PUTRAJAYA 3 Feb. - Sebanyak 50,000 buah rumah baru akan dibina untuk golongan miskin dan miskin tegar dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini bawah Program Bantuan Rumah di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, di bawah program sama, kerajaan turut membaiki atau menaik taraf mana-mana rumah milik golongan miskin dan miskin tegar yang telah dikenal pasti.
Menurutnya, usaha tersebut perlu bagi membantu golongan terbabit bukan hanya untuk memiliki rumah selesa tetapi memberi rangsangan kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.
''Melalui program tersebut, lebih 250,000 golongan miskin dan miskin tegar akan memiliki rumah baru atau dibaik pulih rumah masing-masing menjelang tahun 2012.
''Tetapi dengan jumlah 50,000 buah rumah baru itu, ia mencukupi untuk menampung jumlah penduduk umpamanya seluruh Perlis dan kesemua rumah itu akan dibina oleh kontraktor kelas F yang berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Projek perumahan untuk golongan tersebut adalah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan infrastruktur luar bandar.
Mohd. Shafie berkata, bagi unit rumah baru itu, pada tahun ini sebanyak 16,600 buah rumah akan dibina manakala bakinya 33,400 buah lagi bakal dibina pada tahun depan dan 2012.
Menurutnya, dua pertiga daripada jumlah itu akan dibina di Sabah dan Sarawak manakala bakinya di Semenanjung.
''Ia selaras dengan sasaran kita iaitu 2.5 kali ganda bilangan rumah baru dibina atau dibaik pulih'' katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga akan menaik taraf kira-kira 7,000 kilometer (km) jalan negeri dan Persekutuan yang dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 800,000 penduduk luar bandar sebelum hujung tahun 2012.
''Daripada jumlah itu, kira-kira 1,900 km akan dibina di Sabah dan Sarawak yang meliputi 70 peratus jalan diturap dan bakinya jalan batu kerikil.
''Dengan jumlah jarak jalan tersebut, ia menyamai dengan membina tujuh buah Lebuh Raya Utara Selatan dari Johor hingga Kedah,"katanya. - Utusan
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment