KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sektor pelancongan negara memperoleh kejayaan cemerlang pada tahun lalu walaupun berlaku wabak Influenza A (H1N1) dan krisis ekonomi dunia.
Perdana Menteri berkata, lebih menggalakkan apabila jumlah pelancong asing yang mengunjungi negara ini tahun lalu adalah sekitar 24 juta orang, iaitu meningkat kira-kira tujuh peratus berbanding 2008 selain Malaysia berjaya memenangi tujuh anugerah pelancongan dunia pada peringkat serantau.
"Kita juga berasa bangga melihat negara kita ditampilkan dalam senarai 'Lonely Planet' bagi 10 destinasi utama untuk dilawati pada tahun ini. Saya percaya pengunjung yang buat kali pertama datang ke negara ini tahun ini akan menyukai apa yang mereka alami. Satu Malaysia yang berbilang kaum, budaya, adat dan bahasa serta semuanya bersatu di bawah satu bendera.
"Kita dikurniakan negara yang hebat. Benar sekali, sebahagian besar anda yang mengundi dalam tinjauan pendapat pelancongan 1Malaysia.com.my baru-baru ini memutuskan Malaysia mendapat manfaat terbesar ekopelancongan," kata Perdana Menteri dalam blognya, semalam.
Perdana Menteri berkata, bagi meneruskan kejayaan tahun lalu, kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk sektor pelancongan di bawah Belanjawan 2010.
Katanya, negara akan terus mengukuhkan bidang pelancongan yang berbeza, khususnya ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan.
Selain itu, beliau berkata, inisiatif utama baru akan merangkumi usaha menarik lebih banyak penyertaan dari negara seperti China dan India menyertai Program Malaysia Rumah Kedua Ku.
"Selain menaik taraf kualiti infrastruktur di pusat pelancongan, kita akan menempatkan mereka yang berhemah dan mesra berkhidmat di barisan hadapan, mempromosikan aktiviti pelancongan dalam talian dan menyediakan acara serta dan produk pelancongan yang lebih menarik.
"Dari segi produk baru dan penganjuran acara, pelanggan yang menggemari barang mewah akan berminat mengetahui sebuah kompleks saluran barangan terus dari kilang yang mewah dan baru, Johor Premium Outlet, akan dibuka pada 2011," katanya.
Perdana Menteri berkata, pengunjung ke ibu negara juga boleh mengambil bahagian dalam Festival Tanglung 1Malaysia yang akan disambut setiap tahun. - Berita Harian
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment