Wang raya RM37.23j untuk peneroka Felda- Najib

Thursday, September 3, 2009

KUALA LUMPUR 3 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Pengagihan wang raya itu, bermula sejak tahun 2003.

“Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Felda di sini hari ini.

Najib berkata, seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta, katanya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya