Peluang golongan miskin tegar berniaga

Thursday, September 10, 2009

IPOH 9 Sept. – Golongan miskin tegar di negeri ini yang berminat untuk berniaga akan dikecualikan daripada membayar sewa bulanan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, di bawah program e-Kasih kendalian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), permohonan lesen premis perniagaan bagi golongan itu juga akan dilonggarkan.

‘‘Saya akan pastikan lesen perniagaan mereka diluluskan pada hari mereka memohon. Mereka boleh memulakan perniagaan di gerai-gerai di bawah kelolaan MBI seperti di Pasar Besar Ipoh misalnya.

‘‘Ini adalah satu usaha bagi menggalakkan warga miskin yang masih bertenaga agar berdikari untuk meneruskan hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) kepada peserta e-Kasih di sini hari ini.

Bagi mencapai sasaran setinggan sifar pada 2010, kata Roshidi, peserta juga akan didedahkan dengan peluang-peluang latihan agar mereka mendapat kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari nafkah.

Untuk tujuan itu, jelas beliau, MBI akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menyediakan latihan kepada golongan terbabit. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya