Kerajaan tingkat usaha tambah pendapatan golongan berpendapatan RM3,000

Saturday, August 29, 2009

MUAR 29 Ogos — Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membantu 40 peratus daripada rakyat negara ini yang memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka selaras dengan enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun kumpulan rakyat terbabit tidak tergolong di dalam kategori miskin tetapi usaha tetap perlu digerakkan untuk membantu mereka menambah pendapatan.

“Kita menggalakkan pihak-pihak berkuasa tempatan supaya mengeluarkan lesen-lesen perniagaan kecil supaya mereka dapat menambah pendapatan sama ada di dalam dan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Bukit Pasir, Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi di bandar yang memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan, mereka tetap berhadapan dengan kesulitan hidup berikutan kos sara hidup yang tinggi di kawasan-kawasan bandar.

Muhyiddin berkata kerajaan komited terhadap segala usaha untuk memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan NKRA yang diumumkannya sebelum ini tercapai kerana ia merupakan tunjang kepada pentadbirannya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya