RAKYAT DIDAHULUKAN : Subur elak ketirisan - Noh Omar

Saturday, November 7, 2009

SABAK BERNAM 6 Nov. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata, program baucar Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) dirangka bagi memastikan subsidi beras menepati sasaran.

Ini kerana, katanya, sebelum ini, berlaku ketirisan di mana beras ST15 boleh dibeli oleh pendatang asing dan juga pengusaha-pengusaha bihun.

Beliau berkata, jika ada di antara golongan miskin dan miskin tegar yang tidak tersenarai di dalam senarai penerima baucar ini mereka boleh mendaftarkan nama mereka di agensi-agensi kementerian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Subur di Dataran Tonggak 10 Sungai Besar di sini malam ini. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya