    Arowana Merah berasal dari Kalimantan, Indonesia tetapi ia telah dihasilkan secara intensif di ladang arowana tempatan.

    Arowana Hijau

    Arowana Hijau merupakan jenis yang paling meluas taburannya di negara kita. - Utusan

    PPPAT Glami Lemi fokus kajian arowana

    Ternakan ikan arowana di Bukit Merah sangat popular di kalangan pengeksport.- Gambar hiasan 

    BERDASARKAN laporan Jabatan Perikanan, industri ikan hiasan Malaysia telah berkembang dengan pesat.

    Ini berdasarkan statistik anggaran tahun 2008 bahawa pengeluaran dari industri ikan hiasan adalah 733 juta ekor ikan.

    Ini bersamaan dengan nilai RM759 juta dan ini merupakan peningkatan sebanyak 31.4 peratus (pengeluaran) dan 17.3 peratus (nilai pengeluaran) jika berbanding dengan tahun 2007.

    Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sehingga tahun ini , ikan hiasan telah di kenal pasti sebagai salah satu komoditi dan bidang usaha yang diberi keutamaan.

    Salah satu spesies ikan hiasan utama negara adalah ikan arowana (Scleropages formosus) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti industri ikan arowana sebagai salah satu industri bernilai tinggi.

    Bagi memastikan pembangunan industri ikan arowana yang berterusan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Pelan Pengurusan Pemuliharaan Ikan Arowana di Tasik Bukit Merah supaya habitat asal ikan arowana ini dapat dipulihara.

    Di negara ini, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT) merupakan sebuah pusat penyelidikan di bawah Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan.

    PPPAT yang terletak kira- kira 15 kilometer dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, PPPAT Glami Lemi yang dahulunya beroperasi di Batu Berendam Melaka mula beroperasi di Titi, Jelebu Negeri Sembilan mulai awal tahun 2007.

    Fungsi utama PPPAT ini ialah menjalankan pelbagai kajian dalam bidang akuakultur termasuklah;
    - Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang akuakultur dan perikanan air tawar

    - Mengkaji, mengumpul dan menyebarkan maklumat yang berkaitan.

    - Memelihara perhubungan dan kerjasama penyelidikan dengan lain-lain sektor perikanan dan organisasi

    Objekitif PPPAT 

    - Mewujudkan teknologi yang sesuai untuk pembiakan dan ternakan ikan makan dan ikan hiasan air tawar

    - Mewujudkan pengurusan perikanan yang rasional dan akuakultur mapan persekitaran

    - Menjadi pusat rujukan dan perkhidmatan pakar

    - Meningkatkan keupayaan teknikal penternak dan kakitangan jabatan melalui latihan dll.

    - Meningkatkan hasil keseluruhan ikan yang berkualiti di dalam negara

    - Pemuliharaan biodiversiti hidupan akuatik

    Untuk mencapai objektif tersebut PPPAT Glami Lemi menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang bioteknologi molekul dan penentuan foligenetik ikan air tawar.

    Dalam bidang bioteknologi enzim, penyelidikan ditumpukan untuk menyaring mikro organisma yang boleh berupaya mereputkan komponen-komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan.

    Dalam bidang pembiakan ikan, PPPAT mencari kaedah pembiakan terkini serta menghasilkan induk, benih dan baka berkualiti.

    PPPAT juga menjalankan kajian ternakan untuk pelbagai spesies ikan air tawar serta merancang program pemilihan genetik ikan untuk menambah produktiviti ternakan ikan.

    Selain itu, ia penting dalam bagi mewujudkan kaedah pengurusan perikanan yang rasional dan amalan akuakultur yang mapan kepada persekitaran bagi perairan tertutup. Juga sebagai tempat rujukan dan perkhidmatan pengembangan di dalam bidang perikanan darat seluruh negara.

    Ia juga menyimpan inventori spesies ikan di perairan darat Malaysia dan memulihara biodiversiti hidupan air.

    Pasaran ikan arowana tertumpu kepada eksport.

    Negara eksport utama ialah Jepun, Hong Kong, China, Taiwan dan Kanada. - Utusan

    Wakil rakyat bantu projek tani

    Monday, March 22, 2010

    Kerajaan tubuh jawatankuasa IADA pantau rancangan pembangunan: Noh

    JERTIH: Kerajaan akan penubuhan jawatankuasa pengurusan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang dianggotai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di lapan kawasan IADA seluruh negara, bagi memberi peluang wakil rakyat terbabit secara langsung dalam pelaksanaan projek pertanian di negeri masing-masing.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penubuhan jawatankuasa dianggotai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu bertujuan menyelaras pemantauan projek pembangunan IADA di Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Besut, Terengganu; Barat Laut, Selangor; Keriang, Kedah dan Seberang Prai, Pulau Pinang.

    Beliau berkata, buat kali pertama kementerian itu akan menubuhkan jawatankuasa pengurusan dan pemantauan yang dianggotai wakil rakyat, tidak seperti sebelum ini yang mana lembaga khusus ditubuhkan untuk menguruskan badan pertanian lain seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). "Di negara ini ada lapan kawasan IADA dengan enam daripadanya adalah kawasan penanaman padi, manakala dua lagi kawasan pertanian biasa.

    “Dulu IADA ditadbir di bawah Ketua Setiausaha kementerian, tetapi kita sudah bentangkan di kabinet minggu lalu supaya jawatankuasa pengurusan ini dianggotai oleh wakil rakyat BN,” katanya selepas majlis pecah tanah Projek Pembangunan Empangan Paya Peda, yang dilakukan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, di sini semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Mokhtar Ismail.

    Sementara itu, Noh berkata, projek Empangan Paya Peda bernilai RM333 juta di sini, dijangka mampu menampung bekalan air untuk lebih 10,000 hektar tanaman padi di negeri ini, selain menjadi tempat penyimpanan air domestik untuk memenuhi keperluan sehingga 2050 dan mengurangkan masalah banjir di kawasan sekitar serta sebagai pusat akuakultur.

    Katanya, projek empangan berkenaan yang juga bakal menjadi tarikan pelancongan itu dijangka siap sepenuhnya pada 2013, akan menempatkan empangan utama, empangan pelana, lencongan sungai dan jalan masuk.

    Beliau berkata, empangan itu dijangka mampu mengumpul dan menakung sehingga 168 juta meter padu air secara penuh dan 165 juta meter padu dalam keupayaan biasa di kawasan seluas 1,200 hektar, sekali gus membantu mengurangkan fenomena kemarau yang mula melanda kini. - Berita Harian

    Bio Green 2020 revolusi baja

    Sunday, March 21, 2010


    Pertanian adalah perniagaan. Slogan ini sememangnya ada kebenarannya kerana bidang pertanian pasti menjanjikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

    Malaysia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi justeru permintaan terhadap produk makanan juga adalah amat tinggi.
    Bio Green mampu meningkatkan hasil tanaman antara 30 hingga 50 peratus.

    Hal demikian memaksa negara mengimport sumber makanan seperti beras, buah-buahan, ikan dan daging dari negara luar.

    Namun, jika setiap warga negara ini mempunyai kesedaran untuk menghasilkan produk makanan sendiri mungkin kebergantungan terhadap negara luar dapat dikurangkan.

    Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menarik minat rakyat untuk menceburi bidang pertanian.

    Jika usaha demikian berjaya maka ia pasti dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan meningkatkan kadar ekonomi serta taraf hidup rakyat.

    Seruan kerajaan tersebut segera disambut oleh rakyat, maka pelbagai projek pertanian dilaksanakan namun malangnya hasil yang diperolehi tidak begitu memuaskan.

    Maka banyak projek yang terpaksa ditutup berikutan petani terpaksa menanggung kerugian dan modal pusingan yang tidak mencukupi kerana hasil yang diperolehi tidak menguntungkan.

    Menyedari hakikat tersebut, syarikat Agro Marin Sdn. Bhd. hadir dengan idea dan produk yang mampu membuatkan mana-mana petani tersenyum lebar melihat hasil mereka.

    Dikenali sebagai Bio Green 2020, produk ini merupakan sebatian baja cecair yang diperkaya dengan bahan organik seperti aloe vera, asid humik, asid amino dan ektrak rumpai laut.

    Menurut Pengurus Besar Agro Marin, Sharifuddin Abu Samah, Bio Green berfungsi seperti baja yang sedia ada di pasaran tetapi ia memiliki kelebihan berlipat kali ganda berbanding baja biasa.

    "Bio Green 2020 dirumus khas sebagai baja seimbang yang lengkap dengan unsur-unsur makro dan mikro (makanan- makanan lengkap bagi tumbuhan).

    "Ia juga terbukti sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti padi, tanaman landskap, buah-buahan, sayur-sayuran, rumput Turf, kelapa sawit, getah, koko, tembakau dan tanaman suhu sederhana seperti epal, strawberi serta ceri," katanya.

    Melalui formula gabungan bahan- bahan 'chelated', Bio Green memastikan kesediaan nutrien kepada tanaman secara maksimum tanpa pembaziran.

    Ia juga boleh digunakan untuk sistem titis dan fertigasi yang sesuai untuk tanah berpasir dan tanah bermasalah.

    Dirumus dari sumber bahan bergred tinggi (AR Grade) menjadikannya baja cecair yang unik, bermutu tinggi di pasaran.
    Cara untuk mengendalikannya juga amat mudah, hanya perlu dicampurkan air dengan kadar sukatan yang betul kemudian disemburkan kepada bahagian tertentu tumbuhan.

    "Contohnya jika kita menanam sayur- sayuran, hanya perlu disembur pada daun manakala untuk pokok buah-buahan disembur terus kepada buah.

    "Jika pada pokok yang mengeluarkan hasil daripada batang seperti getah hanya sembur pada pangkalnya," ujar Sharifudin.

    Apa yang lebih menarik produk ini boleh disembur bersama-sama racun serangga tanpa ada tindak balas akibat percampuran kedua-dua bahan tersebut.

    Kini para petani boleh tersenyum lebar dan tidur lena kerana kos pembajaan dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

    Bio Green juga mampu meningkatkan hasil tanaman antara 30 dan 50 peratus dan konsisten pada setiap musim.

    Jika petani menggunakan baja biasa (baja biji) ia akan memakan masa untuk diserap dan kadang kala nutrien yang dibekalkan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman.

    Berbanding baja ini, ia boleh diserap dalam masa tiga hingga empat jam sahaja berbanding baja bijian yang memakan masa berhari-hari.

    Jelas Sharifudin, baja bijian biasanya memiliki 25 peratus sahaja nutrien atau baja dan selebihnya adalah bahan pengikat yang terdiri daripada tanah liat atau bahan lain.

    Bio Green juga menggalakkan pengeluaran bunga dan pembesaran buah di samping menjadikan daun berkilat, bunga lambat gugur dan warna kelopak bunga lebih terang.

    Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat Agro Marin Sdn. Bhd. di talian 03-60920716 atau boleh layari blog syarikat tersebut di http://biogreen2020.blogspot.com. - Utusan

    Kg. Perangkap pusat kraf besi

    Saturday, March 20, 2010

    PASIR MAS 19 Mac - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Negeri Kelantan akan membangunkan Kampung Perangkap di sini sebagai Pusat Pengeluaran Kraf Pandai Besi Negeri Kelantan berikutan peningkatan jualan di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).
    KAMARUZAMAN Idris (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen bengkel pandai besi kepada wakil pengusaha, Mat Ariffin Ibrahim di Kampung Perangkap, kelmarin.

    Pengarahnya, Kamaruzaman Idris berkata, kampung tersebut dipilih disebabkan penduduknya menunjukkan kesungguhan dan telah mencapai sasaran pengeluaran barang kraf tangan yang ditetapkan oleh agensi itu.

    Beliau memberitahu, sehingga kini terdapat 20 pengusaha kraf tangan yang mempunyai kemahiran dalam seni pertukangan besi di kampung berkenaan.

    "Jualan tahunan mereka meningkat kepada RM198,000 pada 2009 berbanding RM32,000 pada permulaan pengenalan SDSI pada 2006.

    "Sambutan terhadap jualan kraf tangan besi Kampung Perangkap juga meningkat apabila mencecah pendapatan sehingga RM15,000 pada Promosi Hari Kraf Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bengkel Pandai Besi di Kampung Perangkap di sini semalam.

    Kamaruzaman berkata, kampung itu dikenal pasti mampu dimajukan di bawah program SDSI dan dua buah bengkel pandai besi di kampung itu dibangunkan pada 2008 untuk lima pengusaha.

    Bagi meningkatkan pengeluaran, katanya, lima penduduk dipilih sebagai tenaga pelapis dan mengikuti latihan kemahiran di bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan.

    ''Mereka juga diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan supaya bersama-sama aktif dalam menjual hasil kraf tangan berkenaan," ujarnya.

    Sehingga kini, katanya, pengusaha kraf tangan itu juga berpeluang menyertai Program Jualan Promosi dan Demonstrasi di Showcase SDSI Peringkat Kebangsaan di Melaka dan Promosi Pandai Besi di Waterfront Kuching, Sarawak.

    Beliau meminta lebih ramai pengusaha kraf tangan besi di negeri itu supaya mendaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan bagi mengikuti program pembangunan SDSI.

    Katanya, mereka boleh menghubungi perbadanan itu menerusi talian 09-7126266 pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut. - Utusan

    Pasar tani platform pemasaran

    Friday, March 19, 2010

    SELEPAS kira-kira 25 tahun diperkenalkan, konsep pasar tani ternyata menjadi satu saluran penting kepada petani, nelayan dan pengusaha kecil menambah pendapatan masing-masing.

    Malah keberkesanan kaedah pemasaran produk secara langsung tanpa orang tengah ini turut peluang kepada petani dalam mempertingkatkan lagi pendapatan mereka.

     pASAR TANI mEGA YANG SEMAKIN POPULAR TERDAPAT DI BANYAK LOKASI DI SELURUH NEGARA.

    Selain itu, bukan sekadar menguntungkan para peniaga semata-mata tetapi juga turut memberi kesan positif kepada pembeli kerana dapat menikmati barangan yang segar pada harga yang sederhana.

    Di bandar yang serba moden ini, mana hendak dicari petai, jering, pucuk ubi dan pelbagai jenis ulam? jika bukan di pasar tani. Begitu juga kerepek, keropok, produk berasaskan herba, rempah ratus, akuakultur dan ternakan, malahan anak pokok dan aksesori taman.

    Semua itu, hanya boleh didapati di pasar tani yang sememangnya menawarkan barangan tersebut dalam keadaan segar dan juga harga yang sederhana.

    Pengalaman pertama ke Pasar Tani Mega Setiawangsa menyaksikan kemeriahan membeli belah pelbagai keperluan daripada makanan mentah, makanan yang telah dimasak, buah-buahan segar, pokok bunga dan sebagainya.

    Pendek kata, semua keperluan kini semuanya boleh didapati di pasar tani.

    Pengerusi Pasar Tani Mega, Setiawangsa Abdul Wahid Ibrahim berkata, pasar tani yang dibuka pada sejak Mac 1995, ini asalnya hanya mempunyai seramai 20 orang peniaga dan tapak gerai peniaga sahaja.

    Bagaimanapun, setelah enam bulan dibuka, jumlah peniaga telah bertambah, malah kini peningkatan bilangan peniaga telah bertambah sehingga 100 tapak gerai peniaga.

    "Para peniaga di sini adalah peniaga tempatan, jadi mereka pasarkan barangan produk sendiri yang sememangnya dijamin segar.

    "Dengan ada pasar tani, kami mengharapkan ia boleh menjadikan sebagai satu pusat sehenti kepada orang ramai yang boleh menyediakan segala keperluan kepada orang di kawasan ini,'' ujarnya ketika ditemui sempena pelancaran sambutan 25 tahun pasar tani di peringkat tapak di Pasar Tani Setiawangsa baru-baru ini.

    Katanya, objektif sebenar penubuhan pasar tani adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengusaha memasarkan produk masing-masing.

    Selain itu, ia sebagai pendedahan kepada pengusaha akan proses pemasaran dan meluaskan pasaran pada pelbagai peringkat.

    Dalam masa sama juga, pasar tani turut berperanan untuk menyediakan barangan segar kepada pembeli tanpa menggunakan orang tengah dengan harga yang murah.

    Menyingkap sejarah perkembangannya, penubuhan pasar tani tercetus setelah menerima aduan pengguna bahawa harga produk pertanian, termasuk makanan, yang dipasarkan di bandar terlalu mahal berbanding tempat-tempat lain.

    Berikutan itu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan perbincangan dengan persatuan pengguna bagi mencari jalan penyelesaian.

    Masalah itu kemudian mendapat perhatian kerajaan sehingga mendorong menyediakan peruntukan sejumlah wang dan satu kawasan lapang untuk dijadikan tapak sementara membolehkan petani memasarkan sendiri hasil mereka.

    Maka lahirlah pasar tani pertama negara ini di Kuantan pada tahun 1984 walaupun pelancaran rasmi konsep pasar tani itu berlangsung di sekitar Rumah Sejuk Beku FAMA di Johor Bahru pada 31 Januari 1985.

    Struktur awal pasar tani yang diperkenalkan itu cukup mudah.

    Dengan hanya payung besar berwarna hijau putih dan meja yang boleh dilipat, ia beroperasi setiap Sabtu di kawasan lapang yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa tempatan.

    Sebenarnya berpandu kepada konsep pekan sehari yang beroperasi dari pagi hingga ke petang di kebanyakan pekan kecil di seluruh negara. - Utusan

    GenKimo baja teknologi hijau

    Penggunaan pelbagai jenis racun dalam pertanian menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
    Justeru penggunaannya perlu dihadkan dan digantikan dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat (IMO).

    Selain menggantikan racun serangga, IMO boleh digunakan dalam proses penapaian sisa tanaman industri bagi makanan ternakan.

    Hasil daripada silaj berkenaan bukan saja boleh digunakan bagi makanan ternakan tetapi juga sebagai baja sekali gus menghalau serangga dan mengurangkan bau busuk.

    Justeru penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian menghasilkan silaj makanan ternakan menggunakan IMO.

    Mendapat pendidikan di Jepun, Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd Noor menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan.

    Bermula sebagai kajian sampingan, akhirnya Ramli berjaya menghasilkan silaj makanan ternakan menggunakan IMO tempatan.

    Produk yang dinamakan GenKimo dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

    "GenKimo merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

    "Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

     Dr. Ramli Mohd. Noor bangga dengan kejayaannya menghasilkan GenKimo di Serdang, baru-baru ini. 

    Produk GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

    Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

    Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

    penapaian nutrien asli

    "GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian.

    "Silaj merupakan proses bagi menyimpan makanan ternakan dalam tempoh tertentu," katanya.


    Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.

    Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga dalam silaj.

    Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

    GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.

    Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

    "Kajian di ladang-ladang ternakan ruminan yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

    GenKimo-1 untuk tanaman pula menggunakan konsep persekitaran hutan yang subur dengan mengumpulkan mikrob berguna dari sana.

    Ramli berkata, aktiviti mikrob di hutan yang subur menghasilkan enzim dan asid amino yang baik untuk pereputan dan penghadaman serta meningkatkan bilangan mikrob berguna.

    "Mikrob berguna ini amat baik untuk menghalang dan merencatkan bakteria jahat," katanya.

    GenKimo-1 untuk tanaman amat sesuai bagi menggalakkan percambahan, tumbesaran, penghasilan dan keranuman produk tanaman.

    Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman serta menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.

    Produk berkenaan juga berupaya menambah daya ketahanan tumbuhan terhadap serangan serangga dan penyakit serta mampu memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

    Ramli berkata, GenKimo-bio pula merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

    "Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

    "Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

    GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

    Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

    Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.

    "GenKimo-composeed juga mampu merangsang pertumbuhan yang baik serta meningkatkan daya ketahanan penyakit.

    "Menyegarkan tanah dan memperbaiki agregat tanah," katanya.

    Produk berkenaan mampu dikomersialkan memandangkan ia memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara seperti di Pingat Emas semasa BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan. - Utusan

    Pendaftaran hak cipta dipercepat

    Thursday, March 18, 2010


    KUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mempercepatkan proses pendaftaran hak cipta dan cap dagangan bagi membolehkan produk ciptaan tempatan terutamanya pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dilindungi daripada sebarang peniruan.

    Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagi mengatasinya, sebanyak 50 pemeriksa baru akan ditambah dan dilatih selain meningkatkan peralatan berteknologi tinggi yang akan dibangunkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


    Katanya, hasil perbincangan bersama pihak industri juga telah mencapai kata sepakat untuk mempercepatkan pindaan ke atas empat akta penting berkaitan hak cipta, cap dagangan, paten, dan reka bentuk perindustrian.

    "Kita menyasarkan akta berkaitan hak cipta dan reka bentuk perindustrian akan dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Jun ini sementara cap dagangan dan paten pada November atau Disember.

    "Bagi paten misalnya, tempoh pendaftaran akan dipercepatkan daripada 39 kepada 32 bulan sementara cap dagangan akan dikeluarkan dalam masa 12 bulan berbanding 18 bulan ketika ini menjelang 2012," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perundingan KPDNKK bersama Sektor Swasta Tahun 2010 - Isu Harta Intelek di sini hari ini.

    Hadir sama Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe serta Pengarah Urusan MyIPO, Kamel Mohamad.

    Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pengambilan masa agak lama untuk sesuatu paten didaftarkan adalah disebabkan oleh peraturan antarabangsa yang mengkehendaki sesuatu ciptaan itu dipamerkan terlebih dahulu untuk sebarang bantahan.

    Sementara itu, beliau berkata, kementerian akan memperbanyakkan kursus kesedaran kepada pihak industri terutamanya PKS memandangkan pemahaman mereka mengenai kepentingan mempatenkan produk masih rendah.

    Tambahnya, sepanjang 1986 hingga 2009, hanya 1,484 paten tempatan didaftarkan biarpun ia berupaya melindungi hak ciptaan sesuatu produk daripada diciplak.

    "Masih ramai lagi yang tidak memahami mengapa produk mereka perlu dipatenkan.

    "Ini kerana apabila mereka mengalami kerugian disebabkan pihak lain menciplak hasil ciptaan mereka, mereka tidak boleh membawa kes tersebut ke mahkamah," katanya. - Utusan

    Subsidi Sektor Pertanian Harus Diteruskan, Kata Noh

    Wednesday, March 17, 2010


    PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar membayangkan keperluan subsidi sektor pertanian diteruskan tetapi dengan pendekatan penyampaiannya dikaji semula bagi menjamin bekalan makanan negara.
    Beliau berkata subsidi pertanian tidak semestinya dihapuskan kerana terdapat juga negara maju yang masih memberi subsidi kepada sektor pertanian mereka.
    "Kerajaan sedang membuat kajian menyeluruh (mengenai subsidi) dan kita perlu tunggu," katanya ketika ditanya sama ada subsidi di sektor pertanian akan turut dikurangkan berikutan usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi secara beransur-ansur.
    Bercakap kepada media selepas melancarkan Program Agrochallenge Pekan 2010 di sini malam tadi, Noh berkata subsidi pertanian harus diteruskan bagi mengatasi defisit perdagangan sektor tersebut ketika ini kerana pengimportan yang tinggi.
    "Kita mengalami defisit kira-kira RM5.2 bilion. Kita lebih banyak mengimport barang pertanian dari pasaran luar. Sasaran negara adalah untuk mencapai lebihan dagangan agro makanan sebanyak RM1.2 bilion pada tahun ini," katanya.
    Noh berkata negara boleh mengimport beras dari luar umpamanya kerana harganya lebih murah berbanding subsidi yang harus dikeluarkan.
    "Jika mahu ambil kira untung dan rugi kita boleh mengimport sahaja beras tetapi bagi menjamin bekalan makanan di dalam negara, kita tidak boleh bergantung kepada negara luar.
    "Jika kekurangan beras berlaku di negara luar pasti ia akan menjejaskan negara pengimport juga," katanya.
    Noh berkata sektor pertanian adalah sektor yang penting di mana negara perlu mempunyai keselamatan makanannya sendiri dan usaha harus diteruskan bagi memastikan Malaysia akan menjadi mampu diri.
    Katanya golongan petani, penternak dan nelayan akan menerima subsidi, insentif dan bantuan bernilai hampir RM2 bilion di dalam Bajet 2010.  - mstar online

    NEM can break racial barrier, says Muhyiddin


    KUALA LUMPUR: The New Economic Model (NEM), to be unveiled at the end of the month, is an instrument that can break the racial barrier, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.
    The Deputy Prime Minister said that while the NEM was aimed at creating a better future for the country, it would also obliterate prejudices among races.
    “The NEM is not just an economic model but is also an instrument that will ensure every single Malaysian is given an equal role and opportunities to polish their potential so that we can compete fairly.
    “When everyone is given the assurance that they can compete fairly in the economic sector, the real racial harmony will prevail and that is one of the model’s targets,” Muhyiddin said at the Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall’s 1Malaysia dinner here last night.
    “I wish to call upon everyone to step forward and support the Govern­ment in implementing the plan.”
    He also witnessed the oath-taking ceremony of the Hall’s newly appointed committee members led by its president Liew Kon Seng. - The Star

    Coca-Cola firms up plans in four months to set up RM1bil plant


    Malaysian Prime Minister Najib Razak holds a shovel as he performs the ground -breaking ceremony for the new Coca-Cola plant at Bandar Enstek, on the outskirts of Kuala Lumpur today. Coca-Cola Co will build a new bottling plant in Malaysia and invest RM1 billion (US$302 million) over the next five years to boost growth in the Southeast Asian market. 

    NILAI: Giant conglomerate Coca-Cola took only four months after discussions with the Prime Minister to firm up plans to set up a RM1bil plant in Malaysia.
    Datuk Seri Najib Tun Razak said this would help bolster Malaysia’s image as a favourite foreign investment destination.
    He conducted the ground-breaking ceremony for the company at Bandar Estek here yesterday.
    “We promised them all the support that we could give, and the incentives as well, during discussions in Singapore. I am proud that we have been able to make this a reality within four months,” he said, adding that the investment would be made over a five-year period.
    Najib had met officials from the company at the sidelines of the Apec CEO summit in Singapore last November.
    He said Malaysia was proud to be associated with the globally-recognised brand which first made its presence here in 1979.
    “Coca-Cola has been a global household name for a long time ... I still remember a movie (The God’s Must Be Crazy) where a Coca-Cola bottle fell from the sky.
    “It could have been any bottle ... but it was a Coca-Cola bottle,” he said to loud applause from the crowd.
    Najib was also pleased to note that the state-of-the-art plant would be one of the most eco-friendly in this part of the world.
    The “green” plant would be built based on the LEED (Leadership in Energy and Environment Design) certification which was an international standard for eco-friendly buildings.
    The 123,024sq m facility, built on land acquired from TH Properties, is expected to start operations before the end of next year.
    Earlier, Coca Cola Company president (Pacific group) Glenn Jordan said the investment in Bandar Enstek was the company’s biggest ever made in Malaysia.
    This new investment, he said, would create between 600 and 800 jobs within the plant and 8,000 more jobs at the supplier and distributor levels. - The Star

    Burung walet jana RM5 bilion

    Tuesday, March 16, 2010


    KUCHING 15 Mac - Industri sarang burung walet di negara ini mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM5 bilion dengan pengeluaran 500 tan metrik setahun menjelang tahun 2020.

    Menteri Muda Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Talib Zulpilip berkata, untuk menghasilkan jumlah pengeluaran sebanyak itu, negara ini perlu mempunyai lebih 100,000 rumah burung itu dan Sarawak mempunyai potensi untuk tujuan berkenaan.

    Ini kerana, jelasnya, negeri ini mempunyai banyak kawasan berpotensi untuk memikat burung walet khususnya di sepanjang perairan Tanjung Datu hingga ke utara Sarawak iaitu di Lawas.


    ''Sarang burung walet dikatakan mempunyai khasiat dalam penjagaan kesihatan malah mempunyai pasaran tinggi di peringkat antarabangsa.

    ''Dengan potensi pasaran tersebut, kita berharap lebih ramai penduduk di negeri ini menceburi bidang memikat burung walet yang bukan hanya mampu meningkatkan ekonomi masing-masing bahkan kepada pendapatan negara," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pemikatan Burung Walet di Dewan Masyarakat Sematan dekat sini hari ini.

    Talib berkata, pasaran utama sarang burung walet pada masa ini adalah seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan di samping pasaran domestik dalam negara.

    Katanya, keempat-empat negara tersebut mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mempercayai khasiat sarang burung walet dalam penjagaan kesihatan menjadikan mereka pengimport terbesar produk berkenaan.

    Tambahnya, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 250 tan metrik sarang burung walet daripada 50,000 rumah burung telah dihasilkan dengan nilai pendapatan sebanyak RM1 bilion bagi pasaran tempatan dan luar negara.

    ''Justeru, industri ini sememangnya memberi pulangan lumayan memandangkan harga sarang burung itu mengikut gred dengan harga tempatan RM4,500 hingga RM6,500 sekilogram manakala pasaran dunia pula menjangkau RM6,000 hingga RM12,000 sekilogram.

    ''Saya berharap rakyat di negeri ini mengambil peluang seumpama itu untuk mengusahakan tanah terbiar di sekitar kawasan masing-masing untuk menjalankan perniagaan sarang burung walet," katanya.

    Mengenai kursus anjuran SEDC tersebut, Talib memberitahu, ia disertai seramai 250 orang peserta berdaftar dari bahagian Lundu dan Sematan selama sehari.

    Menurutnya, tujuan kursus untuk memberi gambaran secara menyeluruh tentang industri burung walet kepada para peserta supaya mereka memahami peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam bidang ini. - Utusan

    Rezeki si pengukir kayu


    ALOR GAJAH 15 Mac - Kebiasaannya, rakyat negara ini akan mengelak untuk menceburi bidang pekerjaan yang memerlukan mereka bergelumang dengan habuk atau kekotoran. Namun bagi yang meminati bidang seni ukiran kayu, soal bekerja dengan habuk tidak pernah menjadi penghalang untuk menceburinya dengan serius.

    Ini dibuktikan Zulkipli Abas, 51, seorang pengusaha ukiran kayu yang begitu tabah, sabar dan tidak mudah berputus asa dalam industri ini yang telah diceburinya sejak 35 tahun lalu.

    Menyedari mempunyai bakat semula jadi dalam bidang tersebut, beliau tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya mengorak langkah membuka kedai membuat ukiran kayu, Perusahaan Zulkipli di Batu 27, Kampung Sungai Buloh, di sini.

    ZULKIPLI Abas tekun menyiapkan tempahan di perusahaannya di Batu 27, Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah, Melaka.

    Pelbagai jenis barangan perabot telah diukir sepanjang penglibatan beliau dalam bidang itu antaranya kabinet dapur, almari, mimbar masjid, hiasan dalaman dan kaunter pejabat.

    Selain perabot, beliau pernah menerima tempahan ukiran pada saat-saat akhir iaitu menyiapkan kereta berhias sebesar treler untuk digunakan semasa menyambut hari kemerdekaan.

    Kecenderungannya dalam bidang seni ukiran kayu membawa beliau melanjutkan pengajian dalam seni ukiran perabot di Pusat Latihan Belia di Muar pada tahun 1976 khusus untuk kemahiran ukiran kayu.

    Katanya, dengan modal hanya RM300, beliau menggunakan tapak yang sama iaitu di Batu 27, Kampung Sungai Buloh, yang ditadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tersebut.

    ''Dengan berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, saya tekad memulakan perusahaan walaupun ketika itu, kedai belum lengkap dengan peralatan ukiran asas," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Selama tiga tahun, beliau terpaksa menjayakan perusahaan dan menghasilkan perabot ukiran kayu dengan peralatan terhad dan melihat kesungguhan Zulkipli mengusahakan kedainya, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) tampil memberi bantuan.

    Katanya, bantuan yang diberikan oleh agensi berkenaan berupa mesin dan peralatan lain yang bernilai kira-kira RM80,000.

    Dengan peralatan yang canggih, beliau terus mengukuhkan azam untuk terus meningkatkan perusahaannya yang kini dibantu oleh anak saudaranya, Mohammad Imran Abd. Wahab.

    ''Saya menerima tempahan yang menggalakkan namun atas kelemahan tiada modal mencukupi untuk membeli barang mentah menyebabkan saya terpaksa membataskan tempahan.

    ''Namun, ini bukan alasan untuk saya berputus asa dan sehingga kini saya sudah mempunyai kedai Perabot Perusahaan Zulkipli di sini," katanya.

    Menurut Zulkipli, permohonan demi permohonan dilakukan untuk mendapatkan pinjaman daripada beberapa syarikat kewangan tetapi gagal.

    ''Kebanyakan syarikat kewangan terbabit menolak atas alasan umur saya sudah lanjut dan tidak melayakkan saya membuat sebarang pinjaman.

    ''Atas sebab ingin berjaya saya teruskan juga perusahaan ini biarpun terpaksa melakukannya dengan peralatan serba tidak lengkap dan kebanyakan tempahan saya terpaksa disiapkan secara manual," katanya.

    Menurut Zulkipli, antara tempahan yang paling bernilai yang pernah diterima adalah membuat ukiran kraf tangan yang ditempah oleh sebuah syarikat untuk dihadiahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda.

    ''Selain itu, saya juga diberi peluang untuk menghasilkan ukiran mimbar Masjid Ayer Kuning, di Tampin, Negeri Sembilan tidak lama dahulu," kata Zulkipli.

    Selepas tamat pengajian di pusat tersebut, pengusaha tunggal perabot ukiran kayu ketika itu, mengambil inisiatif untuk memperluaskan ilmunya dalam bidang tersebut dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

    Kemahiran yang dimiliki Zulkipli itu membolehkan beliau terpilih menyertai Bengkel Teknologi Desa di bawah Jabatan Belia dan Sukan bagi melatih belia-belia yang tinggal di luar bandar.

    Bengkel Teknologi Desa yang disertai oleh golongan belia tersebut walau bagaimanapun telah dihentikan dan bengkel tersebut dibiarkan kosong selama setahun.

    ''Saya amat berharap mana-mana belia yang berminat untuk mempelajari kemahiran seni ukiran kayu ini agar dapat menemui saya untuk mendapat penjelasan lanjut mengenainya.

    ''Cuma syarat utama yang diperlukan adalah minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh untuk terlibat menjayakan bidang ini," kata beliau.

    Sesiapa yang berminat untuk mempelajari seni ukiran perabot atau membuat sebarang tempahan boleh menghubungi Zulkipli di talian 013-6837724. - Utusan

     
     
    Copyright © 1MALAYSIA Berjaya