Sumbangan RM110,000 kepada 11 pertubuhan kebajikan wanita oleh kerajaan Negeri Perak

Monday, October 19, 2009


Saripah Zulkifli menyampaikan replika cek kepada wakil Persatuan Kebajikan Orang Islam Kampar sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor pada majlis di Hotel Casuarina, Ipoh, semalam.

KERAJAAN Negeri Perak menyampaikan sumbangan RM110,000 kepada 11 pertubuhan kebajikan wanita di negeri itu, semalam. Setiap pertubuhan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

Sumbangan itu disampaikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga Pengerusi Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri). Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara yang menerima sumbangan tersebut adalah Persatuan Ibu Tunggal Cekal Perak, Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Bukit Gantang dan Sikh Single Mother Association. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya