|
|
Zurainah yang telah sebati dengan bidang itu akhirnya memilih untuk membuka restoran steam boat yang diberi nama P'riok Pot Of Treasures, di sini.
Idea yang tercetus pada penghujung tahun lalu itu menyebabkan beliau bertungkus-lumus untuk cuba merealisasikan impiannya dan akhirnya dalam tempoh empat minggu, P'riok Pot kini menjadi kenyataan.
Bagi Zurainah, lokasi restoran yang menghadap Tasik Kelana itu bakal menjadi tarikan istimewa kepada pengunjung apatah lagi ia dibuka setiap hari bermula pukul 6 petang hingga 11 malam.
"Saya sendiri memilih lokasi ini dan sanggup datang ke sini pada pukul dua pagi untuk memastikan ia pilihan lokasi terbaik,'' katanya.
"Saya mahu menjadikan P'riok Pot sebuah restoran ternama dan francais dalam masakan steam boat," ujarnya.
Dan yang paling manis untuk Zurainah pastinya kerana restoran itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Januari ini. - Utusan
0 comments:
Post a Comment