LKPI sampaikan zakat kepada 500 penduduk Sungai Sok

Friday, September 11, 2009

KUALA KRAI 10 Sept. - Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Negeri Kelantan menyampaikan zakat dan sumbangan kepada kira-kira 500 penduduk di sekitar kawasan Sungai Sok di Masjid Samihah di sini hari ini.

Pengerusi LKPI Negeri Kelantan, Datin Bi Samihah Mohd. Salleh berkata, sumbangan itu merupakan aktiviti LKPI setiap kali Ramadan pada setiap tahun.

Katanya, kebanyakan penerima tersebut adalah ibu tunggal dan warga emas yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Selain wang tunai, sebahagian besar daripada mereka turut menerima kain untuk dibuat baju raya.

''Dengan sumbangan yang diberikan itu, mereka akan dapat membuat persiapan untuk menyambut hari raya ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di sini hari ini.

Katanya, selain itu, pihaknya merancang pelbagai program kebajikan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadan dalam usaha mendekati penduduk di sini.

Sementara itu, seorang warga emas, Mek Yam Ibrahim, 80, berkata, dia bersyukur kerana terpilih menerima zakat LPKI itu.

Ibu tunggal yang hanya mengharapkan perbelanjaan harian daripada anaknya itu berkata, dia akan membelanjakan wang zakat untuk membuat persiapan hari raya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya