Rasuah : Sanggup merasuah elak karenah birokrasi - Transparency International

Saturday, September 26, 2009

Komitment Malaysia akan dakwa siapa saja ke pengadilan tidak ira Ahli Politik atau Kakitangan Kerajaan.

KUALA LUMPUR: Gejala rasuah masih berleluasa dan disenarai sebagai masalah utama di Malaysia berdasarkan Laporan Rasuah Global (GCR) 2009 keluaran Transparency International (TI), yang mendapati masih ramai yang sanggup merasuah bagi mengelakkan kerenah birokrasi.

Presiden TI Malaysia, Datuk Paul Low, berkata laporan diterbitkan TI di Berlin, Jerman itu mendapati lebih separuh tokoh korporat menyertai soal selidik di sini mengakui pernah merasuah atau mengenali seseorang yang mengamalkan rasuah.

"Berdasarkan laporan GCR, gejala yang menjadi masalah sejagat itu lebih berleluasa di kalangan negara Asia Tenggara sehingga menyebabkan penduduk miskin tidak boleh keluar daripada belenggu kemiskinan, manakala yang kaya bertambah kaya.

"Setiap tahun, hampir AS$40 bilion (RM144 bilion) bertukar tangan dalam bentuk rasuah di seluruh dunia, terutama di kalangan ahli politik dan kakitangan kerajaan.

Kerajaan kita sedar mengenai masalah ini dan sudah menyelaras langkah pencegahan, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan," katanya ketika dihubungi semalam.

Laporan GCR itu penilaian awal membabitkan kajian di 46 negara terhadap gejala rasuah dalam sektor swasta dan ketelusan kerajaan mencegah amalan itu. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya