JKM Johor Bahru ceriakan 350 golongan memerlukan

Wednesday, September 16, 2009

JOHOR BAHRU 15 Sept. – Seramai 350 golongan kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Pulai menerima sumbangan bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang hujung minggu ini.

Sumbangan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) Johor Bahru sebanyak RM100 setiap penerima terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan fakir miskin itu disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Ramli Buhaini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JKM negeri Johor, Roslan Baba.

Ramli berkata, sumbangan itu merupakan acara tahunan bagi memberi kegembiraan kepada penerima dalam menyambut kedatangan 1 Syawal.

‘‘Biarpun ia tidak seberapa, namun diharap dapat memberi sedikit keceriaan bagi mereka menyambut hari raya,” katanya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya