SEREMBAN 19 Jan. - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bukan sahaja dapat membantu mewujudkan unjuran positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara bahkan mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Abd. Shukor. Abd. Rahman berkata, pada tahun 2008 sahaja, PKS telah mencatatkan 99.2 peratus daripada jumlah pertumbuhan perniagaan di negara ini.
Malah katanya, PKS juga telah menyediakan lebih 220,000 peluang pekerjaan dan menghasilkan lebih 1,000 jenis produk sehingga kini.
"Peranan PKS dalam pembangunan ekonomi adalah berteraskan jalinan kerjasama pintar dengan peruncit besar dan kecil meliputi pembekalan produk segar dan diproses kepada pengguna di dalam dan luar negara.
"Malah PKS juga berperanan sebagai pembekal produk, sementara peruncit pula merupakan saluran pemasaran yang menghubungkan produk PKS dengan pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Kebangsaan Agro Pemasaran yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat. - Utusan
UNDERSTANDING DEPRESSION
-
Being depressed often feels like carrying a very heavy burden, but you are
not alone in this struggle. Millions of Americans suffer from some form of
depre...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment