Malaysian is top English student at London varsity

Tuesday, September 8, 2009

KUALA LUMPUR: A 21-year-old has done Malaysia proud when she was adjudged top student in English at the University of London’s Queen Mary College recently.

Adelina Raisa Sufian, who obtained a Bachelor of Arts (English) degree with first class honours, won the coveted 2009 Westfield Trust Prize for outstanding academic achievement in English at the university last month.

Commenting on her achievement, Adelina attributed her success to encouragement from her parents, businessman Datuk Sufian Majid and Datin Alissa Fitri.

Top scorer: Adelina (left) posing for a photo with friends after she won the Westfield Trust Prize at the University of London recently. — Bernama

“I set a target throughout my study,” she said. “Most importantly, we must have the determination and confidence to succeed.

“I am glad that I was able to compete with native speakers of English, as well as students from other countries,” she told Ber- nama.

Adelina, who is also an accomplished pianist, has represented Queen Mary College in choir and mathematics competitions.

While pursuing higher education at the Oakham School, Britain, in 2004, she won the Headmaster’s Prize and was adjudged top student in Mathematics, English and Chemistry.

On her future, Adelina said she planned to write, pursue a Master’s degree and work in Malaysia.

“I love my country,” she added. - The Star

Respect other religions and races, Muslims urged

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak has called on all Muslims to exercise religious tolerance and show mutual respect for other races as dictated in the Quran. This, the Prime Minister said, would in turn win them the respect from those of other faiths and backgrounds.

Najib said Islam was brought to the world as a universal religion. It called on followers not to hate people of any race or faith, especially if it could cause the latter to be treated unfairly, he added.

He said it was important for Muslims to closely look into the teachings as these observed the religious requirements during Ramadan and celebrated Nuzul Al-Quran, which was when the Quran was passed down to man.

“Islam is a religion for all, and it enforces a universal concept that looks out for all races while also teaching us not to criticise other religions because it will only cause the others to criticise us even more,” he told staff of the Prime Minister’s Department at its monthly gathering yesterday.

Najib also called on them to learn the lesson for change that Ramadan, the Quran and also Malaysia’s independence had to teach.

“Change is, therefore, not something new as it something that is even taught by Islam and (if we embrace it) can help bring success to our country,” he said.

“So, let’s look at how we can bring the change necessary to transform our country once again.” - The Star

Kerajaan negeri bantu penubuhan pusat jagaan

MELAKA 7 Sept. – Prihatin dengan nasib kira-kira 2,800 golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini, kerajaan negeri sedia membantu mana-mana pihak untuk tampil menubuhkan pusat jagaan bagi golongan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri amat memandang serius cadangan penubuhan pusat berkenaan dan sedia menyalurkan bantuan yang diperlukan.

“Kita sedia memberikan bantuan dalam bentuk geran tahunan, latihan dan bangunan untuk membolehkan pihak terbabit memulakan operasi.

“Saya lihat di Melaka memang ada keperluan untuk menubuhkan badan ini bagi menjaga kebersihan dan kesihatan pesakit terbabit yang masih di tahap yang rendah,” katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira dua jam melawat dan menghulurkan bantuan hari raya kepada 30 pesakit sekitar Kampung Paya Ikan, Kampung Bukit Pulau, Kampung Ku Sayang dan Kampung Bukit Baru.

Program dari rumah ke rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, di sini itu turut disertai beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mohd Ali berkata, pusat jagaan seperti itu perlu diperbanyakkan untuk menjaga golongan tersebut dengan lebih sempurna. - Utusan

NS bina rumah 1,500 unit PPR


MOHAMAD Hasan menyampaikan duit raya kepada sebahagian fakir miskin daerah Jempol pada majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Besar, Pejabat Daerah Jempol, semalam.

JEMPOL 7 Sept. - Kerajaan negeri akan memperluaskan pembinaan rumah untuk rakyat bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dibangunkan di Bandar Enstek, Nilai tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan untuk membina 1,500 unit rumah lagi dalam masa terdekat di kawasan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri mengenal pasti tanah seluas 20.23 hektar bagi tujuan itu.

''Kita mahu memastikan rakyat terus menikmati kehidupan yang lebih selesa dan kita hendak melenyapkan kemiskinan tegar pada tahun 2010.

''Pada masa yang sama, faktor kemiskinan bandar juga hendak kita perhatikan. Kita akan terus membina rumah tiga bilik dan dua bilik air untuk keselesaan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Besar, Pejabat Daerah Jempol di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Shamshulkahar Mohd. Deli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri.

''Kita telah pun membina 550 unit rumah PPR kepada rakyat miskin bandar di Paroi dan 500 unit lagi di Senawang. Kesemua ini untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau juga menjelaskan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah pun menghantar sekumpulan pelajar ke Mesir untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan beberapa bulan yang lalu.

Mohamad yang juga Pengerusi MAINS memberitahu, ketika ini pelajar terbabit sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab di Institut Bahasa Nil, Mesir bagi memantapkan pemahaman mereka dalam bahasa berkenaan.

Beliau juga memberitahu, kerajaan juga telah menaik taraf hostel Rumah Anak Negeri Sembilan di Kaherah, Mesir untuk menjadikan ia lebih selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan yang moden.

''Kita telah menyediakan lima pensyarah dari Mesir yang datang mengadakan kelas bimbingan di rumah itu untuk memastikan pembelajaran anak-anak kita beroleh keputusan yang cemerlang," kata beliau.

Pada majlis yang berlangsung hari ini, seramai 178 fakir miskin dalam DUN Serting menerima sumbangan daripada Mohamad melalui MAINS dengan kerjasama Pejabat Daerah Jempol dan pejabat Menteri Besar.

Turut menerima bantuan tahunan itu ialah 42 masjid daerah Jempol bagi mereka melaksanakan aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini. - Utusan

MAIWP jangka kutip fitrah RM6.5 juta

CHERAS 7 Sept. - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjangkakan dapat mengutip zakat fitrah sebanyak RM6.5 juta tahun ini berbanding RM5 juta tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anan C. Mohd. memberitahu, peningkatan sebanyak RM1.5 juta itu berikutan usaha pihaknya menyedarkan golongan pekerja mengenai kepentingan untuk membayar zakat fitrah di negeri mereka bekerja.

"MAIWP berharap sesi penerangan dan kesedaran ini akan menyedarkan umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan supaya membayar zakat fitrah sebelum mereka pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menggantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Tabung Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan pesakit-pesakit di PPUKM di sini baru-baru ini.

Sumbangan diserahkan kepada Pengarah PPUKM, Profesor Datuk Dr. Lokman Saim membabitkan wang tunai RM250,000 kepada Tabung PPUKM dan RM49,170 dalam bentuk peralatan kesihatan.

Turut diserahkan adalah sumbangan RM18,400 berbentuk hamper bernilai RM160 setiap satu kepada 115 pesakit dan duit raya berjumlah RM100 kepada 1,026 orang pesakit dengan jumlah keseluruhan RM102,600.

PPUKM adalah pusat perubatan kedua selepas Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menerima sumbangan hari raya dari MAIWP manakala bagi Hospital Putrajaya dan Hospital Universiti di Universiti Malaya (UM) akan dibuat minggu depan.

Anan memberitahu, pada tahun ini, MAIWP memperuntukkan RM2 juta sebagai sumbangan kepada pesakit dan pusat perubatan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau memberitahu, sehingga Julai tahun ini pihaknya telah berjaya memungut zakat pendapatan, harta, emas dan lain-lain sebanyak RM109 juta berbanding RM95 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Keadaan ini amat baik memandangkan negara masih lagi berhadapan dengan masalah ekonomi tetapi pungutan zakat terus meningkat,'' katanya.

Sementara itu, Dr. Lokman memberitahu, PPUKM menjadi pilihan doktor-doktor dari negara-negara Islam untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kepakaran.

Katanya, sejak 10 tahun lepas, pusat perubatan yang mempunyai kemudahan terbaik di dunia itu telah melatih lebih 150 pelajar termasuk dari Iran, Iraq dan Libya dalam pelbagai bidang kepakaran. - Utusan

Pasar raya besar hapus caj tambahan produk IKS

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Empat pasar raya besar bersetuju untuk menghapuskan caj tambahan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang memasarkan produk mereka di premis berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pasar raya besar terbabit juga telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah produk IKS yang dijual di premis masing-masing kepada 20 peratus menjelang 2012 berbanding sembilan peratus sekarang.

''Empat pasar raya besar tersebut iaitu Tesco, Giant, Carrefour dan Jaya Jusco juga telah bersetuju untuk meningkatkan produk IKS yang dijual di premis masing-masing dan mengurangkan tempoh bayaran kepada pengusaha dari 90 hari kepada 30 hari.

''Mereka juga bersetuju untuk membantu kementerian mencapai sasaran 30 peratus produk IKS dipasarkan di premis masing- masing pada masa akan datang,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Produk 1Malaysia (Promas 2010) yang dijadualkan dari 17 hingga 20 Disember tahun depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kehormat Persatuan Pemprosesan Makanan dan Pembungkusan Malaysia (Mafpa), Kamalbahrin Khamsan dan Pengarah Urusan Es Event Management Sdn. Bhd., Datuk Chong Chong Ting.

Promas 2010 anjuran bersama Mafpa dan Es Event akan menyediakan 600 buah ruang pameran merupakan landasan bagi pemasaran serta jualan produk buatan Malaysia bagi memperkasa penjenamaan serta menjana aliran tunai bagi pengusaha-pengusaha produk IKS .

Ismail Sabri memberitahu, kementerian juga akan mengadakan Ekspo Penjodohan IKS dan Pasar Raya Besar pada November ini bagi membolehkan pasar raya besar memilih produk-produk IKS untuk dijual di premis masing-masing.

Katanya, pada ekspo tersebut pengurusan pasar raya besar boleh memilih secara terus produk-produk yang dikeluarkan oleh IKS untuk dipasarkan.

Sementara itu mengenai keperluan barang-barang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dua minggu lagi oleh umat Islam, beliau memberitahu, pihaknya telah mendapat jaminan daripada pengeluar dan pengedar bahawa barang-barang itu mencukupi.

Katanya, kementerian juga akan memastikan bekalan yang diperlukan oleh umat Islam mencukupi dengan memantau bekalan di pasaran setiap hari.

''Pemantauan kementerian bukan sahaja melibatkan pematuhan harga oleh penjual di bawah Akta Kawalan Harga tetapi juga memastikan bekalan mencukupi di pasaran,'' katanya. - Utusan

Kanak-kanak pintar aset berharga - Rosmah


Rosmah Mansor mendengar penerangan daripada kakitangan UKM, Mohd. Kamil Bardai (kanan) sambil diperhatikan Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (duduk, kanan) selepas sidang akhbar berhubung laporan kemajuan Projek Permata Pintar di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pembangunan modal insan negara akan ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura sekiranya aset berharga iaitu kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa tidak dijaga dan dilatih dari peringkat awal.

Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata Pintar, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebolehan kanak-kanak itu akan terbiar dan tidak boleh digunakan untuk kebaikan dirinya dan negara sekiranya program pembangunan untuk mereka tidak dimulakan dari sekarang.

''Kalau kita tak mulakan sekarang, saya khuatir kanak-kanak pintar ini akan pergi ke negara-negara lain untuk mendapatkan program-program yang disediakan oleh negara-negara tersebut.

''Amat merugikan jika mereka ini tidak diberikan peluang untuk mengembangkan kebolehan dan keistimewaan masing-masing,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan laporan kemajuan Projek Permata Pintar yang telah dan sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rosmah berkata, ramai rakyat negara ini yang dikesan mempunyai kebolehan luar biasa terutama dalam akademik mendapat tawaran melanjutkan pelajaran atau menghadiri kursus-kursus di luar negara memandangkan tiada peluang yang sesuai untuk mereka di negara ini.

''Ada antara mereka yang saya jumpa mendapat peluang itu, tetapi saya tidak boleh halang kerana ia adalah masa depan mereka. Jadi rasa amat rugi kerana kita tidak boleh melatih sendiri mereka ini.

''Malah sekarang pun sudah ramai pergi ke negara jiran, diberi biasiswa dan kerakyatan untuk belajar dan bekerja di sana dan ini merupakan kerugian buat negara,'' katanya. - Utusan

MSC jana hasil RM730 juta

PUTRAJAYA 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Koridor Raya Multimedia (MSC) yang kini mengandungi 183 syarikat di bawahnya berjaya memperoleh hasil sebanyak RM730 juta dengan nilai eksport RM125 juta selain menyediakan 7,115 peluang pekerjaan.

Justeru, menurut Perdana Menteri, kejayaan itu membuka peluang cerah kepada negara untuk berkembang maju dalam industri kandungan digital, iaitu salah satu sumber baru dalam e-Ekonomi.

Katanya, Malaysia berpotensi besar dalam industri ini berdasarkan kejayaan yang dicapai dalam Inisiatif Kreatif Multimedia MSC (M-CMCI).

"Syarikat-syarikat MSC Malaysia telah terlibat dalam pelbagai projek bertaraf dunia dan berjaya mencipta protokol Internet (IP) sendiri selain usaha sama dengan syarikat antarabangsa untuk menghasilkan animasi komputer yang kreatif dan permainan digital.

"Salah satu inisiatif diambil di bawah M-CMCI adalah penubuhan Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) di sini hari ini.

Syarikat-syarikat berstatus MSC mengkhusus kepada bidang-bidang pos produksi, animasi, pembangunan permainan digital, e-Pembelajaran dan kandungan kreatif. - Utusan

Fahami al-Quran mampu lahirkan bangsa disegani

PUTRAJAYA 7 Sept. - Pemahaman yang jelas mengenai inti pati al-Quran amat penting dalam usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan pemahaman yang betul ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa, seterusnya membersihkan persepsi negatif barat terhadap Islam.

''Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredai-Nya.

''Melalui pemahaman yang betul, al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara.

''Allah Taala telah berfirman dalam Surah Sad, ayat 29 yang bermaksud: '(Al-Quran) ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan e-Qalam dan Portal Pemasarannya di Dewan Bankuet, Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

e-Qalam merupakan pen digital yang boleh membaca al-Quran berkod yang dialunkan oleh qari terkenal bertujuan membantu umat Islam membaca kitab suci itu dengan betul.

Dihasilkan oleh syarikat Iqra Pintar Sdn. Bhd. dan Dawama, produk tersebut dilengkapi dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan) yang boleh diperoleh dalam terjemahan bahasa Malaysia, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri menarik perhatian bahawa dalam persekitaran ekonomi global yang masih dalam proses pemulihan ini, seharusnya tidak menjadi penghalang daya kreativiti dan inovasi seseorang dalam menghasilkan sesuatu yang tidak berasaskan keuntungan semata-mata.

Malah, kata beliau, yang lebih utama adalah supaya dapat membantu masyarakat memahami ajaran agama seterusnya membentuk mereka berjati diri dan mampu berdaya saing.

''Saya yakin dan percaya kelahiran e-qalam ini bukan untuk menggantikan sistem pembelajaran dan pemahaman al-Quran sedia ada, jauh sekali menggantikan para ustaz dalam pengajarannya.

''Tetapi saya melihat e-Qalam ini dapat membantu dan menggalakkan orang ramai membaca dan memahami apa yang dibacanya menerusi terjemahan yang disediakan, seterusnya menjadi pelengkap terhadap sistem pengajaran al-Quran itu sendiri," katanya.

Kata beliau: ''Dengan kata lain, e-Qalam merupakan satu inovasi baru dalam teknologi pendidikan dan ia mempunyai potensi untuk dikembangkan penggunaannya ke bahan bacaan lain."

e-Qalam kini dijual di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, China, Taiwan dan United Kingdom. - Utusan

Felcra Sabah agih dividen RM21.32j kepada 1,616 peserta

KOTA KINABALU 7 Sept. — Seramai 1,616 peserta Felcra Berhad Sabah menerima dividen berjumlah RM21.32 juta dari Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di sini malam ini.

Dividen itu diperolehi daripada lebihan pendapatan ladang-ladang yang dimajukan oleh Felcra Berhad berdasarkan penyata untung rugi tahun 2008/2009.

Penyampaian dividen itu disempurnakan oleh Musa pada satu majlis di Kompleks Tabung Haji, dekat sini.

Musa berkata, usaha antara penduduk luar bandar dengan Felcra merupakan satu perkongsian pintar dan bukan bertujuan merampas tanah penduduk seperti yang dilihat oleh penduduk kampung.

“Saya menyeru mana-mana peserta koperasi yang mempunyai tanah yang tidak diusahakan supaya mengadakan perkongsian pintar dengan Felcra.

“Melalui perkongsian ini, peserta tentunya akan mendapat faedah daripada penanaman getah dan kelapa sawit yang diusahakan oleh Felcra,” katanya.

Menurutnya, Felcra Wilayah Sabah berjaya memajukan tanah seluas 9,792 hektar melibatkan 2,200 hektar bagi penanaman getah dan 7,592 hektar penanaman kelapa sawit. - Utusan

RM76j pakej ransangan untuk Kelantan bukti keikhlasan Kerajaan Pusat

KUALA KRAI 7 Sept. — Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM76 juta pakej rangsangan kepada Kelantan sebagai bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu sejajar dengan konsep satu Malaysia kerajaan pusat - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Kerajaan pusat benar-benar ambil berat kepada rakyat Kelantan, kerajaan telah meluluskan RM76 juta untuk pakej rangsangan ekonomi,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semasa berucap pada majlis berbuka puasa dan beramah mesra bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini. - Utusan

Economy on the mend as factories start rehiring

Monday, September 7, 2009

JOHOR BARU: The economic situation in the country is on the mend with factories rehiring retrenched workers to cope with an increased demand.

Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir said most of these factories were in the electronic and electrical sector.

“This is good progress and we hope the economic situation will recover by the end of this year or the latest, by early next year,” he told reporters after handing out financial assistance to orphans, the poor and religious schools at the Mulabar Association in Senai here on Saturday.

Mukhriz said foreign investments had been pouring into the country despite the economic crunch.

“Many foreign investors are still interested in investing here and as at June, a total of RM10.6bil foreign investments have been approved,” he said.

“Interestingly, chemical-based industries top the investments, with about RM7.3bil this year alone,” he said, adding that this was followed by basic metal industry, which pulled in RM1.9bil and electronic and electrical products which pulled in RM1.9bil and RM1.8bil respectively.

He added that the strong local banking system had helped Malaysia tide over the economic depression. - The Star

Rosmah mahu amalan tadarus dilakukan sepanjang tahun


Rosmah Mansor diiringi Shafik Fauzan Shariff (kiri) bersalam dengan peserta Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, semalam. – UTUSAN/RUSHDI SALLEH

PEKAN 6 Sept. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu amalan membaca al-Quran seperti bertadarus dibudayakan dalam kehidupan seharian termasuk di luar bulan Ramadan.

Beliau berkata, sifat cintakan al-Quran serta membudayakan pembacaan kitab suci itu akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih berkualiti.

‘‘Amalan membaca al-Quran secara berterusan sepanjang bulan Ramadan amat digalakkan kerana tiada bacaan lain yang mampu memberi ketenangan dan kedamaian dalam sanubari manusia.

‘‘Oleh itu, bertadarus ini hendaklah dibudayakan dalam kehidupan seharian walaupun bulan Ramadan telah berakhir,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Wanita Peringkat Negeri di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis yang disertai kira-kira 1,000 kaum wanita dari pelbagai pertubuhan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff.

Menurut Rosmah, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka supaya mendekati, membaca, mempelajari dan menghayati al-Quran dengan sebaik mungkin.

‘‘Ini kerana anak-anak yang didekatkan hati mereka dengan kitab suci ini akan mampu menjadikan jiwa mereka lebih tenang dan patuh kepada didikan yang diberikan.

‘‘Dengan itu, usaha membudayakan pembacaan al-Quran pasti akan dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan perpaduan,” jelasnya.

Usaha membudayakan pembacaan al-Quran itu juga ujarnya, sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Rosmah turut menggalakkan umat Islam sentiasa melakukan amalan ibadat sunat seperti solat hajat, tasbih dan tahajud sepanjang bulan yang mulia ini.

‘‘Saya menyeru kepada semua supaya melakukan solat hajat dan memohon kepada Allah supaya negara kita bebas daripada wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

‘‘Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak ini segera berakhir,” ujarnya sambil berharap tiada lagi kes kematian berlaku akibat virus itu selepas ini. - Utusan

Ekonomi negara lebih baik 2010 – TPM


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sambil dibantu Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Jamil Khir Baharom (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pencapaian ekonomi negara tahun depan dijangka lebih baik berikutan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion yang disalurkan sebelum ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai agenda penting untuk memastikan dalam tempoh yang tidak terlalu lama, negara keluar daripada situasi ekonomi yang kita lihat hari ini, kepada situasi yang lebih baik.

‘‘Insya-Allah mungkin pada 2010, kita akan keluar dari situasi ini.

‘‘Kita akan meningkatkan soal ekonomi, kemiskinan di kalangan rakyat, menangani kumpulan termiskin yang masih ada di sisi kita dan usaha meningkatkan pendapatan rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim anjuran Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadiri sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abdin dan kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada masa yang sama, Muhyiddin menyeru segenap lapisan masyarakat mempertahankan keselamatan dan keamanan negara kerana ia kunci utama yang membantu kerajaan merangka strateginya.

Tegasnya, ia perlu diberi perhatian serius lebih-lebih lagi sewaktu negara berdepan kemelut ekonomi global.

Tambah beliau, Malaysia bernasib baik kerana keamanan membolehkan kerajaan memberi tumpuan, masa, tenaga dan perancangan rapi untuk menangani isu yang ada hubung kait dengan masalah kehidupan rakyat.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dari lima rumah kebajikan di sekitar Lembang Klang.

Beliau kemudian menunaikan solat maghrib, bertahlil dan menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih bersama tetamu jemputan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, pelbagai inisiatif dan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membantu umat Islam tidak akan berkesan jika tiada penglibatan rakyat khususnya yang beragama Islam.

Katanya, walaupun telah banyak usaha dilakukan untuk membantu masyarakat Islam supaya setanding dengan bukan Islam, masih terdapat kekurangan dan kelemahan yang perlu diatasi.

‘‘Dalam tempoh getir ini, apabila berdepan kemelesetan ekonomi, kita mengatur rancangan menyelesaikan masalah ekonomi dan kita mahu umat Islam bersatu dan bersama-sama kerajaan mengambil inisiatif memperbaiki diri,’’ katanya. - Utusan

Najib yakin hapus miskin tegar tahun depan

PEKAN 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sasaran untuk mengeluarkan kira-kira 45,000 keluarga daripada kemiskinan tegar di negara ini akan dapat dicapai menjelang tahun depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini sedang melaksanakan pelbagai usaha dan perancangan untuk memastikan matlamat tersebut mencapai sasaran.

''Dalam prgram e-Kasih, kita ada 45,000 keluarga miskin tegar yang kita telah beri komitmen untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan menjelang 2010," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada beberapa penduduk miskin di Kampung Padang Jawa, Kampung Sri Damai dan Kampung Bentan dekat sini hari ini.

Najib juga menyampaikan bantuan kepada 24 keluarga mangsa ribut di Kampung Halimi dekat sini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, empat kampung iaitu Kampung Panchor, Kampung Pulau Enjin, Kampung Pahang Tua, Kampung Pulau Jawa dan Kampung Pekan Lama dekat sini dilanda ribut yang mengakibat kerugian kira-kira RM44,000.

Menurut Najib, meskipun pelbagai usaha pembasmian kemskinan dijalankan, pihaknya bimbang akan wujud keluarga miskin baru menjelang tahun depan.

''Walaupun setakat ini ada 45,000 keluarga miskin tegar tetapi kita bimbang akan timbul yang baru dan kita sentiasa mengambil kira perkara ini dari semasa ke semasa.

''Tanggungjawab kita untuk membantu golongan miskin tetap menjadi teras kerajaan," jelasnya.

Menurut beliau, antara bentuk-bentuk bantuan yang disalurkan ialah menerusi elaun bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau yayasan-yayasan tertentu.

''Ada juga bantuan berupa membaik pulih rumah mereka yang terlalu usang iaitu melalui sumbangan yayasan tertentu dan ada juga bantuan dari segi makanan dan kewangan," jelasnya.

Misalnya, kata Najib, sebagai Ahli Parlimen Pekan, adalah menjadi tanggungjawab bagi dirinya untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di kawasannya.

''Amalan ini amat berkesan sekali kerana saya dapat melihat sendiri keadaan dan menemui penghuni rumah berkenaan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan atau Yayasan Rahah," tambahnya. - Utusan

IPTA disaran adakan subjek keusahawan sosial

Sunday, September 6, 2009

TEMERLOH: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata institusi pengajian tinggi awam di negara ini perlu mewujudkan subjek keusahawanan sosial bagi membolehkan pelajarnya mendapat asas keusahawan untuk mereka lebih berdikari selepas tamat pengajian kelak.

Beliau berkata, pada masa ini hanya beberapa universiti yang memperkenalkan subjek berkenaan, antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Kerajaan berharap semua universiti akan dapat mengadakan mata pelajaran itu sebagai usaha melahirkan lebih ramai graduan dan siswazah dalam bidang keusahawanan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat Bank Rakyat Cawangan Temerloh berjumlah RM45,290 kepada 152 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di Masjid Abu di sini.

Saifuddin berkata, kerajaan juga mensasarkan mewujudkan 10,000 usahawan menjelang tahun 2012, dan yakin ia boleh dicapai menerusi kerjasama pihak universiti mewujudkan subjek berkenaan untuk penuntutnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kawasan taman perumahan dan kampung perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani wabak selsema babi atau influenza A (HINI) supaya penularannya di kalangan penduduk dapat dikawal sepenuhnya. - Berita Harian

Foundation gives RM104,000 in loans and scholarships

GEORGE TOWN: The Penang Chinese Chamber of Commerce Charity Foundation yesterday gave RM104,000 in loans and scholarships to deserving students.

Of the amount, RM57,000 was given out as loans to five students while another 47 students received RM1,000 each in scholarships.

The foundation's chairman, Datuk Dr Cheah See Kian, said the interest-free loans, introduced in 1978, had benefited 300 students. More than RM2 million had been given out.

"Almost all the applicants repaid the loans on schedule after the completion of their studies," he said in his speech during the ceremony held at Han Chiang College yesterday.

Also present was PCCC president Tan Sri Tan Kok Ping.

As for the scholarships, Cheah said from 2005 to this month, RM182,000 had been given out to 182 students.

He commended the commitment by the government in disbursing student loans under the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) totalling RM25 billion, which has benefited 1.26 million students. - NST

Firms and the rich urged to care for special children

MUAR: Companies and rich individuals have been urged to help in-community rehabilitation centres which care for special children in the country.

Leong Hup Holdings executive director Tan Sri Francis Lau said children who suffer from physical or mental deformities were actually smart.

He said people should not look down upon these children and appealed to all not to deprive them of care, love and comfort as they too wanted to live a normal life.

“We are fortunate to have in-community rehabilitation centres with committed teachers and trained and caring staff to care for these children.

Thoughtful gift: Lau and his wife Puan Sri Wong Kee Choo (right) presenting goodies and duit Raya to special children from four in-community rehabilitation centres at the dinner function in Muar

“I sincerely call on companies and individuals to come forward to help these centres,” he said after treating 300 special children and their teachers to a buka puasa and dinner here on Friday.

Lau said they could contribute cash for the centres to buy exercise equipment, learning materials, including books and food for the children.

He said Leong Hup Holdings had been treating children at four centres - PDK Sungai Abong, PDK Parit Keroma, PDK Bukit Naning and PDK Maharani - since 1995.

Besides buka puasa and a dinner of nasi minyak with mutton and chicken curry, Lau also presented goodies and duit raya to the children, their teachers and RM1,000 to each centre. - The Star

16,000 ahli Risda terima dividen lebih RM60 juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16,000 ahli Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sudah menerima dividen bernilai lebih RM60 juta yang dibayar sejak akhir bulan lalu.

Agihan dividen dilakukan pada Ramadan bagi membolehkan ahli membuat persiapan Aidilfitri lebih awal dan jumlah itu meningkat sebanyak RM2 juta berbanding RM58 juta tahun lalu.

Agihan itu membuktikan komitmen padu berterusan Risda dalam membantu meningkatkan perolehan dan taraf hidup pekebun kecil di negara ini yang majoritinya menetap di luar bandar.

Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia, Datuk Aliasak Ambia, berkata pihaknya berterima kasih kepada Risda kerana mempercepatkan proses pemberian dividen berkenaan yang boleh digunakan ahli untuk perbelanjaan persiapan Aidilfitri.

Katanya, sejak awal Ramadan ahli dari Perak dan Pahang sudah menerima dividen berkenaan dan diikuti negeri lain secara berperingkat.

“Alhamdulillah kerana dividen yang diperoleh tepat pada waktunya yang dapat meringankan bebanan ahli menjelang persiapan menyambut hari raya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aliasak mengumumkan Koperasi Ladang Pekebun Kecil Malaysia akan membayar dividen 15 peratus kepada hampir 5,000 ahlinya di seluruh negara mulai minggu depan. - Berita Harian

Jual biskut tambah pendapatan


GELAGAT peniaga biskut raya menawarkan jualan kepada pengunjung di bazar Ramadan Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Setiap kali Ramadan, Mohd. Suffian Ismadi tidak pernah lupa untuk meraih pendapatan dengan berniaga menjual biskut raya.

Tahun ini, bersama dua rakan, dia memilih untuk berniaga di tapak gerai Ramadan di Plaza Angsana di gerai ER Dinie Enterprise.

Anak muda berusia 21 tahun itu berkata, pada tahun lalu dia berniaga biskut raya di Subang Jaya dan kali ini ingin mencuba nasib di sini pula.

"Setiap tahun saya akan tukar-tukar lokasi. Apabila dengar cerita daripada rakan-rakan lain yang mereka boleh mengaut keuntungan di sini, saya pun cuba.

"Setakat ini, bagi saya perniagaan perlahan sedikit sebab kebanyakan yang datang hanya melihat sahaja daripada membeli. Mungkin baru lagi," katanya ketika ditemui di tapak gerai Ramadan di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd. Suffian gembira berniaga di tapak Ramadan itu kerana harga yang ditawarkan kepada pelanggan tidak tetap dan boleh diturunkan.

Katanya, harga tapak yang dikenakan kepada peniaga tidak mahal seperti di Kuala Lumpur dan sebab itulah harga yang ditawarkan boleh dikurangkan.

"Kalau di Kuala Lumpur, harga mati tidak boleh turun. Di sini kita beli borong daripada pembuat dan terpulang nak letak dan turun hingga berapa," katanya.

Sementara itu, Zulkifli Mohd. Hafan, 30, juga telah berniaga di tapak Ramadan berkenaan sejak 2003.

Zulkifli yang menjual pelbagai jenis kerepek dan biskut di dua tapak gerai itu berkata, setiap tahun dia tidak pernah mengalami kerugian.

"Bagi yang baru berniaga, kalau dapat kumpul balik modal kiranya berjaya dan tahun berikutnya mesti kumpul lebih lagi.

"Kalau rugi mana mungkin saya berniaga di sini setiap tahun. Selalunya pengunjung ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana orang Singapura datang," katanya.

Dia yang mendapat bekalan lebih 50 jenis kerepek dan makanan kering di sekitar Pontian dan Parit Raja, Batu Pahat itu berkata, gerainya sering jadi tumpuan mereka yang gemar membeli kerepek secara pukal.

Sebagai pembekal kerepek menerusi Kijul Food Supplies, Zulkifli sering menyertai pelbagai ekspo bagi mempromosikan produknya.

"Kalau bukan Ramadan, saya sering sertai ekspo kerana dari situ juga boleh meraih keuntungan asalkan ada usaha," katanya yang turut dibantu oleh tiga pekerja. - Utusan

20 keluarga terima 'hadiah rumah' menjelang Hari Raya Aidilfitri


KEMUDAHAN taman permainan kanak-kanak yang dibina di Kampung Teluk Melati di Chenor, Maran.

MARAN 5 Sept. - Sebanyak 20 keluarga yang menerima rumah melalui Program Sejahtera yang dilancarkan di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini semalam menganggapnya sebagai hadiah paling berharga menjelang Aidilfitri.

Mereka yang terpilih menyertai program itu tidak menyangka mendapat rumah baru tersebut.

Pasangan suami isteri, Abdul Rahman Mat Daud, 36, dan Zaini Abd. Manaf, 36, bersyukur serta berterima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana prihatin dengan nasib rakyat miskin seperti mereka.

Selama ini, kata Abdul Rahman, mereka menumpang di rumah ibu bapanya kerana tidak mampu membina rumah sendiri atau menyewa kerana pendapatan yang kecil.

"Kami yang menumpang di rumah ibu bapa dan hanya bekerja kampung tidak bermimpi memiliki rumah sendiri," katanya kepada Mingguan Malaysia di kampung itu hari ini.

Program Sejahtera dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan matlamat membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan penduduk desa dan bandar.

Sebagai projek perintis, 20 keluarga di Kampung Teluk Melati dipilih menyertai program itu apabila menerima kunci rumah masing-masing daripada Perdana Menteri semalam.

Pasangan suami isteri, Hamdan Ali, 47, dan Azizah Mohamad, 42, berkata, pemberian sebuah rumah batu tiga bilik itu seolah-olah seperti mimpi menjadi kenyataan.

Kata mereka, mereka sangat menghargai sumbangan itu kerana menepati gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dicetuskan Perdana Menteri.

"Kami lima beranak akan merayakan Hari Raya Aidilfitri di rumah baru ini seperti juga 19 lagi penerima di bawah Program Sejahtera ini," katanya.

Seorang ibu tunggal, Norlaili Idris, 37, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila terpilih peserta Program Sejahtera di Kampung Teluk Melati itu.

Katanya, rumah baru yang diterima itu sekurang-kurangnya dapat mengubat dukanya selepas berpisah dengan suaminya sebelum bulan puasa lalu.

"Dengan bekerja sebagai penoreh getah, saya menyara tiga anak yang masih bersekolah," katanya.

Norlaili turut yakin nasibnya akan terus terbela apabila terpilih menyertai Program Sejahtera itu.

Bagi seorang warga emas, Mat Daud Osman, 73, yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan tidak menyangka terpilih peserta Program Sejahtera di Kampung Teluk Melati itu.

"Terima kasih kerajaan kerana memilih saya sebagai peserta walaupun bukan penduduk tempatan," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, semua peserta itu dipilih oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah Maran untuk menyertai Program Sejahtera di Kampung Teluk Melati.

Katanya, mereka terpilih merupakan golongan miskin tegar di sekitar daerah ini.

"Daerah Maran dipilih Khazanah Nasional Berhad sebagai daerah terawal selepas Besut, Terengganu bagi projek perintis Program Sejahtera ini.

"Program Sejahtera adalah salah satu program yang digubal bertujuan membantu golongan miskin tegar supaya keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Tan Mohd. Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri memberitahu, program itu melibatkan 20 syarikat milik kerajaan (GLC) yang menyumbang pelaksanaan program berkenaan.

"Fokus utama ialah memberi bantuan dari segi keperluan asas seperti bantuan rumah atau membaik pulih rumah sedia ada menyediakan program kemahiran," katanya.

Beliau menambah, kerja-kerja awal pembinaan rumah di kampung itu bermula sejak 8 Julai lalu. - Utusan

Bantu tingkatkan prestasi akademik anak yatim - Dr. Mohd. Puad Zarkashi

BATU PAHAT 5 Sept. - Masyarakat Islam digesa membantu meningkatkan prestasi akademik anak yatim yang tinggal di asrama dengan menyediakan kelas tuisyen serta buku rujukan untuk mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu penting bagi memastikan anak yatim turut cemerlang dalam pelajaran dan dapat mengubah masa depan mereka.

Beliau berkata, setiap tahun, ramai anggota masyarakat berminat menghulurkan sumbangan wang tunai dan pakaian untuk anak yatim setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Kini tiba masanya mereka turut menghulurkan bantuan untuk meningkatkan prestasi akademik golongan ini pula," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 70 fakir miskin dan 83 anak yatim di Wisma Anak Yatim Batu Pahat, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Senggarang, Ja'affar Hashim.

Mohd. Puad berkata, selaku Ahli Parlimen Batu Pahat, beliau sendiri akan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik anak yatim di kawasannya termasuk kelas tuisyen yang dikendalikan guru terbaik.

"Jika berkesan kita akan memperluaskan program itu ke semua rumah anak yatim di seluruh negara demi masa depan mereka," katanya. - Utusan

Kios burger di universiti latih bakal usahawan


MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan bantuan kepada salah seorang fakir miskin pada majlis sumbangan fakir miskin dan anak yatim oleh Islamic Relief Worldwide di Masjid Jamek Al-Muhajirin, Masai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Kios menjual burger akan dibuka di beberapa universiti tempatan mulai bulan depan bagi memberi peluang dan pendedahan awal kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang perniagaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kios itu akan dijadikan pusat latihan amali kepada para penuntut dan apabila tamat pengajian mereka boleh membuka perniagaan sendiri.

"Program ini dijalankan dengan kerjasama syarikat Hadhari Agro Sdn. Bhd., yang akan membantu membuka kios di beberapa universiti di negara ini.

"Dua universiti telah setuju iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala perbincangan masih dijalankan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan barangan keperluan harian sumbangan syarikat Hadhari Agro dan Islamic Relief Worldwide kepada 350 golongan miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim di Masjid Jamek Al-Muhajirin, Masai, dekat sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, kebanyakan universiti hanya menyediakan pembelajaran berbentuk teori dalam bidang keusahawanan tanpa memberi pendedahan khusus kepada para penuntut mereka.

Beliau berkata, pembukaan kios berkenaan akan menjadi satu landasan kepada golongan mahasiswa untuk menguruskan perniagaan mereka secara menyeluruh.

"Saya yakin kaedah ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan pada masa sama membentuk golongan yang mampu berdikari," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kanan Hadhari Agro, Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan membuka kira-kira 500 kios burger di seluruh negara.

Menurutnya, kios berkenaan akan menjual pelbagai jenis burger, minuman, kentang goreng malah satu set makanan boleh didapati dengan harga semurah RM5.

"Sebuah kios burger membabitkan kos RM250,000 manakala lori pula RM100,000 namun pinjaman disediakan kepada mereka yang berminat," katanya. - Utusan

Daging murah

Saturday, September 5, 2009

Oleh Ridzuan Ahmad
bhnew@bharian.com.my


JOHARI memotong daging keluaran Hadhari Cattle sambil diperhatikan Hashim, di kompleks syarikat di Paya Pahlawan, Alor Setar, kelmarin.

Hadhari Cattle jual RM15.50 sekilogram di 52 pasar raya

JITRA: Orang ramai berpeluang membeli daging lembu segar tempatan pada harga promosi RM15.50 sekilogram (kg) di 52 pasar raya terpilih di seluruh negara bermula Khamis depan sehingga Aidilfitri.

Daging menggunakan jenama Hadhari Food yang dibekalkan Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd (Hadhari Cattle) itu akan dijual di pasar raya besar seperti Carrefour, Tesco, Giant dan Mydin.

Harga promosi lebih rendah berbanding harga semasa sehingga RM20 sekilogram ketika musim perayaan akan mengurangkan beban umat Islam menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Ia diumumkan Pengerusi Eksekutif Hadhari Cattle, Brig Jen (B) Datuk Hashim Abdul Karim pada majlis pelancaran promosi itu oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum, di kompleks syarikat itu di Paya Pahlawan, di sini.

Hashim berkata, syarikatnya sudah memeterai kontrak dengan pasar raya untuk memasarkan daging dan produknya di bawah jenama Hadhari Food.

"Daging keluaran kami berbeza dengan konsep daging segar yang biasa diketahui pengguna. Daging Hadhari Cattle berkonsep kebersihan dan kesegaran kerana dibungkus menggunakan teknologi kedap udara dan bebas bakteria.

"Ia boleh tahan sehingga enam bulan dan pengguna tidak perlu membasuhnya selepas membuka pembungkus dan boleh terus dimasak," katanya.

Hadhari Cattle, syarikat milik penuh Bumiputra ditubuhkan pada Ogos 2006 dengan modal berbayar dibenarkan RM5 juta. Fokus utamanya untuk menjadi pengeluar, pemproses serta pengedar daging lembu segar berkualiti tinggi 100 peratus halal atau Halalan Toyyiban.

Hashim berkata Hadhari Cattle memberi jaminan bekalan daging dan produk berasaskan daging jenama Hadhari Food mencukupi untuk keperluan pengguna sepanjang Ramadan dan Hari Raya.

Katanya, jenama Hadhari Food memenuhi piawaian Halalan Toyyiban mengikut syariat Islam dan diterima baik oleh pengguna serta memenuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata, kualiti daging turut diiktiraf Islamic Relief Worldwide (IRW) yang memberi kepercayaan kepada syarikat itu untuk proses pengasingan daging korban dari Arab Saudi dua tahun berturut-turut.

Katanya, Bank Pembangunan Islam melalui IRW membawa masuk lebih 300,000 kilogram daging korban untuk diproses tahun ini iaitu penambahan hampir sekali ganda daripada tahun lalu.

Johari pula berkata, langkah Hadhari Cattle amat baik ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan selaras kehendak kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah mendapatkan sumber protein segar pada harga berpatutan.

"Harga yang ditawarkan dapat menstabilkan harga daging tempatan segar yang dijual sehingga mencecah RM20 terutama ketika musim perayaan. Konsep pembungkusan kedap udara menjadikan daging lebih segar dan tahan lama serta lebih bersih berbanding penyediaan secara terbuka di pasar basah.

"Kita akan cuba memperluaskan konsep ini di seluruh negara kerana ia adalah cara terbaik menjamin kesegaran dan kebersihan," katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Operasi IRW, Dr Adel Sabir.

Johari turut menyempurnakan majlis penyerahan 300 tan daging korban dari IRW untuk proses pengasingan tulang dan akan dihantar ke Terengganu untuk ditinkan sebelum diagihkan kepada fakir miskin di seluruh dunia. - Berita Harian

Gigih Berusaha Pasti Berjaya : Rezeki Mat Nor bertambah

PASIR PUTEH 4 Sept. - Mat Nor Ismail, 63, yang menyara 11 anaknya dengan menjual air nira bersyukur kerana rezekinya lebih murah pada bulan Ramadan sehingga mampu memperoleh kira-kira RM3,000 sebulan.

Petani itu berkata, pada bulan puasa ini, pemborong datang membeli air nira di kebun kelapanya di Kampung Nara di sini dengan harga RM30 bagi lapan liter.

"Saya sudah 30 tahun berpengalaman menyandat mayang kelapa dan ini satu-satunya punca rezeki saya untuk menyara 11 orang anak, empat daripadanya masih bersekolah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Air nira begitu popular di kalangan penduduk Kelantan untuk dijadikan juadah berbuka puasa kerana selain lazat ia juga berkhasiat untuk memulihkan tenaga selepas sehari suntuk berlapar dan dahaga.

Mat Nor berkata, jika keadaan cuaca baik (sejuk) beliau mampu memperoleh antara 24 hingga 32 liter air nira sehari.

Bagi memastikan mutunya terjamin dan tidak cepat masam sehingga dapat bertahan lapan jam, katanya, beliau mencampurkannya dengan sedikit 'laghu' yang dihasilkan daripada kayu cengal.

Mat Nor memanjat lebih 30 pokok kelapa muda setiap hari bagi mendapatkan air nira itu, namun ia tidak meletihkannya kerana sudah biasa walaupun sedang menjalani ibadah puasa. - Utusan

Al-Nidaa' bantu golongan memerlukan

KOTA BHARU 4 Sept. - Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akan mengagihkan bantuan kepada kumpulan penerima yang layak dengan jumlah bantuan mencecah RM280,000.

Setiausaha Kerja Al-Nidaa', Zainuddin Alang Mamat berkata, majlis penyampaian itu yang bermula 30 Ogos lalu di Kuala Lumpur, akan berakhir Isnin ini di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak.

"Majlis Infak Ramadan ini adalah aktiviti tahunan yang diadakan Al-Nidaa' bagi membantu menyampaikan sumbangan yang diamanahkan umat Islam terutama anggota pertubuhan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, keluarga miskin, ibu tunggal, saudara baru, anak yatim dan orang kurang upaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk tahun ini, beliau berkata, seramai 959 orang terpilih untuk menerima agihan daripada sumbangan, zakat, dan fidyah, hasil sumbangan umat Islam, dan penyampaian akan diadakan di lokasi terpilih di negeri-negeri berkenaan.

"Jumlah itu meningkat berbanding agihan tahun lepas iaitu hanya RM230,750 yang memanfaatkan 877 orang penerima terpilih dari seluruh negara," katanya.

Katanya, Al-Nidaa' juga berperanan sebagai orang tengah bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah sumbangan di bulan Ramadan dan pertubuhan itu juga mengadakan hubungan dengan pihak-pihak yang mempunyai data-data golongan sasaran.

Majlis seumpama itu bertujuan untuk membantu pihak yang kurang bernasib baik tidak terlepas pandang dan mendapat manfaat daripada masyarakat, bersesuaian dengan visi serta tujuan Al-Nidaa' sebagai pertubuhan gerakan Islam iaitu kepekaan tinggi terhadap alam sekitar dan kualiti kehidupan manusia yang menjunjung tinggi keadilan serta kebajikan hidup. - Utusan

Hasil ganoderma lumayan


ZULKIFLI Mahmood menunjukkan cendawan ganoderma yang matang di tapak projek tanamannya di Panji, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 4 Sept. - Ganoderma yang juga dikenali sebagai ling zhi bukanlah suatu nama yang asing di kalangan masyarakat di negeri ini kerana ia dikaitkan dengan produk kesihatan yang sering dipromosikan.

Jika cendawan lain berakhir di dapur sebagai hidangan, cendawan berwarna merah dengan kepingan keras ini dipasarkan sebagai bahan adunan herba di farmasi dan dalam bentuk makanan kesihatan tambahan termasuk kopi.

Cuma penglibatan usahawan tempatan dalam menanam cendawan ganoderma masih terlalu kecil serta baru sahaja mencuba merebut peluang sejajar dengan nilai komersialnya yang tinggi.

Salah seorang daripada mereka ialah Zulkifli Mohmood, 38, yang mahu membuktikan bahawa dia benar-benar serius untuk memajukan diri dan bukan sekadar ikut-ikutan.

Apatah lagi Zulkifli merupakan Setiausaha Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan dan jika dia sendiri sekadar hangat-hangat tahi ayam dan gagal, sukar baginya untuk meyakinkan mana-mana pihak untuk terus membantu persatuan dan ahlinya.

Daripada 43 ahli persatuan itu, cuma empat orang terlibat dengan projek ganoderma manakala lebihnya cendawan tiram kelabu yang banyak kedapatan di pasar-pasar kini.

''Walaupun daripada segi modal, penyediaan tapak dan penjagaan tidak jauh berbeza dengan tanaman tiram kelabu tetapi jenis ganoderma belum lagi mendapat sambutan yang menggalakkan.

''Mungkin jika ramai yang tahu penjagaannya lebih mudah dan hasil tuaian lebih tinggi, projek ganoderma akan meningkat," katanya ketika ditemui di bangsal projeknya di Panji di sini baru-baru ini.

Hujung tahun lalu, dia melabur sebanyak RM37,000 bagi memulakan projek itu di samping mendapat kepercayaan skim pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM15,000 sebagai tambahan modal.

Lebih 25,000 beg plastik tersusun rapi dalam rak bertingkat di dalam bangsal di pinggir rumahnya membuktikan kesungguhan awalnya dan hasil tuaian cukup memberangsangkan apabila semuanya berjaya dijual.

Idea mengusahakan cendawan jenis itu bermula selepas dia mengikuti kursus asas anjuran Jabatan Pertanian yang memperkenalkan kepada peserta beberapa spesies cendawan termasuk ganoderma, tiram kelabu dan black jelly.

''Saya memilih ganoderma kerana tidak ramai yang mengusahakannya jadi persaingan lebih kecil. Selepas mencuba, saya dapati ia mudah dikendalikan kerana ia sama seperti tiram kelabu.

''Cuma tempoh tuaian lebih panjang namun hasil jualannya agak tinggi dan buat masa ini harganya mencecah RM25 sekilogram iaitu sama berat dengan jambak cendawan daripada 30 beg.

''Sebuah beg akan mengeluarkan dua hingga tiga jambak berkembar yang setiap satu saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa berwarna coklat kehitaman apabila matang dan boleh dituai." katanya.

Dia yang sebelum ini mencari rezeki dengan menjadi subkontraktor, kini mencuba mencapai hasil tuaian maksimum sehingga lima kali melalui tanamannya yang disemai secara berperingkat-peringkat.

''Buat masa ini terdapat 25,000 beg dalam sebuah bangsal dan dua bangsal lagi sedang dalam proses penyediaan tapak dan dijangka mengeluarkan hasil pertengahan tahun hadapan," ujarnya.

Katanya, berdasarkan jumlah tersebut, hasil yang diperoleh secara bergilir-gilir mengikut tempoh matang dengan anggaran tuaian sebanyak 6,000 beg dalam tempoh dua minggu dan purata pendapatan sebanyak RM2,000.

''Cendawan jenis ini memerlukan persekitaran yang lebih semulajadi seperti kawasan teduh dan redup di dalam hutan untuk memperoleh hasil yang lebih berkualiti," katanya.

Bagi menjimatkan kos penyediaan tapak semaian, Zulkifli melakukan sendiri kerja-kerja campuran tiga bahan utama iaitu habuk kayu pokok getah, dedak dan kapur.

''Untuk menambah kualiti dan perisanya, masukkan sedikit serbuk kunyit, debu serai wangi dan ekstrak tongkat Ali," katanya berkongsi petua.

Katanya, selepas campuran tersebut sebati, ia diisi ke dalam beg plastik kemudiannya dikukus selama lapan jam dan dibiarkan sejuk selama dua hari sebelum disuntik benih ke dalamnya.

''Benih diperoleh dari biji gandum menggunakan teknologi tisu kultur yang diperoleh dari pembekal dengan harga RM5.50 seberat 350 gram untuk 60 beg.

''Selepas dituai, saya memasarkan secara terus ke kilang. Bagaimana pun pada masa hadapan saya bercadang membeli mesin untuk memasarkan dalam bentuk serbuk," katanya. - Utusan

Bantuan Ramadan ceriakan fakir miskin


Isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, (kanan) menyampaikan bantuan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada Siti Hajar Shafiei di Rantau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 4 Sept. - Wajahnya mungkin tidak menggambarkan apa- apa cerita yang menarik. Namun di sebalik paras rupa yang ceria itu, si fakir miskin yang menerima bantuan Ramadan baru-baru ini sentiasa diruntun pilu.

Apa tidaknya, hidup dalam kesempitan setiap hari dan menghitung detik untuk menanti hari esok menjadikan golongan ini sentiasa berdebar-debar dalam menyara kehidupan keluarga dan anak-anak tersayang.

Namun begitu, walau apa pun penderitaan dan kisah pilu yang mereka alami, kerajaan tidak pernah sepi daripada menghulurkan bantuan agar ketibaan Hari Lebaran pada 1 Syawal nanti memberi sinar kegembiraan buat golongan yang kurang bernasib baik ini.

Bagi penerima bantuan bulan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kerajaan negeri dan Tabung Haji di Rantau, dekat sini baru-baru ini, wang yang diterima itu melenyapkan keresahan yang ditanggung mereka untuk menghadapi Aidilfitri.

Bagi Noriah Othman, 58, dari Kampung Pasir, Rantau, sumbangan itu cukup bermakna untuk dirinya, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah berpuasa pada bulan Ramadan.

''Dapatlah saya menggunakan wang itu untuk membeli keperluan dapur dan barangan lain untuk persediaan hari raya ini," katanya yang pernah bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit.

Noriah yang mempunyai 16 orang anak memberitahu, dia kini tidak mempunyai pendapatan dan masih menanggung empat anak yang berusia 15 tahun hingga 25 tahun.

''Saya gembira dengan sumbangan ini. Sekurang-kurangnya golongan miskin dan kurang bernasib baik seperti saya mendapat perhatian daripada kerajaan," katanya yang turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dia yang kematian suaminya kira-kira 10 tahun lalu memberitahu, sambutan menjelang Aidilfitri dilakukan secara sederhana, bersesuaian dengan keadaan kehidupannya ketika ini.

''Kami menyambut ketibaan 1 Syawal mengikut 'acuan' kami. Ikutlah kemampuan yang ada. Anak-anak akan balik dan itu adalah keceriaan dalam keluarga saya," katanya yang mempunyai 12 orang cucu.

Sementara itu, Mohd. Said Hasan, 67, yang kudung kedua-dua belah tangannya akibat kemalangan di tempat kerja memberitahu, dia gembira kerana menerima sumbangan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

''Terima kasihlah. Ini besar ertinya buat kami yang kurang bernasib baik ini. Ia adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Saya bersyukur dengan nikmat ini," katanya.

Tambah Mohd. Said, sumbangan itu akan digunakan untuk membeli keperluan harian dan perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan ini.

''Semoga ia cukup untuk kegunaan kami sepanjang bulan Ramadan ini," ujanya.

Manakala Siti Hajar Shafiei, 18, yang buta kedua-dua matanya memberitahu, hidupnya sentiasa ceria dan gembira kerana ramai yang mengambil berat termasuk ahli keluarga dan kerajaan.

''Hari ini saya menerima sumbangan dan datang bersama kakak. Walaupun saya tidak dapat melihat, pemberian itu amat bermakna. Ia menandakan ada insan yang masih sayangkan golongan kurang bernasib baik seperti saya," katanya.

Bagi Putih Mohamad Nor, 82, yang terpaksa menggunakan kerusi roda kerana uzur berkata, dia cukup gembira kerana menerima sumbangan daripada seorang pemimpin.

''Tentulah saya riang dan seronok. Ramai yang dapat sumbangan dan bantuan. Saya akan simpan sedikit dan selebihnya guna untuk keperluan hari raya ini," katanya yang mempunyai lapan orang anak.

Apa pun yang diterima oleh golongan ini, mereka sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan, malahan ada di antara mereka yang mengalirkan air mata dan tidak kurang juga yang tersenyum gembira.

Sekurang-kurangnya, beban yang mereka tanggung dan kerisauan menghadapi bulan Ramadan ketika ini akan sedikit terubat, walaupun esok mereka terpaksa menghitung hari memikirkan corak keceriaan menjelang 1 Syawal. - Utusan

Kebajikan rakyat diutamakan

SEREMBAN 4 Sept. - Sumbangan yang diberikan kepada golongan fakir miskin dan kurang bernasib baik bertujuan menceriakan kehidupan mereka terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amat perlu golongan ini diberi perhatian supaya dapat sama-sama bergembira dan berseronok seperti orang lain sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri.

'Kita mahu melihat rakyat mendapat kebahagiaan, keceriaan dan kesejahteraan. Sebab itulah, melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Tabung Haji serta kerajaan, kita mengutamakan kebajikan mereka.

''Kita harapkan ini dapat meringankan sedikit beban mereka dalam bulan yang mulia ini selain bersama-sama keluarga mereka berkumpul berbuka puasa dan bersahur dalam suasana yang harmoni," kata beliau.

Mohamad yang juga Pengerusi MAINS menjelaskan, wang yang disumbangkan itu dapat diguna pakai secara berjimat dan mengutamakan keperluan yang penting seperti membeli barangan dapur dan sebagainya.

''Kerajaan tidak mahu melihat ada lagi golongan yang susah ini tercicir daripada menerima bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

''Melalui Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS), kita telah pun mengenal pasti individu yang susah ini untuk diberi bantuan dan bagi umat Islam, kita salurkan melalui bantuan Baitulmal," kata Mohamad.

Justeru itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri mensasarkan supaya menjelang tahun 2010 tiada lagi golongan miskin tegar di negeri ini.

''Kita mahu semua agensi terbabit berperanan sama-sama mencari dan mengenal pasti golongan miskin di kawasan mereka supaya bantuan dapat disalurkan dan taraf kehidupan mereka dapat dipertingkatkan.

''Hari ini, kita tidak boleh lagi menunggu mereka datang untuk mencari bantuan daripada kerajaan, sebaliknya agensi kerajaan termasuk MAINS perlu mencari golongan ini untuk 'dijaring', selain terus mengaktifkan program 'cari' oleh JKM. - Utusan

Kerangka Ekuinas berkesan

PUTRAJAYA 4 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan kandungan perincian operasi dan kerangka pelaburan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang diumumkan oleh Lembaga Pengarahnya hari ini.

Perdana Menteri melihat perincian dan kerangka itu sebagai sangat berkesan bagi membantu penyertaan bumiputera yang sama rata dan mapan dalam penghasilan syarikat-syarikat utama generasi seterusnya di negara ini.

"Melalui pelaburannya, Ekuinas akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan penyertaan bumiputera dan pada masa yang sama mewujudkan kerjasama tulen dengan bukan bumiputera.

"Hasilnya, aktiviti Ekuinas akan memberikan faedah kepada semua rakyat Malaysia dan ekonomi Malaysia," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri telah diberikan penerangan berhubung perincian operasi dan kerangka pelaburan Ekuinas oleh Pengerusinya, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda.

Ekuinas ditubuhkan sebagai anak syarikat milik penuh Yayasan Ekuiti Nasional.

Ia akan menguruskan portfolio pelaburannya sendiri serta membuat penyumberan luar sebahagian daripada dananya kepada firma pelaburan ekuiti yang berkemampuan.

Menurut kenyataan terbabit, pada sesi penerangan itu, Perdana Menteri dimaklumkan bahawa Ekuinas akan dipacu secara komersial dengan memanfaatkan sepenuhnya dana awam dan swasta bagi pelaburan dalam entiti-entiti yang memiliki potensi baik untuk berkembang.

Najib juga dimaklumkan bahawa Ekuinas akan melabur dalam syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan besar dan akan mengambil bahagian secara aktif dalam mengembangkan syarikat yang dilabur di samping meningkatkan kualiti pengurusannya.

Perdana Menteri juga diberitahu bahawa keputusan pelaburan dan pemilihan pengurusan oleh Ekuinas akan dibuat berdasarkan merit.

Ekuinas dijangka mampu meraih kejayaan dengan membantu usahawan yang mempunyai rekod perniagaan yang baik di samping memajukan sesebuah syarikat melalui pengwujudan pengurusan yang profesional dan prestasi terbaik serta insentif berasaskan ekuiti.

"Kita memiliki sejumlah profesional bumiputera yang sangat berbakat dan kita akan memperluaskan kelompok usahawan dengan menjadikan mereka profesional-pemilik-pengurus," kata Perdana Menteri.

Menurut Najib, beliau gembira kerana Ekuinas telah memulakan operasinya dan yakin ia akan mendapat pelaburan yang sesuai dan menjadikannya sebahagian syarikat-syarikat utama Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu bahawa satu jawatankuasa peringkat tertinggi Pembangunan Keusahawanan Bumiputera akan ditubuhkan untuk memberikan fokus khusus bagi memperkukuhkan keusahawanan bumiputera dalam fasa permulaan dan pembangunannya.

Jawatankuasa itu menurut beliau akan melapor kepadanya dan dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Jawatankuasa itu akan berasaskan model Jawatankuasa Putrajaya Bagi GLC Prestasi Tinggi yang telah berjaya dan bertujuan memperkukuhkan program-program pembangunan usahawan yang dikendalikan pelbagai institusi berkaitan kerajaan," katanya.

Tambah beliau, penubuhan Ekuinas dan Jawatankuasa Putrajaya mencerminkan pendekatan kerajaan menggunakan pelbagai instrumen bagi menangani secara menyeluruh cabaran-cabaran yang dihadapi usahawan-usahawan bumiputera dan Malaysia," katanya.

Dalam program yang sama, Perdana Menteri juga mengumumkan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ekuiti Nasional iaitu:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak (Pengerusi)

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Mustapa Mohamed

Menteri Kewangan Dua: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan: Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi: Datuk Noriyah Ahmad. - Utusan

KPI bukti komitmen berani kerajaan - Muhyiddin

IPOH 4 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pelaksanaan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merupakan langkah berani dan berisiko bagi membuktikan komitmen tinggi kerajaan membangunkan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia merupakan usaha terbuka tanpa 'sorok-sorok' supaya rakyat boleh menghukum kerajaan sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak mencapai sasaran.

''Kita tidak mahu masyarakat mengatakan bahawa kerajaan hanya 'cakap tidak serupa bikin' sebab itu KPI diperkenalkan bagi semua menteri Kabinet.

''Kerajaan bukan sahaja perlu melaksanakan segala perancangan dan pembangunan negara tetapi perlu membuktikan bahawa semuanya mesti berjaya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya bagi Parlimen Ipoh Barat dan Ipoh Timur di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Muhyiddin berkata, keberanian dan keikhlasan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat sepatutnya diterima dengan hati terbuka dan disokong penuh oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, pada masa sama tidak ada sebab mengapa ada pihak perlu membuat fitnah dan pelbagai tohmahan ke atas segala perkara baik dan berfaedah yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) selama 52 tahun memerintah negara.

''Orang hari ini tidak melihat segala kebaikan yang kerajaan buat malah mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang. Takkan selama 52 tahun kita melaksanakan kerja-kerja yang merugikan negara?

''KPI ini kita laksanakan secara terbuka dan bukan gimik politik seperti yang suka dilakukan pakatan pembangkang di Perak. Ini perkara serius demi membangunkan ekonomi dan memajukan negara," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin pada majlis berkenaan turut memberi khabar gembira buat penduduk kampung tersebut apabila mengumumkan bantuan sebanyak RM2.5 juta bagi membina sebuah masjid baru.

''Kerajaan negeri Perak sudah bersetuju membeli tanah seluas 3.4 hektar bernilai RM2 juta untuk membeli tapak masjid dan Kerajaan Persekutuan pula tambah RM2.5 juta bagi membina masjid.

''Saya rasa elok juga masyarakat di sini turut membuat kutipan dana sendiri supaya sama-sama dapat manfaat dan akhirnya masjid baru dapat dibina di sini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung. - Utusan

Kraf tempatan bakal ke China

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Produk kraf tangan tempatan bakal diangkat ke peringkat lebih tinggi dan dibawa ke negara-negara asing terutamanya di Asia sebagai salah satu daripada promosi Malaysia kepada dunia luar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sasaran kementeriannya ketika ini adalah untuk memasuki pasaran China berkemungkinan pada pertengahan tahun hadapan.

Selain China katanya, pihaknya turut berminat untuk membawa kraf tangan tempatan ke Jepun dan Korea tetapi ia bergantung pada sumber kewangan dan penajaan yang diterima kementerian.

“Saya terfikir, jika kita mampu membawa barangan ini ke London dan Paris, mengapa tidak kita bawanya ke China kerana mereka mempunyai populasi yang tinggi.

“Setakat ini, kementerian sedang meneliti apa yang diperlukan untuk membawa hasil kraf tempatan ke sana. Saya pasti ia akan membantu merancakkan lagi kedatangan pelancong China yang sedia ramai di negara ini saban tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Promosi Kraf Aidilfitri 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali.

Promosi yang diadakan buat kali kelima sejak 2003 itu bermula hari ini dan berakhir pada 14 September depan.

Ia dimeriahkan dengan aktiviti jualan produk kraf serta kelengkapan Aidilfitri seperti pakaian, kuih raya dan aksesori wanita.

Mengenai promosi itu, Rais memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Kraftangan Malaysia berazam untuk meningkatkan jumlah jualan daripada RM1.1 juta tahun lalu kepada RM1.5 juta tahun ini.

“Segalanya ada di sini, daripada pakaian sehinggalah penjualan kraf oleh saudara-saudara baru. Justeru, saya mengharapkan agar masyarakat kita mengambil kesempatan untuk berbelanja di sini,” ujarnya. - Utusan

PM lancar Program Sejahtera

MARAN 4 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek perintis Program Sejahtera yang bermatlamat membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.

Beliau turut melancarkan program Pintar peringkat nasional - sebuah program pengambilan sekolah angkat oleh syarikat milik kerajaan (GLC).

Sebagai permulaan projek Sejahtera itu diwujudkan di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini melibatkan 20 keluarga.

Menurut Perdana Menteri, program yang melibatkan beberapa peringkat itu dimulakan dengan fasa pertama membabitkan 1,000 keluarga atau 5,000 orang dengan peruntukan RM40 juta di seluruh negara.

‘‘Projek ini bermula di Chenor dan ada beberapa kawasan lain yang telah kita kenal pasti dan bagi fasa pertama ini, ia bakal siap sepenuhnya sebelum berakhir tahun 2010,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Program Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini.

Hadir sama pada majlis itu, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

Program Sejahtera merupakan projek naungan Sekretariat Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi Syarikat Milik Kerajaan (PCG) yang memperkenalkan pendekatan lestari dalam membasmi kemiskinan tegar dan sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk mencapai kemiskinan sifar menjelang 2010.

Najib memberitahu, Program Sejahtera itu akan diperluaskan ke kawasan lain dan ia bergantung pada kemampuan GLC yang terbabit dengan program berkenaan.

‘‘Program ini membuktikan GLC amat prihatin dan tidak lupa tanggungjawab sosial mereka,” katanya.

Menurut beliau, program Pintar pula merupakan lanjutan daripada projek pengambilan sekolah angkat di bawah naungan PCG yang dilancarkan pada Disember 2006.

Katanya, pelancaran program Pintar peringkat nasional kali ini akan menyaksikan pengenalan baru yang lebih bersepadu dalam semua aktiviti di bawahnya.

Sehingga kini, jelas beliau, sejumlah 24 organisasi dengan 22 daripadanya adalah GLC yang telah mengambil 165 sekolah rendah dan menengah seluruh negara sebagai sekolah anak angkat di bawah program Pintar.

‘‘Sejak dilancarkan pada 2006, seramai 66,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada program Pintar ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib menegaskan, kerajaan akan terus mengamalkan dasar ‘campur tangan’ bagi memastikan syarikat-syarikat korporat terutama GLC menjalankan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat yang memerlukan.

Dasar itu, kata beliau, telah diamalkan oleh pemimpin terdahulu terutama sejak zaman ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang mahu memastikan jurang pendapatan penduduk desa dan bandar dirapatkan. - Utusan

Bantu peniaga bumiputera

Friday, September 4, 2009

KOTA KINABALU 3 Sept. - Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Sabah) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) digesa terus bersatu dalam membangun peniaga bumiputera di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, gabungan ketiga-tiga dewan perniagaan ini akan memberi lebih kekuatan dalam merencanakan program yang mampu memberi manfaat kepada usahawan bumiputera.

''Saya meminta dewan-dewan perniagaan ini bergabung tenaga dan mengekalkan kerjasama bagi mewujudkan peluang perniagaan di Sabah, sekali gus melahirkan peniaga bumiputera berjaya dan lebih mantap.

''Ini kerana, walaupun masing-masing memiliki dewan perniagaan, tapi mereka mempunyai satu matlamat iaitu untuk menolong dan melatih para peniaga menerusi program-program khusus," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Sabah) dan Perdasama di Hotel Le Meridien, malam tadi.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan sumbangan kuih muih Aidilfitri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mengenai sumbangan tersebut, Musa berkata, ia diharap dapat mengubat kerinduan para anggota keselamatan yang tidak berkesempatan beraya bersama keluarga.

Beliau juga berkata, peniaga bumiputera juga tidak seharusnya terlalu mengharapkan kerajaan semata-mata, sebaliknya mereka harus berusaha gigih bagi mencapai kejayaan.

Peniaga bumiputera juga harus mencontohi kejayaan usahawan kaum lain yang telah berjaya dalam bidang perniagaan.

''Kalau masyarakat tionghua boleh berjaya, kenapa kita tidak boleh? Tapi yang penting untuk berjaya peniaga perlu konsisten supaya apa yang kita lakukan itu beroleh kejayaan berterusan," ujarnya. - Utusan

UEM Land titik berat pembangunan komuniti


Aziz Sapian (tiga dari kiri) dan Wan Abdullah menyampaikan sumbangan UEM Land Holdings Berhad pada majlis berbuka puasa di Kampung Pok, Nusajaya, kelmarin.

NUSAJAYA 3 Sept. - UEM Land Holdings Berhad, salah sebuah syarikat pemaju di kawasan ini sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan komuniti setempat dalam usaha membina Nusajaya sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Justeru, menurut Pengarah Urusannya, Wan Abdullah Wan Ibrahim, UEM Land berharap semua penduduk di kawasan sekitar bersama-sama mengejar arus kemajuan yang sedang dibina untuk manfaat bersama.

"Sebagai pemaju utama Nusajaya dan merupakan komponen utama Iskandar Malaysia, kami yakin impian ini dapat dibina bersama-sama dengan penduduk setempat.

"Setelah lebih tiga tahun beroperasi, inisiatif pembangunan di Nusajaya mencerminkan aspirasi dan komitmen jitu kami terhadap masa depannya," katanya pada majlis berbuka puasa di Kampung Pok, dekat sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian dan Ketua Kampung Pok, Masood Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Abdul Aziz dan Wan Abdullah turut menyampaikan sumbangan raya UEM Land kepada 10 anak yatim di kampung berkenaan.

Lebih 200 penduduk kampung turut menghadiri majlis berkenaan. Hadirin turut menunaikan solat Maghrib dan Tarawih bersama-sama.

Wan Abdullah berkata, pihaknya sentiasa mengharapkan kerjasama dan sokongan padu semua pihak seperti kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan penduduk setempat untuk menjayakan setiap program pembangunan yang dirancang.

Dalam pada itu, beliau berkata, UEM Land telah mengadakan pelbagai program yang memberi fokus kepada anak watan Gelang Patang dan Nusajaya seperti Program Kecemerlangan Akademik, Program Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Program Pintar al-Quran.

"Sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha dalam mencari kesempatan untuk memberikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlaukan di sekitar Gelang Patah dan Nusajaya," katanya. - Utusan

Penduduk kampung dibantu

IPOH 3 Sept. - Penduduk di enam buah kampung di bawah Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) bakal menikmati air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah berkenaan akan dilaksanakan menerusi Program Tanggungjawab Sosial (CSR) oleh Lembaga Air Perak (LAP).

''Setakat ini kita telah belanjakan RM400,000 setahun bagi memberi 20 meter padu air percuma kepada 6,900 keluarga.

''Di bawah program PPMS, beberapa buah kampung lagi akan dibantu. Salah satu daripadanya yang telah dikenal pasti ialah di Perlop, Sungai Siput," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah LAP di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Zambry turut mengumumkan pembayaran bonus dua bulan gaji untuk 1,100 pegawai dan kakitangan LAP.

Menurut beliau, bayaran penghargaan khas itu akan diberi dua kali iaitu bulan pertama untuk sambutan Aidilfitri dan bakinya pada hujung tahun.

Jelasnya, bayaran itu diberi sebagai insentif kepada kakitangannya kerana berjaya menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

''Tahun lalu kita beri satu bulan setengah gaji bonus kepada mereka. Tahun ini saya lebihkan kerana peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh kakitangan saya," katanya. - Utusan

Peniaga bazar lega rezeki bertambah

MELAKA 3 Sept. - Kemasyhuran Bazar Ramadan Taman Chempaka dekat sini sudah cukup menjanjikan pulangan lumayan kepada para peniaga kecil pada setiap kali bulan Ramadan.

Bagi peniaga yang berpeluang berniaga di sini pastinya mereka mampu mengukir senyum kerana limpahan rezeki sepanjang bulan Ramadan dapat meringankan beban yang ditanggung.

Pendapatan yang diperoleh daripada hasil menjual juadah dan pelbagai jenis barang sudah cukup melegakan mereka.

Seorang peniaga Nor Leilawaty Ibarahim, 31, berkata, sejak 12 tahun berniaga di sini pendapatannya sering bertambah kerana kehadiran ramai pengunjung di bazar itu.

''Saya tidak pernah berniaga di tempat lain bagi menjalankan perniagaan jualan kuih-muih kerana bagi saya bazar di Taman Chempaka cukup strategik kedudukannya kerana berhampiran bandar.

''Pengunjung yang datang juga tidak putus-putus dan ini memberi semangat kepada kami para peniaga di sini untuk terus menjalankan perniagaan di sini," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut anak jati Melaka ini, dia memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM170 setiap hari dan dia berasa gembira serta bersyukur dengan keuntungan yang diperolehnya.

Bagi seorang lagi peniaga beraneka jenis air, Khairul Azman Alias, 33, lokasi bazar Taman Chempaka yang strategik ini membantu para peniaga memperoleh keuntungan dengan cara yang halal.

''Kami berniaga di sini sudah begitu lama dan keuntungan bersih yang diperoleh cukup bagi menampung balik modal yang dikeluarkan.

''Saya sudah tiga tahun berniaga di sini dan belum pernah lagi mengalami kerugian besar melainkan hujan lebat melanda," katanya.

Menurut Khairul lagi, kebersihan bazar ini serta keluasannya sebagai tapak bazar Ramadan yang terbesar di Melaka menjadikan bazar ini sebagai pilihan utama pengunjung.

Bagi penjual popiah basah, Junaidah Mohd Yunos, 46, berkata, bazar Ramadan itu wajar diluaskan tapaknya bagi memudahkan para pengunjung tidak bersesak-sesak.

''Sejak enam tahun berniaga di sini, pengunjung sentiasa bertambah dari tahun ke tahun dan adalah wajar bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memikirkan cara untuk menambah keluasan bazar," katanya lagi.

Beliau berkata, lokasi yang strategik di laluan utama masuk ke bandar itu menjadi kunci utama mengapa bazar Taman Chempaka menjadi tumpuan orang ramai dari jauh dan dekat. - Utusan

Membantu sambil menanam sifat menabung : Dapatkan akaun ASB percuma


MOHD. Ali Rustam menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada program berbuka puasa di Masjid Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka, kelmarin.

ALOR GAJAH 3 Sept. - Rakyat termiskin di negeri ini diminta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mereka membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diberikan oleh kerajaan negeri secara percuma.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri mengesan kira-kira 700 orang rakyat termiskin yang masih belum membuka akaun ASB yang diperuntukan kepada mereka.

Menurut beliau, seramai 1,115 orang rakyat miskin di negeri ini layak menikmati kemudahan tersebut tetapi setakat ini hanya 400 orang sahaja yang sudah berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata, JKM negeri telah diarahkan untuk mengesan baki 700 golongan tersebut yang masih belum memiliki akaun ASB.

''Pemberian ASB adalah secara percuma kepada rakyat termiskin di negeri ini tetapi adalah satu yang merugikan sekiranya mereka tidak bijak menggunakan kemudahan yang disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan berbuka puasa bersama kira-kira 420 golongan kurang bernasib baik bagi kawasan daerah Masjid Tanah di sini malam tadi.

Melaka mula memperkenalkan skim pemberian percuma akaun ASB bernilai RM10 seunit pada penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM5 juta selama tempoh lima tahun.

Kemudahan yang disediakan di bawah skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Gemilang Pendidikan (ASGP) khusus untuk golongan rakyat miskin.

Sehubungan itu beliau berkata, JKM perlu turun padang dan berkunjung ke rumah golongan terbabit bagi membantu rakyat miskin atau mereka yang berpendapatan rendah membuka akaun ASB dalam tempoh yang segera.

Selain itu kata Ketua Menteri, melalui usaha mewujudkan akaun pelaburan di kalangan rakyat miskin tersebut, ia diharap menggalakkan golongan itu menabung.

''Melaka sedang giat mencapai taraf negeri maju pada tahun 2010 dan untuk itu, saya mahu setiap lapisan masyarakat di negeri juga mampu meningkatkan pencapaian hidupnya termasuk golongan miskin ini," katanya.

Menurut Mohd. Ali, lebih 300,000 daripada kira-kira 800,000 penduduk negeri ini telah melabur melibatkan nilai pelaburan sebanyak lebih RM2 bilion.

Sementara itu, beliau turut mengesa JKM agar tidak melewatkan proses kelulusan yang dikemukakan oleh rakyat miskin dalam membuat permohonan bagi mendapatkan sebarang bentuk bantuan.

Ujarnya, proses kelulusan itu tidak sepatutnya mengambil masa sekiranya kakitangan agensi itu cekap dalam menjalankan tugas masing-masing terutama dalam meringankan beban kesusahan yang dialami oleh rakyat miskin. - Utusan

Lebih 78,000 peneroka Felcra terima dividen


MOHD. Shafie Apdal (tengah) menyampaikan replika cek kepada salah seorang wakil peneroka Felcra di Sik, Kedah semalam.

SIK 3 Sept. – Seramai 78,019 peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) di seluruh negara akan menerima bayaran dividen yang berjumlah RM445.99 juta sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, agihan dividen tersebut lebih rendah iaitu kira-kira 28 peratus berbanding RM588.18 juta pada 2008.

“Walaupun ekonomi lembap terutama sektor komoditi sawit dan getah yang tidak stabil, Felcra Berhad dapat mengimbangi cabaran itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Peserta Felcra Berhad Peringkat Negeri Kedah 2009 dan berbuka puasa bersama peneroka di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik di sini malam ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Mohd. Nasir Baba dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah.

Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Sejak penubuhannya kata beliau, Felcra berjaya mengeluarkan masyarakat luar bandar di negara ini daripada belenggu kemiskinan.

“Kita yakin Felcra akan meneruskan usaha secara berterusan untuk menjana ekonomi negara dan membangunkan taraf hidup masyarakat luar bandar,” tambah beliau.

Sementara itu katanya, seramai 3,327 peneroka Felcra di negeri Kedah mendapat dividen sebanyak RM10.5 juta pada tahun ini.

Katanya, semua peserta terbabit menerima purata dividen RM3,327 seorang dengan kawasan Baling menerima dividen terbesar iaitu RM3.5 juta.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pengerusi agensi-agensi perladangan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Felda, RISDA dan Felcra diarah menjalankan kajian mendalam berhubung bidang kerjasama yang boleh dilaksanakan.

“Antaranya mewujudkan kaedah atau persetujuan bersama seperti soal pembekalan baja. Insya-Allah kerjasama sebegini akan diadakan secepat mungkin setelah mendapat maklum balas daripada agensi masing-masing,” katanya. - Utusan

Felda labur RM750 juta

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Felda akan melabur sebanyak RM750 juta dalam tempoh 10 tahun bagi merealisasikan hasrat agensi itu untuk menjadi pemain utama dalam projek Gedung Makanan Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak empat bidang akan menjadi tumpuan Felda bagi mencapai hasrat tersebut iaitu penanaman cili kulai, pisang berangan, penternakan lembu daging dan pemeliharaan ikan tilapia.

Jelasnya, projek itu akan dilaksanakan oleh peneroka sendiri dan mereka bakal menerima pendapatan tambahan antara RM220 hingga RM1,000 sebulan iaitu bergantung kepada aktiviti yang dijalankan.

‘‘Berdasarkan perkiraan kita, peneroka yang terlibat dengan penanaman cili kulai akan memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM220 sebulan.

‘‘Bagi penanaman pisang berangan pula, peserta bakal menerima pendapatan tambahan RM629 sebulan untuk setiap sehektar, lembu daging RM1,000 sebulan dan ikan tilapia RM510 sebulan,” ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Felda di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri pernah menyentuh mengenai keupayaan Felda untuk muncul sebagai pemain utama dalam projek Gedung Makanan Negara pada masa akan datang.

Menurut beliau, impian itu merupakan salah satu misi dalam gagasan Felda moden bagi menambah pendapatan peneroka dan ahli keluarga sekali gus mengurangkan import bahan makanan.

Najib berkata, melalui penglibatan serius Felda di dalam sektor makanan dapat menampung keperluan negara khususnya dalam empat bidang berkenaan.

‘‘Sebagai contoh melalui projek cili kulai, ia akan dapat menampung pengeluaran sebanyak 48,000 tan metrik atau 18 peratus daripada keperluan negara.

‘‘Projek penanaman pisang berangan pula adalah sebanyak 45,000 tan metrik atau 14 peratus keperluan negara dan lembu daging 15,000 tan metrik atau 10 peratus daripada keperluan negara,” katanya lagi.

Menurutnya, projek tersebut akan membabitkan kawasan Felda di seluruh negara.

Jelasnya, Felda telah mengenal pasti kawasan untuk menjayakan projek-projek itu yang melibatkan dua kategori iaitu projek yang dilaksanakan di pekarangan rumah dan di kawasan lapang. - Utusan

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya