PM gesa seluruh rakyat beri khidmat sukarela

Sunday, January 31, 2010

Golongan miskin perlu dibantu tanpa perbezaan kaum PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta seluruh rakyat Malaysia yang berkemampuan berganding bahu memberi khidmat sukarela dalam pelbagai kegiatan amal bagi memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik tanpa membezakan warna kulit, bangsa dan agama. Perdana Menteri berkata, sumbangan...

Najib yakin penembusan jalur lebar capai sasaran

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran penembusan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar pada kadar 50 peratus menjelang akhir tahun ini dapat dicapai. Perdana Menteri berkata, setakat ini, usaha kerajaan ke arah itu sudah memberi hasil memberangsangkan apabila berjaya...

Pekebun limau bali diberi hak 99 tahun

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju memberi hak milik pajakan selama 99 tahun kepada 62 penanam limau bali di Ampang dekat sini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, pemilik bagi tanah pertanian seluas 46 hektar itu bagaimanapun disyaratkan hanya mengusahakan tanaman limau bali yang juga dikenali sebagai limau...

Rangsang saiz pelaburan swasta

Saturday, January 30, 2010

KERAJAAN bercadang menukar status sekurang-kurangnya 15 hingga 17 syarikat yang dimiliki Kementerian Kewangan (MoF) sebagai syarikat persendirian bertujuan bagi meningkatkan pelaburan sektor swasta. LANCAR...Ahmad Husni (kanan) bersama Ahmad Zukri melancarkan cawangan BIMB yang ke-100, semalam.   Menteri Kewangan...

Galak jadi rakan niaga TM

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) komited dengan janji menyampaikan akses jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada pengguna dengan menawarkan akses kepada pencari akses atau penyedia perkhidmatan nilai tambahan berpotensi. Justeru, satu taklimat mengenai harga port, ketersediaan dan kemajuan pelancaran HSBB termasuk HSBB-Pukal (HSBB-A) diadakan kepada lebih 100 pemain industri dan rakan niaga nilai tambahan, baru-baru...

Dana RM700j biaya semula bantuan pelajaran dihenti

Thursday, January 28, 2010

Daripada Zainor Said di Cebu, Filipina MUHYIDDIN bersalaman dengan Setiausaha Eksekutif kepada Presiden Filipina, Eduardo Ermita selepas majlis perasmian Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara Kali Ke-45 (Seameo) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asean kali kelima (Ased) di Filipina, semalam. ...

Sabah terima geran ternakan kambing

Tuesday, January 26, 2010

KOTA KINABALU 25 Jan. - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri menerima peruntukan RM3.1 juta daripada Kerajaan Pusat bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang ternakan kambing di negeri ini. Menterinya, Datuk Yahya Hussin berkata, peruntukan dalam bentuk geran itu adalah sumbangan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diberikan pada hujung tahun lalu. "Kerjasama ini melibatkan kementerian...

Dua syarikat India minat melabur di Pahang

TEMERLOH 25 Jan. - Dua syarikat terkemuka dari India berminat untuk menanam modal dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta penyelidikan bioteknologi di Pahang pada tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dua syarikat tersebut telah menyatakan hasrat mereka untuk melabur di negeri ini pada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India baru-baru ini. ''Semasa di India, kita (Pahang)...

Mara Rancang Lahir Usahawan Jutawan Menerusi 'Groom Big'

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan program 'Groom Big' yang bermatlamat melahirkan usahawan bergelar jutawan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Muhamad hari ini. Beliau berkata, program itu yang dijangka dilaksana sebelum akhir tahun ini akan mensasarkan usahawan sedia ada dan juga usahawan baru yang berpotensi. "Saya tidak boleh dedahkan lagi maklumat terperinci mengenai program ini tetapi antara...

Filem 3 Idiots Jadi Teladan Untuk Perbaiki Sistem Pendidikan Sedia Ada

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (ketiga dari kiri) sedang berbincang dengan rakan-rakan Facebook beliau semasa tayangan itu. -Foto THE STAR oleh SAMUEL ONG FILEM 3 Idiots lakonan Aamir Khan yang sedang ditayangkan di seluruh tanah air sekarang bukan setakat menghiburkan malah menyelitkan unsur-unsur...

Hikmah dipelbagaikan amal

PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN Solat adalah ibadat yang paling utama di dalam Islam. - Gambar hiasan Islam itu unik, indah dan sempurna. Maka sudah tentulah apa yang terkandung di dalamnya juga penuh dengan keunikan, keindahan dan kelebihan. Namun, tidak semua keindahan dan keunikan itu dapat dilihat dengan mata kasar. Ada...

UTHM tambah baik silibus akademik

BATU PAHAT 20 Jan. - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan merancang pelan tindakan untuk menyelaras dan menambah baik silibus program akademik dan kokurikulum sedia ada. Naib Canselornya, Prof. Datuk Mohd. Noh Dalimin berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkasakan kebolehpasaran graduan serta pembangunan holistik para penuntut mulai tahun ini. Justeru, pihaknya akan merencanakan...

Ladang kontrak lahirkan usahawan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar HAYAT SUEET Mohd. Mokhtar Ismail (kanan) meninjau tanaman cili semasa lawatan ke ladang kontrak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor. KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberikan perhatian, khidmat nasihat dan bantuan bagi meningkatkan lagi tahap dan mutu pertanian di negara...

Industri tani penjana kekayaan

Kejayaan Ahmat Termizi Dollah Kusni dan isterinya, Jamirah membuktikan industri asas tani melahirkan usahawan berjaya. Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu. Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih...

Peniaga warung perlu budi bahasa

GERAI dan warung merupakan antara tumpuan rakyat Malaysia untuk menjamu selera tidak kira di bandar atau di kampung. Namun segelintir peniaga yang menunjukkan sikap sombong dan angkuh kepada rakyat Malaysia sendiri sedikit sebanyak menggagalkan hasrat kerajaan dalam Kempen Senyum dan Terima Kasih. - Gambar hiasan TIDAK dinafikan, Malaysia...

Penguasaan Ilmu Dan Bahasa Penting - Dr Mahathir

Monday, January 25, 2010

SINTOK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penguasaan ilmu sains dan matematik akan menjamin setiap bidang ilmu yang berkembang setiap hari dapat dikuasai dan negara tidak akan ketinggalan dalam arus kemajuan global. Katanya untuk mencapai matlamt itu, menguasai lebih dari satu bahasa selain bahasa kebangsaan, menjadi kunci kejayaan sesebuah...

Ukhwah bantu Nur Izzati

Oleh HAMIMAH HAMID utusanperak@utusan.com.my Nur Izzati melambaikan tangan kepada keluarganya sebelum berlepas ke Rumah Anak Koperasi Ukhwah di Subang Jaya untuk melanjutkan pelajaran di SMK SS17, Subang Jaya setelah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Kampung Manjui Baru Tambahan, Perak, semalam. IPOH 24 Jan. - Kira-kira...

Bekas graduan kini tauke tempe

Rencana dan gambar NORZAINURA ABDUL MAJID Noraini Ahmad (kanan) meninjau perusahaan tempe keluaran Perniagaan D'Sinar sambil diiringi Norhedayah Mesiran di kilangnya di Batu Pahat,baru-baru ini. TEMPE merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa. Setiap kali majlis keraian atau kenduri, pasti tempe tidak ketinggalan dijadikan sebagai...

Tekad 16 pelajar OKU

PASIR GUDANG: Seramai 16 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendaftar sebagai pelajar baru Diploma Kemahiran Khas (DKK) di Politeknik Johor Bahru (PJB), baru-baru ini tidak melihat kekurangan diri sebagai penghalang untuk mengecapi kejayaan. Malah, kekurangan diri dianggap keistimewaan yang tiada pada pelajar lain malah penguat semangat bagi membuktikan mereka juga boleh mencapai kejayaan jika mempunyai keazaman tinggi. Sehubungan...

UniRazak, PUNB jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), bagi memperkukuhkan dan merapatkan lagi hubungan kerja kedua-dua pihak. MoU ditandatangani antara Presiden dan Naib Canselor UniRazak, Prof. Datuk Dr. Md. Zabid Abdul Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad yang berlangsung di kampus baru UniRazak...

FAMA Perak sasar RM15 juta jualan pasar tani

Sunday, January 24, 2010

IPOH 23 Jan. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak mensasarkan jualan di pasar tani di negeri ini akan meningkat kepada RM15 juta tahun ini berbanding RM13 juta pada tahun lalu. Timbalan Pengarah FAMA negeri, Mukram Faizal Mustaza berkata, sasaran itu berikutan sebanyak lima pasar tani baru akan dibuka pertengahan tahun ini. "Menjelang pertengahan tahun ini, lima lagi pasar tani akan dibuka di Batu Gajah, Manjung,...

Pembayar zakat harta meningkat

SUBANG JAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM300 juta tahun ini dengan kenaikan sebanyak 6 peratus berbanding tahun lalu. Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Siti Maslamah Osman berkata, sasaran itu diunjur selepas mengambil kira faktor keadaan ekonomi yang semakin stabil selain kesedaran umat Islam...

Setiap tutur kata cermin peribadi

PENCIPTAAN manusia sebagai makhluk paling istimewa di sisi Allah dan khalifah di muka bumi mempunyai tujuan yang ditetapkan. Antaranya, menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada Allah yang mengakui sejak awal penciptaannya bahawa Dia sahajalah Tuhan yang layak disembah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana yang tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup tanpa panduan dan petunjuk. Al-Quran yang...

Pelajari multimedia di PTPL

PERKEMBANGAN sains dan teknologi sejak revolusi komputer pada 1970-an membawa dimensi baru kepada penggunaan medium berkenaan. Jika pada peringkat awal, penggunaan komputer hanya terhad membantu menganalisis data asas manakala peralatannya mahal, kini penggunaan komputer semakin meluas. Bukan saja fungsinya dipelbagaikan, jurusan ditawarkan juga mencakupi pelbagai aspek dengan ruang penawaran kerjaya luas. Multimedia...

Sasar jadi pengeluar utama

Saturday, January 23, 2010

PETALING JAYA 22 Jan. - Malaysia berpotensi menjadi pengeluar utama vaksin halal di dunia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berkata, pembangunan vaksin itu boleh membantu meningkatkan kesihatan awam di negara Islam. "Pada masa ini, majoriti vaksin halal dikeluar dan digunakan di...

Ibu Bapa Perlu Menabung Capai Sasaran Satu Rumah Satu Komputer

UCHING, 23 Jan (Bernama) -- Ibu bapa khasnya daripada golongan berpendapatan rendah dinasihati agar menabung untuk memastikan anak-anak mereka mendapat kemudahan komputer di rumah masing-masing. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata masih ramai anak-anak di negeri ini khasnya di kawasan luar bandar yang belum menerima kemudahan komputer di rumah kerana keluarga tidak mampu untuk membeli kemudahan...

Sektor Perladangan Diarah Sedia Perumahan Lebih Selesa Menjelang 2015

ROMPIN, 23 Jan (Bernama) -- Para majikan di sektor perladangan dikehendaki menyediakan perumahan lebih selesa kepada para pekerja sebagai usaha mewujudkan komuniti ladang moden menjelang tahun 2015. Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan berkata pekerja sektor itu perlu diberikan tempat tinggal yang mempunyai kemudahan asas dan sosial seperti dewan, pusat asuhan kanak-kanak sebagai memenuhi kebajikan mereka. Beliau...

Prasekolah di rumah panjang

Oleh FAUZI JAAFAR dan MUHAMAD ZAID ADNAN utusansarawak@utusan.com.my Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bintulu, semalam. - bernama BINTULU 22 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran secara dasarnya bersetuju untuk mewujudkan kelas prasekolah di...

My 1Malaysia platform pasar produk halal

PAMERAN My 1Malaysia Expo anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan usaha sama Union Shield Event & Marketing Sdn Bhd (USEMSB) yang bermula semalam sehingga esok bakal menjadi platform kepada usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk makanan halal mereka ke luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif USEMSB, Abdul Latif Mohd Ali, berkata daripada 103 pengusaha yang menyertai pameran itu, 99 peratus daripadanya...

2,000 hektar untuk tanaman keledek Vitato

Friday, January 22, 2010

PASIR PUTEH 21 Jan. - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan mensasarkan 2,000 hektar tanah beris di jajahan ini dan Bachok ditanam keledek Vitato sebagai tanaman gantian tembakau. Timbalan Pengarah LPP negeri, Sawalludin Ahmad berkata, penyelidikan MARDI mendapati tanaman itu mampu mengeluarkan hasil sebanyak RM24,000 bagi setiap hektar untuk semusim penanaman dalam tempoh hanya tiga bulan. Katanya, pendedahan mengenai...

Berniaga di pasar tani lumayan

Oleh MARZITA ABDULLAH utusanperlis@utusan.com.my SEBUAH pasar tani menerima kunjungan pelanggan yang menggalakkan di Kangar. KANGAR 21 Jan. – Berniaga di pasar tani nampak seperti suatu perniagaan yang kecil, namun siapa sangka bahawa pulangan yang dinikmati oleh peniaganya adalah lumayan sehingga mampu meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Contohnya,...

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya