SELAKU rakyat Malaysia yang setia namun hidup dalam serba kekurangan, saya ingin meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tindakan kerajaan menerusi Jabatan Insolvensi yang seolah-olah menekan kehidupan rakyat menerusi undang-undang berkaitan kebankrapan.
Saya berharap tindakan kerajaan menjalankan undang-undang menerusi Jabatan Insolvensi (atas arahan mahkamah) terhadap si bankrap haruslah bersifat membantu, bukannya menekan serta menambah seksa kepada si bankrap tersebut. Sudahlah hidup susah kerana tidak dapat membayar hutang, diisytihar bankrap pula oleh mahkamah.
Selepas itu pihak Jabatan Insolvensi pula membuat pelbagai jenis sekatan dengan menghantar surat-surat kepada semua pihak yang berkaitan dengan kehidupan si bankrap. Contohnya bank, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Majlis Bandaran, Imigresen dan banyak lagi institusi-institusi yang mempunyai urusan harian dengan pihak si bankrap. Akibatnya pelbagai sekatan dikenakan terhadap si bankrap tersebut yang menambahkan lagi kesusahan dialami.
Sebaik sahaja diisytihar sebagai bankrap baru-baru ini, segala urusan dengan sebilangan besar institusi kerajaan mahu pun swasta turut disenarai hitamkan. Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan kerajaan hendak membantu si pemiutang.
Tetapi sekurang-kurangnya janganlah terlalu menekan si bankrap dengan tujuan hendak mengumpul dana untuk membayar hutang si bankrap sehingga mengabaikan soal kehidupan si bankrap, sama ada boleh terus hidup atau boleh ‘membunuh’ terus kehidupan si bankrap itu dalam usaha hendak menyelesaikan hutang.
Saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat meneliti semula serta mengkaji undang-undang berkaitan kebankrapan dengan satu tujuan iaitu untuk membantu kedua-dua belah pihak, sama ada si bankrap mahu pun pihak pemiutang. Janganlah melibatkan pihak JPJ sekiranya kereta yang dimiliki oleh si bankrap telah habis bayarannya. Ini kerana si bankrap memerlukan kereta itu untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.
Sudahlah semua akaun bank dibekukan, kereta pula tidak dapat diperbaharui cukai jalan kerana disekat oleh JPJ. Jika hendak menukar nama, haruslah membayar nilai kereta tersebut kepada pihak Jabatan Insolvensi. Bukankah ini menganiayai si bankrap namanya? Kita sudah sedia maklum, bila diisytihar bankrap, sudah pasti si bankrap tidak mempunyai wang untuk membayar hutang.
Bila diarah supaya menjual apa saja harta yang ada untuk membayar hutang; membekukan segala aset atau wang yang ada dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menyelesaikan hutang si bankrap; dihalang keluar negara untuk mencari rezeki; apa harta yang ada harus diserahkan kepada Jabatan Insolvensi untuk dinilai sekiranya tidak sempat menukar nama akaun kepada nama lain, sudah pasti semua wang yang telah disimpan akan menjadi milik si pemiutang yang akan dibayar oleh Jabatan Insolvensi.
Setelah semua yang dimiliki oleh si bankrap digunakan untuk menyelesaikan hutang, barulah hendak difikirkan bab kehidupan si bankrap tadi. Itu pun setelah semuanya selesai. Apa lagi yang tinggal untuk si bankrap meneruskan kehidupan setelah semuanya diambil? Kenapa Jabatan Insolvensi sengaja memainkan peranan yang lebih dahsyat daripada ah long untuk memastikan si bankrap tersiksa setelah diisytihar bankrap oleh mahkamah?
Saya dengan rendah hati ingin merayu dan memohon agar kerajaan mencari jalan untuk membantu dan bukannya menambah tekanan hidup kepada si bankrap. Di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, besar harapan saya agar diolah satu cara yang bukan saja dapat membantu si pemiutang, malah turut dapat membantu si bankrap agar dapat terus hidup. Pada masa yang sama, dapat menyelesaikan masalah berkaitan bankrap tersebut. Ini kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Batu Berendam, Melaka"> - Utusan
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
1 comments:
21 MArch 2010
Assalamualaikum.
Saya amat tertarik dengan cetusan rasa Batu Berendam Melaka mengenai cara Pihak Kerajaan menangani org yang dijatuhkan bankrap ini.
Cadangan
1. Pihak kerajaan tubuhkan satu dana khas untuk sibankrap atau akan dikenakan perintah bankrap yang individu sahaja melunaskan segala hutang piutangnya. Cara ini, rakyat akan lebih sihat dalam menguruskan kewangannya dimana impaknya amat bagus untuk negara. Berbagai cara boleh dibuat untuk menguruskan dana. Akhirnya semua pihak akan mendapat faedahnya atau boleh dikatakan "win-win situation"
2. Pihak kerajaan kaji balik pemiutang2 yang ada supaya meneliti segala istilah pinjaman yang ditawarkan, seperti mudharabah, Bait man ajil dsbnya dimana ianya berlandaskan syariah yang amat berguna untuk kedua-dua pihak. Nampak gaya pihak bank atau pemiutang telah salah gunakan istilah2 ini.
3. Kurangkan sekatan kepada sibankrap supaya mereka boleh menjana kewangan yang lebih untuk diri sendiri dan melepaskan takrif bankrap ini. Walaubagaimanapun, pemantauan perlu dibuat takut kebebasan disalahguna.
4. Adakah sessi kaunseling/tunjuk ajar/pendidikan kewangan kepada sibankrap. Untuk pengetahuan umum, bukan semua orang amat mahir dalam hal pinjam meminjam ini, mereka bukan akauntan sepenuh masa. Tapi 9/10 individu di negara ini yang pernah meminjam kerana terpaksa untuk meminjam. Mereka hanya tandatangi semua dokumen yang pihak bank/pemiutang bagi tanpa meneliti syarat2 pinjaman terlebih dahulu. Kesuntukan masa adalah kemenangan oleh pihak bank/pemiutang. Sepatutnya pihak yang meminjam diberi tunjuk ajar segala butiran syarat dan tindakan yang akan diambil sebelum turunkan tandatangan.
Tertubuhnya AKPK amatlambat dan kurang promosi dan orang ramai masih "program phobia" dengan rancangan tersebut krn mereka masih mengganggap ianya adalah kerja pihak swasta yang ingin mengambil kesempatan/keuntungan keatas masalah org lain.
5. Turunkan kelayakan untuk bakal peminjam untuk buat pinjaman mengikut kepada keupayaan mereka membayar balik.
6. Had jenis2 pinjaman yang ditawarkan oleh institusi pinjaman atau bank. Sekarang terlalu banyak pakej yang agak komplikated.
Akhir kata, saya amat berharap agar komen saya ini sampai kepada pihak yang tertinggi sekali termasuk YAB Perdana Menteri kita untuk menilaikannya. Kerajaan kita harus ingat, sekatan2 yang dikenakan ini sebenarnya akan melemahkan negara kita sendiri dimana rata-rata rakyat Malaysia ada cita-cita untuk berhijrah ke negara lain yang kehidupannya lebih baik lagi. Dua perkara menjadi pedoman masyarakat untuk terus bersama dengan negara ini, iaitu 1. Politik yang amanah, adil lagi stabil dan 2. Ekonomi yang bagus, betul, telus dan mampan.
Wasalam
Suara Rakyat Sang Sebenar.
Post a Comment