KUALA TERENGGANU, 10 Feb (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan menyediakan tempat bagi melatih golongan miskin di negeri itu dalam bidang keusahawan.
Pengarah Fama Terengganu Hasan Jusoh berkata pihaknya sedang memilih calon yang layak untuk diberikan latihan dan bimbingan dalam bidang keusahawanan.
"Kita memberikan tempat kepada golongan miskin untuk mereka berniaga sama ada di pasar tani atau di kawasan-kawasan perumahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hasan juga berkata Fama akan mewujudkan enam lagi pasar tani di Terengganu sebagai tambahan kepada 10 yang sedai ada.
Enam pasar tani yang akan diwujudkan tahun ini ialah di Kuala Ping dan Telemong di Hulu Terengganu, Jalan Budiman, Manir dan Gong Badak di Kuala Terengganu serta Pulau Serai di Dungun.
Katanya Fama akan menandatangani kontrak dengan 67 penanam tembikai dan labu manis di Lembah Hijau Saujana, Setiu, pada Khamis ini untuk membeli 1,070 tan metrik buah tembikai dan 200 tan metrik buah labu manis untuk pasaran di seluruh negara. -- BERNAMA
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment