Ekspo Agro Johor 2009 hari ini

Saturday, November 21, 2009

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD


Pengarah Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Dr. Ahmad Salleh meneliti tanaman orkid sempena Ekspo Agro Johor 2009 di kawasan Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang, Johor.


KLUANG 20 Nov. - Ekspo Agro Johor 2009 yang berlangsung esok di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam di sini akan menyaksikan satu kehebatan transformasi pertanian, nelayan dan ternakan yang sedang berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Abd. Aziz Kaprawi berkata, pada ekspo yang berlangsung selama lima hari itu, para pengunjung berpeluang melawat kawasan seluas 4,000 hektar.

Katanya, di kawasan tersebut dibangunkan dengan pelbagai tanaman buah buahan, sayur sayuran dan ternakan dengan kaedah organik.

"Matlamat kerajaan mengadakan ekspo itu yang diadakan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor 2009, merupakan penghormatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap masyarakat peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani.

"Ini berikutan peranan dan jasa mereka dalam pengeluaran makanan dan pertanian yang terbesar untuk negara dan juga eksport," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, ia memberi peluang kepada peladang, penternak dan nelayan supaya meningkatkan inovatif, kepakaran serta menggunakan teknologi moden yang boleh diperolehi daripada pameran agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

"Apa yang unik mengenai ekspo kali ini ialah kalau sebelum ini para pengusaha terpaksa membawa produk atau ternakan mereka ke tapak ekspo.

"Kali ini para pengunjung boleh melihat sendiri pokok buah-buahan, sayuran, ternakan dan bunga-bungaan di tempat habitatnya sendiri, " katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja berkata, ekspo itu juga boleh dijadikan landasan untuk mempopularkan Pelancongan Agro.

"Ini kerana kalau kita amati ekspo ini diadakan sempena musim cuti persekolahan di mana pelajar sekolah rendah digalakkan menganjurkan rombongan untuk hadir pada ekspo yang diadakan secara percuma," katanya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya