DBKL wujud garis panduan gerai

Thursday, August 13, 2009

WANGSA MAJU 12 Ogos - Peniaga-peniaga kecil di sekitar ibu negara perlu mengikuti garis panduan yang akan diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz , garis panduan itu diwujudkan bagi menyelesaikan banyak isu berhubung dengan gerai.

"Masalah berhubung dengan gerai di Kuala Lumpur ini sangat banyak. Kita berdepan dengan masalah seperti reka bentuk, saiz, lokasi gerai dan sebagainya kerana kita belum ada garis panduan sebenar," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, garis panduan itu kelak diharap akan dapat memastikan gerai-gerai di sekitar ibu negara berkeadaan lebih kemas, tidak mengganggu laluan dan sebagainya.

Jelas beliau, ketika ini pihaknya sedang membuat kajian mengenai garis panduan berkenaan dan sebelum memperkenalkannya.

DBKL juga, katanya, akan membentangkannya dalam seminar untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan.- Utusan.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © 1MALAYSIA Berjaya