Usahawan IKS dapat manfaat

Saturday, January 9, 2010

HULU SELANGOR 8 Jan. – Golongan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) turut mendapat manfaat daripada Program Juara Rakyat apabila berpeluang mempromosikan produk mereka sepanjang program itu berlangsung.



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, program itu merupakan antara usaha kerajaan dalam menerapkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera.

‘‘Melalui program sebegini, mereka dapat mempamerkan serta memperkenalkan produk-produk keluaran mereka di pasaran tempatan.

‘‘Pembabitan pengusaha IKS mendedahkan mereka tentang pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat pulangan yang baik,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 125 gerai pameran Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.

Program tiga hari itu bermula hari ini sehingga Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan program itu esok.
Program Juara Rakyat dilaksanakan mengikut tema di setiap 191 Bahagian UMNO di seluruh negara pada setiap bulan.

Menurut Mohd. Shafie, program yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan kira-kira 20 pengusaha IKS tempatan.

“Lebih 125 tapak gerai disediakan untuk peniaga IKS, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan mereka mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pembeli sepanjang program ini,’’ ujarnya. - Utusan

1 comments:

goldnsilver said...

trbuka kpd smua usahawan2..skiranya anda brminat utk mengiklankn produk anda di dlm website kami,dsamping mnggunakan kemudahan2 spt sms blaster(sistem sms secara pukal),e-mall iaitu sistem penjualan produk secara online dimana pelanggan anda blh mmbuat bayaran dengan pelbagai cara terus ke akaun anda sprt kad kredit,paypal,bank transfer dan anda juga akan memiliki website peribadi.sms INFO BIZ dan hantar ke 0126651645 utk info lanjut..ramai yg telah brjaya dgn mnjual produk mereka sehingga kepasaran antrabngsa dengan kaedah yg kami sediakn.kenapa ramai memilih kami..VIEWER YG TINGGI

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya