CACAT TIDAK HALANG FAUZIAH AKTIF

Friday, September 11, 2009


FAUZIAH Khalid menyediakan makanan untuk berbuka puasa di rumahnya di Kampung Banggol Asam Jawa, Baling, kelmarin. – BERNAMA

KECACATAN fizikal bukanlah faktor penghalang bagi orang kurang upaya (OKU) untuk mengharapkan bantuan semata-mata.

Sebaliknya hakikat ini dapat dibuktikan Fauziah Khalid, 28, yang terus aktif menjalankan tanggungjawab di rumah mahupun di tempat kerja.

Fauziah dari Kampung Banggol Asam Jawa, Baling, Kedah bertugas sebagai pembantu di sebuah Pusat Dalam Komuniti (PDK), Kampung Sungai Limau, tidak jauh dari kediamannya.

Dia yang cacat tanpa kaki sejak kecil itu diberi tanggungjawab memberikan bimbingan kepada lebih 30 orang kanak-kanak OKU di PDK tersebut sejak sembilan tahun lalu.

Ketika ditemui di rumahnya kelmarin, Fauziah kelihatan begitu aktif sama seperti insan normal menjalankan kerja di dapur memasak juadah persiapan berbuka puasa, di samping membuat kuih raya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya