KOTA KINABALU, 10 Feb (Bernama) -- Satu lagi kawasan penternakan makanan laut di Sabah dijangka menerima pensijilan Kesatuan Eropah (EU) tidak lama lagi.
Sijil itu membolehkan kawasan penternakan itu mengeksport produk makanan lautnya ke negara anggota EU, kata Duta Besar dan Ketua Delegasi Suruhanjaya Eropah ke Malaysia Vincent Piket.
"Kami akan mengeluarkan sijil yang perlu apabila kawasan ternakan itu memenuhi keperluan EU dari segi standard kebersihan makanan laut," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
EU mengharamkan eksport ikan dari Sabah pada April 2008 kerana pengeluar dan penternak tidak mematuhi standard dan peraturan.
Pada masa ini hanya pusat ternakan makanan laut Warisan Hikmat di Sabah sahaja yang mendapat perakuan sijil EU dan dibenarkan mengeksport udang putih dan udang galah ke negara anggota EU.
Pada 1 Feb lepas, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata kerajaan sedang menimbang untuk mensyaratkan semua pengusaha produk makanan laut supaya menguna pakai standard yang ditetapkan oleh EU bagi memuaskan kehendak global.
Beliau juga dipetik sebagai berkata langkah itu untuk memastikan pengeluar dan penternak produk makanan laut menepati kehendak pasaran sekiranya piawaian EU itu menjadi standard global untuk eksport pada masa depan.
Piket berkata EU menetapkan standard import kebersihan makanan laut yang ketat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam.
"Kami tidak memeriksa kesemua kawasan penternakan atau produk ikan yang dieksport dari Malaysia, termasuk dari Sabah. Kami membuat pemeriksaan secara rawak dari semasa ke semasa.
"Malah, kami bergantung kepada pihak berkuasa Malaysia seperti Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian, bagi memastikan standardnya," katanya.
Produk makanan laut menjana berbilion ringgit setiap tahun dan dianggap sebagai bahan makanan kedua terbesar yang dieksport oleh Malaysia. -- BERNAMA
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment