|
KUALA LUMPUR – Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini mungkin tidak dirasai hampir 100,000 usahawan belia yang gagal meneruskan perniagaan gara-gara disenaraihitamkan oleh pihak bank.
Keuntungan yang sepatutnya dikongsi bersama sanak saudara pada hari raya hasil kontrak yang diperoleh terpaksa diagih dengan pihak lain dengan cara mengalibabakan projek kerajaan yang diterima. Mereka berbuat demikian kerana gagal mendapat pinjaman.
Bukan mereka sengaja mengalibabakan projek yang diterima tetapi mereka tiada pilihan lain untuk melaksanakannya walaupun untungnya tidak seberapa.
Gejala itu tidak sepatutnya berlaku namun itulah masalah besar yang tidak diketahui umum menyebabkan banyak usahawan muda terkandas di tengah jalan.
Peluang telah diberi oleh kerajaan cuma pihak bank tidak ada sedikit pun belas untuk meringankan beban yang ditanggung. Usaha untuk memulihkan nama mereka yang disenaraihitamkan gagal kerana mereka tidak diberi peluang kedua. - Kosmo
0 comments:
Post a Comment