KANGAR 3 Feb. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berbangga kerana sebahagian daripada 353 peserta pasar tani di Perlis memasarkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) milik mereka sendiri.
Pengarah FAMA negeri, Muslim Manja berkata, bancian yang direkodkan mendapati mereka terlibat aktif memasarkan pelbagai produk IKS termasuk minuman, makanan, baja, aksesori hiasan dalaman rumah dan produk kesihatan.
Berdasarkan rekod itu katanya, ia terbukti mencapai sasaran kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu daripada bidang perniagaan.
"Jualan yang diraih oleh 353 peserta pasar tani di Perlis sepanjang 2009 adalah sebanyak RM9.5 juta, berbanding RM5 juta pada 2008 dan RM3.2 juta sepanjang 2007.
"Daripada RM9.5 juta nilai jualan tahun 2009 itu pula, lebih RM482,000 dikutip oleh peserta pasar tani yang terdiri daripada usahawan IKS sendiri," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kata Muslim, antara produk IKS yang dipasarkan oleh sembilan usahawan itu termasuklah produk kesihatan, rempah ratus, nasi lemak D'Danish, ayam goreng, laksa beras Kuala Perlis, sup gear box, kuih peniaram, kerepek bayam dan barangan kraf tangan.
"Secara purata mereka terlibat mencatatkan jualan antara RM200 hingga RM1,000 sehari. Ada yang berniaga dua kali seminggu dan sebahagian lagi berniaga di pasar tani empat kali seminggu," ujarnya.
Berpandukan angka jualan itu, kata beliau, secara purata usahawan IKS berkenaan mencatat jualan lebih RM40,200 sebulan dan ini bermakna mereka mencatatkan dagangan sebanyak RM482,400 sepanjang tahun lalu.
Menyentuh nilai jualan pula, Pengarah FAMA Perlis itu turut memberikan contoh pasaran produk kesihatan minyak kelapa dara, apabila usahawan IKS terlibat meraih jualan RM200 sehari dengan menyertai empat pasar tani seminggu.
Contoh kedua pula melibatkan jualan nasi lemak D'Danish dan ayam goreng yang jualan bagi peniaga terlibat mencapai RM1,000 sehari untuk jualan mulai pukul 8 pagi hingga 1 petang. - Utusan
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment