Pasukan F1 1Malaysia lonjakkan industri pelancongan: Ng

Wednesday, September 23, 2009

KUALA LUMPUR: Pasukan F1 1Malaysia, yang akan membuat kemunculan sulung dalam Kejohanan Formula Satu (F1) Dunia tahun depan, akan terus melonjakkan lagi pelancongan sukan di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, hari ini.

Beliau berkata, malah masyarakat setempat dan warga Malaysia di seluruh dunia juga ingin datang untuk melihat sendiri pasukan Malaysia beraksi.

"Apa jua perkembangan dalam mana-mana sukan semestinyalah satu kelebihan dan bagi industri pelancongan, ia akan menarik kedatangan pelancong dan masyarakat Malaysia untuk datang serta menonton sendiri acara itu," katanya pada sidang media Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang julung kali diadakan di sini.

Dr Ng berkata, acara bertaraf dunia seperti Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia dan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia adalah produk pelancongan utama negara.

Kerajaan akan membantu mempromosikan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang berlangsung dari 26 September hingga 4 Oktober, katanya, sambil menambah, publisiti bagi acara itu, termasuk liputan secara langsung, akan dapat disaksikan oleh 200 juta penonton di seluruh dunia. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya