LAWATAN negara Datuk Seri Najib Razak ke India membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala dua negara yang mempunyai sejarah tersendiri sejak berabad lalu bermula dengan perdagangan ketika kerajaan Melayu Melaka dan penghijrahan ramai warga India ke Persekutuan Tanah Melayu ketika pemerintahan British.
Perdana Menteri pada akhir lawatan ke ibu negara India dengan delegasi terbesar semalam, menyifatkan kunjungan berkenaan membawa hasil lumayan kepada negara dan bakal memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam sektor perdagangan dan perniagaan.
"Sambutan oleh India, khususnya Perdana Menteri, Manmohan Singh amat positif dan menggalakkan serta membuktikan bagaimana India melihat Malaysia sebagai negara dan rakan pentingnya.
"Berdasarkan sikap positif mereka dan hasrat kita untuk menjadi rakan strategik negara itu, lawatan ini membuka lembaran dan lonjakan baru dalam perhubungan dua hala Malaysia-India," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Chennai untuk meneruskan lawatan dua hari ke wilayah itu.
Najib berkata, hasil pertemuannya dengan Manmohan dan mesyuarat delegasi, kedua-dua negara bersetuju Perjanjian Komprehensif Kerjasama Ekonomi Malaysia-India (MI-CECA) ditandatangani menjelang akhir tahun ini dan dicadangkan diadakan ketika kunjungan balas Perdana Menteri India itu nanti.
"Perjanjian ini akan beri dorongan yang kuat terhadap perkembangan pelaburan kedua-dua pihak. Pertumbuhan kadar perdagangan dua hala Malaysia-India sebanyak 23 peratus sejak lima tahun kebelakangan ini amat menggalakkan dengan pada 2008 saja bernilai AS$10 bilion ," katanya.
Beliau berkata, Malaysia-India juga akan memuktamadkan rundingan untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama untuk membuka ruang kepada syarikat Malaysia dan India menjalankan perniagaan dan diberikan kontrak untuk pelbagai projek di kedua-dua negara.
Katanya, India merancang melabur AS$500 bilion untuk pembangunan prasarana dalam tempoh lima tahun akan datang dan ini akan membuka ruang kepada syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sektor, khususnya pembinaan jalan dan lebuh raya.
Syarikat India pula berpeluang mengembangkan pelaburan dalam sektor bioteknologi, biosains, ICT dan pendidikan secara usaha sama dengan syarikat tempatan di Malaysia, termasuk farmasuetikal.
Bagi sektor pelancongan, Najib berkata, Malaysia-India bersetuju urusan visa dipermudahkan menerusi kajian semula secara mendalam dan menyeluruh supaya ia tidak menjadi halangan kepada pelancong India ke Malaysia yang kini kira-kira 600,000 setahun.
Pada hari terakhirnya semalam, Najib menerima kunjungan Setiausaha Agung Parti Kongres India, Rahul Ghandi, manakala Datin Seri Rosmah Mansor melawat Delhi Public School. Kelmarin Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian ekstradisi dengan India, kerjasama dalam bidang pengajian tinggi dan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan Lembaga Sekuriti dan Pertukaran India bersama Manmohan. - Berita Harian
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment