100 guru diami kuarters baru RM35.4j

Wednesday, September 16, 2009

GUA MUSANG 15 Sept. — Kesulitan 100 guru yang mengajar di beberapa sekolah di daerah ini untuk mendapatkan tempat tinggal berakhir apabila mereka mula ditempatkan di kuarters baru yang bernilai RM35.4 juta sejak sebulan lalu.

Antara kuarters yang baru siap dibina itu termasuk lapan unit masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Perasu membabitkan perbelanjaan RM2.56 juta, SK Paloh Tiga (RM2.35 juta) dan SK Chalil (RM2.38 juta), empat unit di SK Pasir Linggi (RM2.05 juta) dan enam unit di SK Lepan Jaya bernilai RM2.1 juta. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Muhammad Zahari Othman berkata, kuarters guru yang masih dalam pembinaan pula sebanyak 72 unit lagi membabitkan kos pembinaan berjumlah RM20.1 juta dan dijangka siap tahun depan. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya