KOTA KINABALU 19 Jan. – Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) akan melaksanakan projek penanaman nanas secara komersial pertama di negeri ini bermula akhir bulan ini.
Pengerusi LKTNS, Datuk Sapawi Ahmad berkata, projek perintis berkenaan akan dimulakan di Kampung Luamut, Sipitang sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri.
“Projek ini merupakan salah satu usaha kita untuk membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
“Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dijangka melancarkan perasmian projek penanaman nanas itu pada 23 Januari ini melibatkan 800 hektar tanah,” katanya di sini hari ini.
Menurut Sapawi, pada peringkat awal, hanya 31 hektar tanah di kampung Kuamut akan ditanam dengan nanas.
Jelasnya, projek yang melibatkan kawasan seluas 800 hektar itu dijangka dapat ditanam sepenuhnya dengan nanas dalam tempoh enam tahun.
“Projek berkenaan akan mendapat bantuan teknikal dan kepakaran daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam usaha kita menghasilkan buah yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan juga eksport,” katanya.
Sementara itu, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berharap penduduk di negeri ini khususnya yang mempunyai kawasan tanah terbiar supaya mengusahakan tanah masing-masing dengan tanaman pertanian.
Katanya, penduduk perlu memanfaatkan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat yang disediakan kerajaan bagi membantu mereka menjayakan tanaman masing-masing. - Utusan
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment