Kementerian Pelancongan Sasar Pelancong Tinggal Lebih Lama, Belanja Lebih Di Malaysia

Friday, February 5, 2010

SHAH ALAM, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata kementerian berhasrat untuk melihat para pelancong tinggal lebih lama dan berbelanja lebih semasa berkunjung ke Malaysia bagi menjana lebih banyak pendapatan kepada negara.

Bagi tahun ini, beliau berkata kementerian mensasarkan ketibaan 24 juta pelancong berbanding 23.5 juta pelancong pada tahun lepas.

Katanya kementerian berharap memperoleh peningkatan pendapatan sektor pelancongan tahun ini kepada RM53 bilion daripada RM52 bilion tahun lepas.

Dr Ng berkata demikian selepas melancarkan sambutan Cahaya Digital Oriental I-Bhd di bandar teknologi, I-City yang berkeluasan 29 hektar di Seksyen 7 di sini.

Pada masa ini, beliau berkata pelancong asing secara purata tinggal selama 6.4 hari dan kementerian mahu meningkatkan angka itu kepada purata lapan hari. -- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya