Capital Skills latih siswazah

Thursday, September 3, 2009

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Capital Skills Sdn. Bhd. dipilih oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai institusi latihan dan bimbingan terbaru bagi siswazah menganggur dan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negara ini.

Pengarah Urusan syarikat itu, Rafidah Mohd. Ariffin berkata, pihaknya akan menawarkan dua kursus berkaitan dengan kepimpinan kepada golongan tersebut.

"Capital Skills terlibat untuk menjadi penyedia latihan dalam pelaksanaan program untuk melatih fasilitator dan penceramah yang bertauliah.

"Para peserta akan diberikan elaun latihan sebanyak RM500 hingga RM800 sebulan semasa mengikuti kursus itu selain kemudahan penginapan turut disediakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, latihan secara teori dan praktikal akan bermula pada 7 September hingga 7 Disember ini dengan kerjasama penggerak, agensi-agensi belia dan tenaga pengajar yang terdiri daripada penceramah dan fasilitator berpengalaman.

"Kami mampu menerima kira-kira 200 peserta pada setiap sesi pengambilan," ujarnya.

Siri latihan akan memberi maklumat mengenai peranan untuk menjadi fasilitator dan penceramah meliputi pelbagai bidang seperti politik, kewangan, ekonomi serta latihan dan bimbingan.

Maklumat lanjut mengenai kursus yang dianjurkan boleh diperolehi dengan menghubungi di talian 03-41439433 atau 012-2609699 atau melayari www.capitalskills.com.my. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya