137 petani syukur terima bantuan

Wednesday, September 9, 2009


AHMAD Khir Johari bersama jentera membajak yang dibeli melalui skim subsidi kerajaan di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

TELUK INTAN 8 Sept. - Seramai 137 petani di sini bersyukur kerana hasrat mereka untuk memiliki sendiri jentera membajak dan menuai padi sejak sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.

Apa yang lebih menggembirakan, mereka hanya perlu membayar separuh atau RM6,500 daripada harga sebenar jentera iaitu RM13,000.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azahar Yunus berkata, apa yang dinikmati oleh para petani terbabit adalah atas dasar keprihatinan kerajaan mahu melihat hasil pertanian meningkat.

Katanya, bagi membantu meringankan beban para petani, kerajaan bersedia untuk menanggung sebahagian lagi kos jentera tersebut.

''Jentera yang diberikan oleh kerajaan secara subsidi ini supaya petani mampu memperoleh hasil padi yang lebih banyak dan berkualiti.

''Kerajaan sentiasa membantu dalam usaha meningkatkan pendapatan para petani," katanya selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai padi kepada 137 petani di Sungai Manik dekat sini baru-baru ini.

Antara penerima ialah Ahmad Khir Johari Mat, 36. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya